*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum Warga Hizbi,

Kita merasa hairan kenapa banyak terdapat ayat-ayat menyentuh
tentang orang-orang munafik. Di zaman Nabi orang-orang seperti
mereka pura-pura masuk Islam dan bergaul dengan kaum Muslim.
Allah menerangkan bahawa golongan ini amat merbahaya dan berusaha
secara halus untuk menghancurkan Islam dari dalam. 

Di zaman internet ini pula, kita berpeluang membaca E-mail
orang-orang yang mengaku diri-diri mereka Muslim, tetapi
mempertikaikan beberapa perkara dalam ajaran-ajaran Islam.
Sebagai contoh, saya boleh sebut dua orang Mesir yang bernama
Muhammed Albadry dan Muhammed Ahmed. Mereka berdua ini
menyertai forum-forum antarabangsa di mana orang Islam ada
untuk mengkrtitik Islam dari dalam secara terang-terang.
Mereka berdua ini adalah berfahaman sekular (otak macam
Dr Mahathir). Oleh sebab rakyat Mesir kagum dengan pemerintahan
secara sekular, maka tidak hairan sebahagian mereka bercakap
perkara-perkara kufur. Saya akan bagi contoh apa mereka kata
tentang Islam kepada masyarakat antarabangsa:

MUHAMMED ALBADRY:
----------------
1. Pernah bekata hukum berpoligami tidak ada dalam Islam.
2. Tidak perlu menubuhkan sebuah negara Islam kerana itu
   sudah ketinggalan zaman.
3. Tidak perlu ke Mekah buat haji. Katanya itu adalah budaya
   arab untuk menjadi orang Arab Saudi lebih cepat kaya.
4. Semua parti dan gerakan Islam mestilah dihapuskan untuk
   menjadikan ugama Islam menjadi maju dan moden.
5. Hukum pakai tudung adalah budaya arab purba.

Ini adalah contoh E-mel daripada dia. Katanya dia malu terhadap
sejarah umat Islam yang bodoh yang menyebabkan orang Mesir 
menjadi mundur. Dia amat benci sekali kepada gerakan Islam,
bahkan berkata ajaran Syaitan adalah lebih baik selagi ia
tidak menghalang kemajuan.

>For example I am different than those early Muslims 1400 years 
>ago and I proud of my specific structure. This may surprise you 
>but believe me All Muslims now - except some fundamintal minority
> - are far different than anceint people. Satanism faith holders 
>are right as long as they are not harming others and spew them
>from their script sources.

Yang dimaksudkan oleh kata-kata "script sources" adalah kitab-
kitab karangan ulama Islam yang silam. Begitulah dia menghina
alim-ulama dan dia menganggap amalan orang Islam zaman ini
adalah karut kerana berpandukan kepada ulama. Dia berpendirian
bahawa Al-Qur'am mestilah ditafsir semula supaya umat Islam
menjadi maju ( macam idea Dr Mahathir).

MUHAMMED AHMED
==============
Ini seekor lagi orang Mesir yang paling kufur. Dia mengaku dia
orang Islam (bertujuan untuk mempersenda). Antara yang dia
pernah berkata:

1. Dia memuji sikap ulama Universiti Al-Azhar yang bernama Syeikh
   Tantawi kerana mempunyai sikap liberal dan moden. Syeikh Al-
   Azhar itu pernah berkata hukum hudud tidak sesuai dengan Islam.
2. Dia menghina orang arab sebagai kolot dan mundur kerana mereka
   menganut ugama Islam. Untuk umat arab maju, mereka mestilah
   meniru budaya Barat (termasuk berzina dan minum arak). Ini
   kerana tidak menjadi hal orang-orang Barat berzina dan minum
   arak asalkan mereka boleh terus maju dalam bidang sains dan
   teknologi. Katanya, ini menunjukkan Tuhan sayang kepada orang
   kafir Barat.
3. Dia bermegah berkuturan Fir'aun dan tamadun orang Mesir
   zaman Fir'aun adalah lebih baik daripada tamadun Islam. Sebab
   dia marah jika orang Mesir itu dikata sebagai orang arab.
   Dia menyalahkan Nabi Muhammad (kerana Nabi kita adalah orang
   arab padang pasir yang mundur) yang menyebabkan rakyat Mesir
   sekarang menganut Islam dan menjadi mundur.

Di bawah ini ialah apa dia kata tentang umat Islam:

>Wish if our Islamic world realize the importance of the Human
>atchievments in the course of life. Physical, sociological and
>psychological sciences are needed but not condemned. Israel, 
>western nations and developed eastern mations has full fledge of
>these mentioned knowledge. But poor Islamic world has a different 
>stand. Ask Taliban person in Afghanistan, He will respond without
>histation all these sciences are Kufr ( disbelieve ).

Lihatlah kepada fitnah dia buat terhadap umat Islam. Dia menyalahkan
Islam kerana menyebabkan orang-orang arab mundur. Kata-katanya
hampir sama dengan idea Dr Mahathir...munuduh ulama silam yang
menyebebkan umat Islam menjadi mundur.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke