*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
          [ADIL-Net] Kenyataan Akhbar Menteri Besar Terengganu
     Date:
          Thu, 7 Sep 2000 02:30:36 -0700 (PDT)
     From:
          GrandPrix <[EMAIL PROTECTED]>
 Reply-To:
          [EMAIL PROTECTED]
       To:
          [EMAIL PROTECTED]







           My Groups | ADIL-Net Main Page | Start a new group!


       Kenyataan Akhbar Menteri Besar Terengganu


       Merujuk kepada siaran akhbar yang menggunakan letterhead
Kementerian
       Kewangan, kita sedang berusaha untuk mempastikan kesahihan berita
ini sama
       ada ia benar-benar datang dari kerajaan Pusat kerana sumber
berita ini tidak
       jelas.
       Siaran ini tidak menjelaskan siapa sebenarnya yang membuat
kenyataan
       tersebut. Kebiasaannya dalam isu yang besar melibatkan hubungan
kerajaan
       Pusat dan negeri ianya dibuat sama ada oleh Perdana Menteri atau
Timbalan
       Perdana Menteri.
       Kita bimbang ia dilakukan oleh orang-orang tertentu yang cuba
mengeruhkan
       hubungan dua hala yang baik yang sedang berlaku sekarang antara
Kerajaan
       Pusat dan Negeri. Tidak ada siapa yang mengaku bertanggungjawab
mengeluarkan
       kenyataan ini. Kenyataan ini menimbulkan beberapa implikasi
negatif kepada
       pimpinan kerajaan Pusat.
       (i) Ia meletakkan pimpinan kerajaan pusat sebagai bukan sahaja
orang yang
       tidak memahami prinsip demokrasi malah mencabul demokrasi itu
sendiri
       denganmembelakangkan sama sekali kerajaan Terengganu yang dipilih
oleh rakyat
       dengan lebih dari dua pertiga majoriti.
       (ii) Meletakkan pimpinan kerajaan Pusat sebagai orang-orang yang
jahil
       tentang konsep federalisma yang menjadi asas kepada kewujudan
negara
       Malaysia di mana prinsip hormat menghormati di antara kerajaan
negeri yang
       menjadi komponan dalam Persekutuan Malaysia dengan kerajaan pusat
perlu
       dipelihara dan dipertahankan.
       Dengan meletakkan Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) iaitu satu
agensi
       keraaan menggantikan sebuah kerajaan bagi mengendalikan
pembangunan untuk
       rakyat sesebuah negeri adalah suatu tindakan yang tidak munasabah
boleh
       dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang waras.
       (iii) Meletakkan pimpinan kerajaan Pusat sebagai pemimpin yang
bersikap kuku
       besi (Authoritarian) yang tidak mempedulikan sama sekali sebarang
perjanjian
       yang sah.
       (iv) Sekiranya kenyataan itu merujuk kepada perjanjian royalti di
antara
       kerajaan nege! ri dengan Petronas, maka kesan paling negatif
ialah meletakkan
       pimp inan kerajaan pusat sebagai pemimpin yang tidak lagi boleh
dipercayai
       serta mencemarkan integriti dan kewibawaannya.
       Kalau perjanjian yang sah dibuat di antara Petronas dan kerajaan
negeri
       boleh diketepikan, apa lagi yang boleh dipegang? Kewibawaan
pemimpin pusat
       akan terjejas, bukan sahaja di kalangan rakyat negara ini tetapi
juga di
       peringkat antarabangsa.
       Petronas adalah sebuah syarikat bertaraf dunia yang mempunyai
hubungan
       dagangan dan perjanjian di peringkat antarabangsa.Kenyataan ini
boleh
       menjejaskan keyakinan syarikat multinasional kepada Petronas.
       Implikasi buruk ialah meletakkan pimpinan kerajaan Pusat bukan
sahaja
       sebagai bahan ketawa masyarakat antarabangsa tetapi sebagai orang
yang tidak
       lagi boleh dibuat kira bicara. Sikapnya tidak boleh dipakai,
janjinya tidak
       boleh dipegang.
       (V) Kita tidak mahu negara dan pimpinan kita menjadi bahan
cemuhan kerana
       kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh
orang-ora! ng
       tertentu yang mungkin mempunyai agenda tersendiri.
       (VI) Kita berharap pihak berkuasa segera menyiasat orang yang
       bertanggungjawab dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan yang
boleh
       merosakkan hubungan baik kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri yang
terjalin
       sekarang.
       Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada
Presiden Petronas
       diatas penjelasannya berkaitan deangan isu royalti ini.
       Kerajaan negeri akan menghubungi pihak Petronas bagi mendapatkan
gambaran
       sebenar berkaitan dengan royalti minyak kepada Negeri Terengganu
kerana
       perjanjian yang ditandatangani ialah diantara Petronas dan
Kerajaan Negeri.
       Kerajaan Negeri akan terus berpegang kepada perjanjian yang
dimeterai
       semenjak tahun1975 dibawah Akta Pembangunan Petroleum dan kita
mempunyai
       penuh keyakinan Petronas juga akan berbuat demikian.
       Kita berharap siapa sahaja yang mempunyai agenda tersendiri tidak
akan
       melakukan tindakannya yang boleh mengeruhkan hubun! gan kerjasama
yang sedia
       wujud di antara Kerajaan Negeri dengan Pet ronas dan Kerajaan
Negeri dengan
       kerajaan pusat.
       Abdul Hadi Awang
       Menteri Besar Terengganu.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/








 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke