Tunggakan bil air sekolah lebih RM400,000 akibat kegagalan JPN jelas bil


KOTA BHARU, 13 Sept (Hrkh) - Sebanyak 623 akaun yang sebahagian besar
dimiliki sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak
menjelaskan tunggakan bil air yang berjumlah lebih RM400,000.
Jumlah tunggakan paling tinggi yang tidak dijelaskan oleh salah sebuah
sekolah terbabit iaitu berjumlah RM17,000 dan bil terendah sekali sebanyak
RM300.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya, Kemudahan Awam, Kebudayaan dan Pelancongan,
Ustaz Abdullah Ya'kub berkata, 28 buah sekolah daripada jumlah akaun
berkenaan dipotong bekalan air pada musim cuti persekolahan, baru-baru ini.
"Bagaimanapun daripada jumlah itu (28 buah) pula hanya tiga buah sekolah
sahaja yang sibuk sehingga mendedahkan pemotongan bekalan air ke sekolah
mereka kepada akhbar," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Baru-baru ini, AKSB mengambil tindakan memotong bekalan air di tiga buah
sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas dan SK Bechah Durian d! i
Pasir Mas serta Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat kerana
tidak menjelaskan tunggakan bil air.
Selain sekolah berkenaan terdapat 25 buah sekolah lagi di bawah JPN yang
dipotong bekalan air kerana tidak menjelaskan tunggakan bil air.
Pemotongan bekalan air yang dilakukan mengikut jajahan iaitu di Bachok
sebanyak empat buah sekolah, Tumpat (10 buah), Pasir Puteh (dua), Pasir Mas
(empat) , Machang (empat) dan Kota Bharu (empat).
Bagaimanapun pemotongan yang dilakukan terhadap bekalan air di
sekolah-sekolah berkenaan semuanya sudah disambung semula ekoran pelajar
memulakan persekolahan Ahad lalu.
Ustaz Abdullah berkata, ada di antara sekolah terbabit tidak menjelaskan
tunggakan bil air sejak 16 bulan lalu.
"AKSB secara kronologinya sejak bulan Januari lalu sudah memulakan
perbincangan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), bagaimanapun tiada
respon positif daripada PPD.
"Ekoran itu, AKSB menghubungi pula pejab! at Pengarah Jabatan Pendidikan
Negeri, tetapi tiada respon positif juga," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan terakhir terpaksa dilakukan AKSB
bagi mengatasi masalah tersebut dengan memotong bekalan air.
Menurutnya, pemotongan yang dilakukan AKSB setelah pihak berkenaan mencari
suatu masa yang amat sesuai iaitu ketika cuti persekolahan pada 31 Ogos lalu
sehingga 9 September lalu.
"Pemotongan yang dilakukan pada musim cuti persekolahan supaya tidak
membebankan pelajar-pelajar. Dan kaedah itu dilakukan sebenarnya sebagai
satu peringatan kepada pihak sekolah supaya membayar tunggakan bil air dalam
tempoh terdekat."
Beliau berkata, pemotongan yang dilakukan itu, semuanya sudah disambung
balik hasil rundingan di antara AKSB dengan pihak JPN dan pihak berkenaan
memperakukan untuk membayarnya.
Ustaz Abdullah sekali lagi mempersoalkan mengapa bil-bil lain seperti
elektrik, telefon boleh dibayar sedangkan bil air tidak mah! u dijelaskan
mengikut tempoh ditetapkan.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke