Pusat 'hina' kerajaan PAS Terengganu
'Ein Azmi
8:10pm, SEL: Tindakan kerajaan persekutuan menubuhkan jawatankuasa khas
untuk menyalurkan sumber kewangan hasil pendapatan minyak kepada kerajaan
PAS Terengganu didakwa "menghina" kerajaan negeri yang sah di sisi
Perlembagaan Persekutuan.
Kementerian Kewangan minggu lalu mengeluarkan kenyataan bahawa wang ehsan
bagi menggantikan royalti akan diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Peringkat
Pusat (JPP) yang ditubuhkan khusus bagi merangka pelaksanaan program
pembangunan di Terengganu.
"Kerajaan Pusat sebenarnya menghantar isyarat yang cukup menakutkan," kata
Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor dalam satu kenyataan lewat petang ini,
selepas pulang ke tanah air dari luar negara.
"(Tindakan itu) memberitahu dunia bahawa ia (kerajaan persekutuan) boleh
membelakangkan sebarang perjanjian rasmi sesuka hati."!
Kerajaan pusat didakwa telah "merungkai" perjanjian yang dibuat Petronas
dengan kerajaan negeri pada tahun 1975 bagi menentukan pembayaran royalti
sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisiran
pantai Terengganu.
"Sistem federalisme telah membahagi-bahagikan tugas dan fungsi kerajaan
pusat dan kerajaan negeri mengikut konvensyen dan undang-undang," kata
Fadzil lagi, sambil menambah "sikap saling hormat-menghormati" harus menjadi
teras utama perhubungan antara dua kerajaan itu.
Menurut Ketua Pembangkang itu, sikap ini berjaya mengekalkan keharmonian dan
kelicinan hubungan antara kerajaan itu. Namun, segala keharmonian ini
dihancurkan oleh tindakan kerajaan pusat, ujarnya.
Fadzil turut menjelaskan Kelantan yang ditadbir PAS sejak 1990 lagi turut
mengalami kesukaran
merancang dan melaksanakan aktiviti pembangunan negeri itu selepas kerajaan
pusat menyalurkan peruntukan kewangan melalui geran cukai kepala! (capitation
grant) berjadual.
"Setelah mereka (kerajaan Barisan Nasional) melanggar setiap peraturan
demokrasi dalam pilihanraya lalu, kini mereka masuk ke fasa yang lebih
berbahaya, dengan cara menolak demokrasi," katanya.
"Malah (tindakan itu) turut menolak sistem federalisme yang menjadi asas
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia."
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
