Batal Royalti: Terengganu mampu teruskan janji kepada rakyat - Hadi

MARANG, 15 Sept (Hrkh) - Kerajaan negeri Terengganu yakin tidak berundur
dari segala tindakan yang telah dilakukan sebelum ini untuk kebaikan rakyat
negeri Terengganu walaupun sumber hasilnya kini berkurang ekoran sekatan
dari kerajaan Pusat terhadap royalti minyaknya.

Menteri Besar, Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakah dan
majalah hal ehwal semasa dari London, Impact International berkata, kerajaan
negeri telah berjaya menambahkan hasil bukan minyaknya setelah PAS mengambil
alih pertadbiran negeri ini.

Antara sumber hasil yang telah bertambah pada tahun ini adalah kayu balak
sehingga RM100 juta pada tahun ini dan premium hasil tanah yang telah dikaji
semula oleh kerajaan negeri.

Katanya, dengan penambahan hasil ini, kerajaan negeri akan mampu menerus! kan
segala janji dan tindakan yang telah dibuat oleh PAS apabila mengambil alih
negeri Terengganu.

Antara tindakan yang telah dibuat dan dikira akan menjejaskan hasil negeri
adalah menghapuskan tol di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu,
menaikkan imbuhan untuk pegawai masjid termasuk imam dan bilal, menaikkan
kadar bantuan untuk golongan fakir dan miskin dari RM60 sebulan kepada
sehingga RM170 sebulan, memansuhkan cukai pintu rumah kediaman serta
memansuhkan tunggakannya dan lain-lain lagi.

Di Terengganu, kebimbangan di kalangan rakyat mulai terasa apakah kerajaan
negeri akan mampu meneruskan langkah dan janji yang telah dibuatnya sebelum
ini apabila Pusat merampas royalti minyak dari kerajaan negeri Terengganu.

Mereka bimbang kalau-kalau kerajaan negeri terpaksa undur balik kepada asal
setelah Pusat merampas royalti minyak yang sepatutnya di terima sebanyak
RM810 juta tahun ini itu.

"Kalau Kelantan boleh ber! tahan lebih dari 10 tahun tanpa minyak mengapa
tidak Terengganu. Kita tidak akan undur sama sekali dan apa yang telah
janjikan itu akan kita teruskan," kata beliau dalam wawancara hampir satu
jam di rumahnya dekat Masjid Rusila itu.

Impact International telah diwakili oleh penulisnya Dr Farish Noor manakala
Harakah diwakili oleh editornya, Zulkifli Sulong.

Ikuti wawancara sepenuhnya selepas ini.


Comments ? E-mail Us





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke