sumber: harakahdaily.com
Janganlah Rakyat Selalu Dikeliru
Oleh Azizi Hj. Abdullah
Sejak akhir-akhir ini rakyat telah dikeliru dalam banyak hal. Dari
rentetan-rentetan peristiwa sampailah kepada ucapan-ucapan pemimpin
kebanyakannya memberi tafsiran yang bercanggah sehingga rakyat
bertanya-tanya yang mana satu mesti dipercayai. Apakah ini hanya cakap-cakap
politik kenyataan yang berbau politik atau kerana kenyataan-kenyataan yang
menjurus kepada pandangan peribadi mengikut kehendak hati tanpa memujuk
kepada keadaan yang berlaku? Banyak perkara yang mengelirukan rakyat
sehingga sebahagian besar menjadikan rakyat menganggap kenyataan-kenyatan
yang walaupun dari orang-orang penting sebagai caka-cakap di kedai kopi.
Apakah ini juga cakap-cakap politik atau kenyataan-kenyataan yang berbau
politik yang ditujukan kepada parti-parti pembangkang sahaja sehingga
mengenepikan tujuan supaya rakyat dapat menerimanya dengan rasional? Kita
rasa tujuan in!
ilah yang sering dikatakan oleh kebanyakan pemimpin tanpa
merasa bersalah, pada hal mereka tidak sedar yang berdiri di tengah, yang
sedang meneliti kenyataan-kenyataan itu ialah rakyat yang sudah lama matang
berfikir.
Bukan saja kenyataan-kenyataan membawa kepada kekeliruan, tetapi juga
peristiwa-peristiwa yang aneh mendesak rakyat golongan yang berfikir untuk
mengetahui sama ada perkara itu benar atau tidak. Kadang-kadang pula
peristiwa yang berlaku atau tindakan yang diambil itu betul tetapi oleh
kerana banyak pula yang lain mengelirukan, maka rakyat terus membuat
kesimpulan bahawa peristiwa dan tindakan itu hanyalah perkara yang tidak
sepatutnya berlaku.
Baru-baru ini apabila pihak BPR bangun dengan singa laparnya mengorek dan
mencari gali tentang apa yang dikatakan `lesen terbang' dan `gerenti lulus'
ramai rakyat menjadi terkejut tetapi sedikit pun tidak merasa kagum tentang
kebangkitan itu. Rakyat sememangnya mengharapkan !
segala bentuk penyelewengan
dibenteras tetapi apabila dilihat isi yang dibenteras itu rakyat menjadi
tertanya-tanya apakah itu satu pembenterasan yang berlandaskan keadaan yang
sebenar?
BPR memang terkenal dengan status 'badan bebas' dan apabila rakyat melihat
pencekupan terhadap agen-agen 'lesen terbang' dan `gerenti lulus' rakyat
terus mengeleng kepada kerana hairannya tentang kecekapan yang tidak
disangka terutama apabila BPR diketahui oleh Ketua Pengarahnya yang baru.
Tapi satu hal yang menimbulkan tanda tanya ialah; siapakah yang dicari,
digelidah sehingga menemui bukti itu?
Sekali lagi rakyat merasa kagum kerana yang dicari, digali itu bukan kes-kes
yang berusia tiga hari atau enam bulan, tetapi ada yang melampaui sepuluh
tahun. Rakyat juga merasa kagum dengan ketegasan BPR yang akan mendedahkan
nama-nama pemilik lesen terbang atau gerenti lulus jika tidak menyerah
tengkuk kepada BPR. Ketegasan dan kecekapan ini menjadi !
rakyat tersentak dan
tertanya-tanya. Lalu pada 21 Julai 2000 di Pulau Pinang (Laporan akhbar
Berita Harian 22 Julai 2000) berkatalah Ketua Pengarah BPR yang baru, Dato'
Ahmad Zaki Husin bahawa Badan Pencegah Rasuah tidak memerlukan status
sebagai badan bebas untuk memberi jaminan kepada masyarakat bahawa semua
keputusannya tidak dipengaruhi pihak luar. Rakyat pun mengangguk-angguk tapi
ada yang berdecik-decik.
Dato' Ahmad Zaki Husin berkata lagi; Ini kerana selama ini BPR menyiasat kes
yang diserahkan kepadanya secara bebas dan terbuka tanpa arahan atau hasutan
mana-mana pihak. Selama ini BPR tidak menerima arahan untuk menyiasat atau
tidak mana-mana kes kerana kami tidak terikat dengan mana-mana pihak," kata
beliau lagi. Sangatlah lega akan kenyataan itu, apa lagi dari seorang ketua
pengarah ketika itu rakyat seolah-olah sedang berada di dalam satu kawasan
yang lengang dan sepi, damai dan tenteram dari segala bentuk tidak adil.
Ra!
kyat seolah-olah sedang berada dalam satu kawalan yang pasti menjaminkan
ketelusan tindakan.
Menjelang 2020 akan terbentuklah sebuah masyarakat yang suci bersih dari
segala bentuk rasuah. Tapi rakyat mula tertanya apakah kenyataan itu
kenyataan yang mencerminkan dasar BPR atau kenyataan dari Ketua Pengarah
yang baru? Maka rakyat pun membuka sejarah BPR dalam mengendalikan kes-kes
untuk menjadikan para pemimpin dan rakyat kepada bersih, cekap dan amanah.
Apabila melihat apa yang ada di dalam sejarah mahupun yang tercatat,
bertulis atau yang tidak tertulis maka timbullah persoalan, apakah ini benar
dan telus?
Rakyat yang sudah pun membaca yang boleh dianggap hanya baru 'semi sejarah'
melihat adanya kes-kes yang tertunggak, tidak selesai dalam bentuk
dilupakan, tidak peka dan dipengaruhi oleh pihak yang lain. Tidak perlu
rasanya disebut satu persatu ianya dalam bentuk semi sejarah yang telah
tercatat. Tetapi soalnya mengapa yang!
dikatakan 'tidak dipengaruhi oleh
mana-mana pihak itu' seolah-olah dipengaruhi oleh mana-mana pihak? Satu yang
sangat tidak dilupai oleh rakyat ialah apabila pengakuan Katua Pengarah BPR
yang baru bersara bahawa pada satu ketika pada satu masa, pada satu tempat
beliau mendapat arahan supaya kes-kes diambil tindakan itu jangan
sekali-kali diambil tindakan?
Rakyat pun menumbuk meja di kedai kopi. Yeaaahh! Kata mereka, silakan!
Silakan! Kemudian yang lain ula berkata; bukan itu saja, sebelum itu pun ada
dan pasti kes-kes itu belum lagi dipadam dengan getah sekerap. Ada dua
bentuk jenis yang berlaku rakyat meneliti dengan teliti. Maka apakah dua
bentuk dan jenis ini menjadikan BPR bertindak seperti singa lapar pada satu
ketika dan bertindak seperti singa kenyang dalam satu ketika yang lain?
Pertama ialah apaila yang berlaku itu pada `paus-paus' dan kedua ialah
apabila yang berlaku pada 'bilis-bilis'.
Penangkapan terhadap pemilik!
, penggiat dan perancang 'lesen terbang atau
gerenti lulus' kebanyakannya dari paus-paus yang bertaraf 'jabatan' dan
budak-budak pejabat memandu, sedangkan dari jenis paus-paus yang pertama
tidak pun berlaku apa-apa. Sesungguhnya rakyat tidak sekali-kali
mempertikaikan kewibawaan BPR dan peranan yang sedia ada itu amatlah
membanggakan. Ia patut diteruskan; Akan tetapi seperti yang disebut di atas
rakyat selalunya terkeliru dan mengelirukan.
Maka timbullah pertanyaan, siapa punya angkara ini? Di Gopeng mengikut
laporan akhbar Utusan Malaysia keluaran 4 September 2000, Timbalan Perdana
Menteri menyelar sikap kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan yang cuba
menghalang BPR dari menjalankan siasatan mengenai sindiket pengeluaran lesen
terbang. Rakyat amat bersetuju jika itu merupakan satu kejadian. Tapi
soalnya mengapa penghalang itu kepada pegawai JPJ saja? Bukankah
bentuk-bentuk penghalang ini berlaku di mana-mana dan jika tidak skap sud!
ah
ada rakyat yang membuat laporan, termasuk badan-badan NGO dan pembangkang.
Kecekapan dan kepantasan BPR mengambil tindakan terhadap lesen terbang dan
gerenti lulus merupakan kegiatan yang tidak sah di sisi undang-undang. Ia
patut dihapuskan. Tapi ia sama sekali tidak ada kena mengena dengan anggapan
pemilik lesen terbang dan gerenti lulus itu menyebabkan berlakunya mala
petaka. Lojiknya berapa ramai yang memiliki lesen sah dan lulus berujian
juga terlibat dalam mala petaka? Maka apabila golongan paus-paus yang
melakukan kesalahan terhadap kerja-kerja BPR ianya juga jangan dipandang
dari sudut kepentingan dan kedudukan seseorang tapi hendaklah dipandang dari
sudut kesalahan undang-undang kerana di negara Malaysia, tidak ada orang
yang boleh mengatasi undang-undang.
Jika bekas Pengarah BPR yang lalu berkata bahawa ada orang tertentu
menghalang beliau dari menjalankan tugas lalu ianya tidak dijadikan kes,
maka apa pentingnya !
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku Timbalan
Perdana Menteri menyelar kakitangan JPJ yang cuba menghalang kerja-kerja
BPR? Inilah yang sedang dilihat oleh rakyat. Sudah berapa banyak rakyat
melihat sejarah seperti ini. Rakyat berpendapat pembongkaran lesen terbang
atau gerenti lulus bukan disebabkan terlalu ramai yang memiliki lesen itu
melakukan kesalahan jalan raya tetapi juga rakyat telah lama melihat berapa
ramai yang terlibat dalam penyalahgunaan undang-undang seperti ini secara
terpilih.
Sama ada berstatus badan bebas atau tidak bebas bagi rakyat tidak penting.
Yang penting BPR sepatutnya menjalankan tugas penyalahgunaan ini terhadap
semua perkara, semua peringkat dan semua kedudukan. Sebenarnya sejak
akhir-akhir ini rakyat sudah banyak dikelirukan, terkeliru dan mengelirukan.
Kekeliruan ini disebabkan berlakunya kepada 'siapa dan bukannya kepada
perkara apa. Dan BPR, berdasarkan kepada apa yang diucapkan oleh Ketua
Pen!
garahnya, berdasarkan kepada apa yang diminta oleh Timbalan Perdana
Menteri kepada JPJ menambahkan satu lagi keliru rakyat.
Jadi, sampai bila rakyat mesti dikelirukan?
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
