*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject: Pengerusi TNB baru tunjuk belang



Pengerusi TNB baru tunjuk belang


Saya adalah pekerja TNB/LLN dah telah berkhidmat lebih 20 tahun dan ketaatan
saya kepada TNB amat tebal kerana peluang meningkatkan kerjaya yang luas
yang disediakan dan telah saya perolehi serta rasa bertanggung-jawab untuk
mempertahankan maruah TNB.
Dalam tempoh tersebut saya telah melalui beberapa orang Pengerusi (Eksekutif
dan Bukan Eksekutif). Namun selama 4 tahun yang lalu dibawah naungan YBhg.
Tan Sri Ahmad Tajudin Ali, saya berasa amat selesa atas daya kepimpinannya
yang dinamik, berprinsip, telus, tegas, berkualiti dan yang paling penting
amat prihatin terhadap pekerja.
Kini TNB 'diterajui' pula olih Dato' Dr. Jamaludin Jarjis - orang politik
pertama menjadi Pengerusi TNB. Pada hari pengumuman beliau olih YB Datuk
Amar Leo Moggie, saham TNB jatuh RM1.20. Kemudian Lembaga Pengarah yang
mungkin panik cuba memujuk Tan Sri Dr. Tajuddin agar kembali semula. Tahniah
Tan Sri kerana berpegang kepada prinsip dan sentiasa menjaga maruah serta
tidak mudah dicucuk hidung.
Apa yang ingin saya maklumkan kepada saudara pengarang adalah tindak-tanduk
Pengerusi (BUKAN EKSEKUTIF) baru ini. Sepanjang yang saya tahu, beliau hanya
bertanggung-jawab kepada Lembaga Pengarah TNB saja dan TIDAK sewajarnya
mencampuri urusan operasi apatah lagi memberi arahan terus kepada pegawai
atau pengurus operasi. Satu keanihan yang tidak pernah dilakukan olih
Pengerusi Bukan Eksekutif sebelum ini.
Sebaik saja dilantik menjadi Pengerusi, beliau sudah menujukan tembelangnya.
Tahulah dia orang politik tapi janganlah melebihi sempadan. Beliau menemui
pegawai-pegawai (BUKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH) secara berperingkat-peringkat
dan memberi arahan berbau politik antaranya:
1. Pensyarah Kuliah harian sebelum Zuhur di Balai Islam TNB hendaklah
ditapis oleh Lembaga Pengarah/beliau sendiri. Nampaknya Dato' Ishak Baharom
tak ada peluang laa datang lagi memberi kuliah Tauhid.
2. Pegawai-pegawai TNB di Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan
menghadiri Mesyuarat Tindakan Daerah, Negeri malah Dewan Undangan Negeri.
3. Pegawai-pegawai berkenaan juga tidak dibenarkan memberikan sebarang
kerjasama kepada kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu.
4. Beliau mengugut akan 'menembak' atau mengambil tindakan kepada mana-mana
pegawai yang rapat atau bergambar bersama pemimpin PAS negeri terutamanya
YAB TG Haji Hadi Awang.
5. Semua pegawai diminta memberi arahan kepada semua pekerja agar taat setia
kepada TNB dan kerajaan BN sahaja selagi mereka bekerja dengan TNB. Tidak
dibenar terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan politik
termasuklah mendengar ceramah parti pembangkang.
Aduhai apalah malangnya TNB. Barulaa nak boleh angkat muka sikit dah macam
nie pulak. Peristiwa 'black-out satu negara' empat tahun lalu baru aje
sembuh, dah orang berpenyakit pulak datang.
TNB oh..... TNB apa nak jadi.....................
Pekerja TNB
Comments ? E-mail Us<?XML:NAMESPACE PREFIX = MAILTO />


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aba Akmal" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke