Assalamualaikum semua warga hizbi.....
Tajuk di bawah adalah berkaitan.

Saya ingin ajukan sedikit pertanyaan dan diharap ada
diantara warga hizbi yang sudi memberikan jawapan.

1. Adakah dikira berdosa jika saya tidak sanggup
memaafkan 'nya' dan tidak lagi sanggup membiarkan
kezaliman yang dilakukan kepada saya dan keluarga saya
terus berlaku satu demi satu LANTAS saya membalas
kezaliman itu dengan balasan yang sama?


2.Bolihkah sihir dibalas dengan sihir?
Adakah kami akan dikira berdosa jika mengunakan cara
yang sama sepertimana yang 'dia' kenakan kepada kami
sekarang?
+++Nb..ini adalah perbuatan dia yg terkini dan kena
pada isteri saya.

Dah 10 tahun sabarrr.
Dah tak tahan sangat dahhhhhh.

cilibangi.


Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sifat Pemaaf:
Semasa dalam kereta menuju ke ofis di satu pagi Isnin 2 minggu lepas, ada 
ceramah di radio Malaysia kedah oleh
Ustaz Yusof Ahmad- membicarakan tentang satu hadis Nabi
sallallahu'alaihiwasallam kepada Anas Bin Malik.

Hadis itu membayangkan tentang satu peristiwa di hari Kiamat di mana ada
dua orang manusia yang sedang diadili oleh Allah subhanahuwata'ala.
Seorang darinya di dunia dahulu telah dizalimi oleh yang seorang lagi.

Lalu yang dizalimi memohon kepada Allah supaya orang yang menzalimi
dibalas setimpal kesalahannya. Maka yang dizalimi memohon agar Allah
memindahkan pahala kebajikan orang yang mezalimi kepadanya. Jawab orang
menzalimi, dia tidak apa-apa pahala kebajikan lagi yang tinggal. Lantas
orang yang dizalimi mendesak agar dosanya pula ditanggung oleh orang yang 
menzaliminya.

Kemudian Allah menunjukkan kepada orang yang dizalimi sebuah mahligai emas 
yang berada dalam taman perak. Maka orang yang dizalimi merasa amat takjub 
melihatnya, lalu berkata sudah tentu para-para nabi, ...(lupa senarai siapa 
lagi) . . . . dan orang-orang sadiqin sahaja yang boleh mendapat mahligai 
seindah itu.

Lantas Allah memberitahu bahawa mahligai itu boleh dimiliki oleh sesiapa
sahaja yang sanggup membayar harganya. Maka yang kena zalim itu bertanya
apakah harganya?

Allah menjelaskan yang dizalimi boleh memiliki mahligai emas itu dengan
membayar harganya- iaitu dengan memaafkan orang yang menzaliminya itu.

Dengan serta-merta orang yang dizalimi memaafkan kesalahan orang yang
menzaliminya dengan mendapat mahligai emas sebagai tukarannya.

Ustaz Yusof Ahmad menegaskan tentang kelebihan bersifat pemaaf yang amat
digalakkan oleh Islam. Namun, pemaaf hendaklah kena pada tempatnya. Kena
bijak menilai masa dan ketikanya.


Sekian,
Wassalam.
> >

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>


Kirim email ke