Title: C2
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Dear HizbiDotNet,
Budgetted has sent you this email, including a webpage which you can also visit by clicking here!

This email was sent using MailPage
Script by MTVWebdesign


Senaskah RM 4.50
www.majalah.com/wasilah

line.gif (4491 bytes)

Isu Fantasi Seks Ning Baizura
Memperjelaskan Kebobrokan Akhlak Kita

Ada banyak pendekatan yang boleh diambil terhadap kontroversi kenyataan Ning Baizura. Marah dia, pulaukan dna, kutuk dia habis-habisan, simpati dengan dia, puji dia atau ucap syabas pada dia. Yang mana satu pendekatan yang mahu dipilih? 

Banyak wartawan telah marah dan kutuk penyanyi bersuara istimewa itu. Kebanyakan mereka menyifatkan Ning tidak peka dengan sensitiviti orang Melayu dan umat Islam. Ini pun menarik juga. 

Maksud saya, hujah wartawan-wartawan yang memarahi dan mengutuk Ning itu. Mereka marah dan kutuk dia kerana dia tidak peka dengan sensitiviti orang Melayu dan umat Islam.

Maksudnya, apa yang dibuat oleh Ning dalam majalah FHM Edisi Malaysia keluaran Julai 2000 itu tidak boleh diterima oleh masyarakat Melayu-Islam di Malaysia hari ini. Kerana itu maka Ning wajar dimarah dan dikutuk. 

Soal bahawa Ning telah melakukan perbuatan mungkar dan sesat yang dilarang oleh Allah, langsung tidak timbul. la bukan masalah melanggar hukum Allah, tetapi masalah melanggar sempadan kebiasaan masyarakat Melayu-Islam. Itu saja.

Lihatlah gambar Ning yang buka perut hingga jauh ke bawah pusat dengan gaya berahi menggoda yang menghiasi gambar kulit majalah itu. Siapa pun tidak komen. Seolah-olah mendedah tubuh seperti itu bukan satu kerja mungkar dan sesat. 

Sebab apa? Sebab masyarakat kita sudah dibiasakan dengan kemungkaran Seperti itu, hingga kita pun tidak menganggapnya mungkar dan sesat lagi.

Tiap hari tiap malam kita orang muda, orang dewasa dan kanak-kanak menonton wanita berpakaian yang lebih ringkas daripada itu lagi, di televisyen. Jadi apalah nak dihairankan dengan gaya Ning berpakaian mendedah seperti itu. Tak hairan. Itu dah jadi perkara biasa.

Bukan mungkar dan bukan sesat. Mufti-mufti kita pun tak ada yang mengatakan itu mungkar dan sesat. Mufti-mufti kita semuanya membisu, Mereka hanya bersuara apabila ada pemberita bertanya mengenai sesuatu isu yang ingin dimainkan oleh pihak media. 

Begitukah fungsi Mufti? Biarpun belum jelas mengenai peristiwa Ma'unah di Sauk itu misalnya, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kedah sudah berani buat kenyataan. Misalnya.

Maka tidak kurang menariknya dalam hal ini ia1ah kenyataan oleh Awang Sulung, kolumnis rasmi akhbar Mingguan Malaysia, pada 23 Julai. Dia memang faham benar akan situasi dan fenomena masyarakat kita yang saya cuba jelaskan di atas itu. Dia seolah-oIah membuat rumusannya.

"Apa salah Ning berfantasi," kata tajuk komentar kecilnya itu. "Awang tidak berhasrat berlumba dengan penulis lain untuk menjatuhkan hukuman ke atas Ning yang berusia 25 tahun itu. 

Isunya bukan tentang sama ada Ning telah melakukan kesalahan. Ia cuma tentang suatu keluarbiasaan," kata Awang. "Fantasi seks adalah perkara biasa," katanya lagi. "Kita semua memikir tentangnya."

Cuma tahap fantasi masing-masing tidak sama. Awang ingin menganggap apa yang diperkatakan Ning dalam temuramah itu dibuat secara seloroh dan bukan sesuatu yang benar-benar berlaku atau ingin dilakukan." Seterusnya dia bermadah: "Tinggal lagi, membicarakan tentang seks secara terbuka bukan cara Malaysia. 

Apalagi menceritakan tentang kesukaan kita kepada rakyat jelata. Mungkin Ning ingin memecahkan kekolotan itu." Ertinya, apa?. Wartawan senior dan berpengalaman yang berselindung di sebalik nama Awang Sulung itu seolah-olah berkata kepada para wartawan lain: Apalah yang kamu semua nak heboh-hebohkan. 

Ini cuma soal kebiasaan dan keluar biasaan saja, bukan soal salah atau tak salah. Kita belum biasa lagi dengan cara yang dibuat oleh Ning itu, maka kita terkejutlah. Perbuatan Ning itu telah memecahkan kekolotan masyarakat kita. Nanti apabila kita sudah biasa dengan cara begitu, kita akan terima dan anggapnya sehagai perkara biasa.

Perbuatan Ning itu disifatkannya sebagai "memecahkan kekolotan". Maka dia seolah-olah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ning, kerana berani "memecahkan kekolotan" itu.

Kisah penyanyi Ning Baizura itu memang menggemparkan. Fantasi seksnya memang luar biasa. Malah luar daripada batas-batas fe'el manusia normal. Batas-batas akhlak seorang Islam, tak usah cakaplah. Dicabarnya habis-habisan, memang dahsyat. Ada orang rasa mual, dan ada orang menyifatnya lebih kotor daripada fe'el binatang.

Soalnya, dari sudut mana kita melihat perkara ini, sebenarnya? Dalam perspektif apa, atau bagaimana? Inilah persoalannya. Inilah masalah besar di Malaysia sekarang. Tidak ada lagi orang yang mempunyai authoriti untuk memberitahu mana yang benar dan mana yang salah. 

Mufti-mufti pun membisu. Inilah hasil penerapan nilai-nilai pragmatisme yang menjadi dasar pegangan parti yang menerajui pemerintahan Malaysia hari ini.

Salah atau tidak salah sesuatu itu adalah satu penilaian terhadapnya berdasarkan penggunaan suatu dasar penilaian yang tetap. Bukannya berdasarkan pendapat seseorang yang terdiri daripada sesiapa sahaja yang dipilih oleh pihak tertentu.

Memang semua orang berhak memberi pendapat. Tetapi pendapat semua orang itu tidak semestinya benar. Masalahnya di Malaysia sekarang semua orang berhak memberi pendapat dan semua pendapat itu boleh jadi benar dan boleh jadi salah sehinggalah seorang manusia sahaja, yang bernama Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri, memberikan pendapatnya, maka itulah satu-satunya pendapat yang tidak boleh dipersoalkan lagi kebenarannya. Tidak boleh dipersoalkan biar apapun yang dia kata itu adalah kebenaran.

Yang terakhir, ada satu kes yang sekiranya ada orang mempersoalkan kebenaran perkara itu dengan mengatakan ia suatu 'sandiwara', maka orang itu boleh ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Itulah dia tahap kebebasan dan demokrasi di negara ini. Juga itulah dia situasi moral, kebenaran dan keadilan. Bebas sehingga tidak ada batas, kecuali dibataskan oleh seorang manusia istimewa yang kebebasan dan kekuasaannya tidak boleh dipersoalkan. Termasuklah kes kecil yang dicetuskan oleh Ning Baizura ini.

Sebenarnya kes kecil Ning ini tidak ada kena mengena pun dengan Dr Mahathir Mohamad itu. Langsung tak ada kena mengena. Dr Mahathir tak pernah sentuh sikit pun. Tetapi sentuhannya adalah environmentnya. Environment atau situasinya di Malaysia ini adalah begitu. 

Hasil daripada pimpinan Dr Mahathir yang baru saja melepasi ulang tahun ke20 menjadi Perdana Menteri, Al-Quran pun mesti ditafsir semula, bagi Dr Mahathir. Tidak ada ulamak yang diiktirafnya di Malaysia ini (dan di mana-mana pun) kecuali ulamak yang tidak menyanggah pendapatnya. 

Ulamak yang menyanggah pendapatnya dikira ulamak yang berkepentingan politik, dan ulamak yang berkepentingan politik tidak diiktirafnya sebagai ulamak, kecuali ulamak yang berkepentingan politik Umno/BN. Padahal Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah seorang ulamak agung yang berkepentingan politik Islam.

Orang Islam menilai sesuatu itu salah atau tidak salah berdasarkan penilaian yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah. Bukan berdasarkan pendapat manusia, walau siapa pun manusia itu. Demikian juga dalam hal sesat atau tidak sesat. Al-Quran dan sunnah Rasulullah yang menentukannya. Bukan pendapat manusia, apalagi manusia yang berpegang pada fahaman pragmatisme seperti yang dianjurkan oleh Umno Dr Mahathir itu.

Kembali kepada soal kontroversi Ning Baizura. Seperti kata Awang Sulung, Ning mungkin ingin memecahkan satu kekolotan. Maka heboh dan gempar kontroversi ini hanya sekejap sahajalah. Orang ramai akin jadi biasa dengannya. Nanti, selesailah. Samalah dengan beberapa kontroversi sensasi yang pernah terjadi sebelum ini, dan selesai begitu saja. Dan mufti-mufti kita pun terus membisu.

Inilah gambarannya keadaan akhlak masyarakat kita hari ini. Bukan Ning Baizura sahaja yang bersalah. Ning Baizura sekadar menyatakannya atau memperjelaskannya kebobrokan akhlak masyarakat kita. Terpulanglah kepada kita untuk bertindak atau tidak. Atau kita hanya sekadar mengheboh dan menggemparkannya sahaja buat seketika.

Che Shamsudin

[ Ke Laman Utama ]

(Salinan elektronik artikel pada laman ini untuk edaran newsletter, mailing list dan sebagainya hendaklah disertakan dengan makluman tentang tajuk majalah ini,  bulan diterbitkan dan alamat laman web rasminya)

line.gif (4491 bytes)

[ Editorial ][ Email ][ Maklumbalas ][ Sign Guestbook    View Guestbook ]

Penerbitan Pemuda, 24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman, Gombak, K.L.
Tel: 03 40243530, 40243531  Faks: 03 463 0372

www.majalah.com
logo.gif (2737 bytes)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (Budgetted)

Kirim email ke