*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dr. M kata:
Kita ada bertanya kepada mereka mengenai hal itu terutama mengenai
bagaimanakah mereka membuat keputusan untuk menghukum bunuh seseorang.
Mereka tidak dapat memberikan jawapan dan oleh itu kita tidak tahu apakah
dibuat perbicaraan mengikut kehendak hukum hudud.

Adakah ini bermakna kalau kita dapat jawapan dari "mereka" baru kita nak
laksanakan hukum hudud? 
Apabila kita melaksanakan "mandatory death sentence" pengedar dadah
merbahaya, adakah kita tanya sapa-sapa?
Ini antara contoh nak seribu daya... tak nak seribu dalih....

Kata Dr. M lagi:
Negara-negara lain tidak ada yang mengamalkan sistem hudud. Negara seperti
Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Jordan, Yaman, Oman, Mesir, Maghribi,
Libya, Tunisia, Algeria dan lain-lain lagi diiktiraf oleh kita dan OIC
sebagai negara Islam. 
Walaubagaimanapun mereka tidak melaksanakan hukum hudud. Ini bermakna
walaupun mereka tidak melaksanakan hukum hudud mereka masih diiktiraf
sebagai negara Islam. 
Sementara kita di Malaysia ini juga diiktiraf sebagai negara Islam walaupun
kita tidak melaksanakan hukum hudud. Jadi hukum hudud bukan syarat untuk
menjadi negara Islam. 


Adakah ini bermakna sebuah negara dikira negara Islam apabila diiktiraf oleh
kita dan OIC. Siapa kita dan siapa OIC? 
Adakah kita dan OIC itu para-para ulamak yang muktabar atau para pemimpin
yang mengaku Islam tapi tak praktikkan dan tak arif tentang Islam??? 
Adakah pengiktirafan lebih tinggi dan lebih penting dari perlaksanaan???
Siapa yang meletakkan hukum Allah sebagai bukan syarat negara Islam???
Ulamak atau pemimpin atau golongan yang tak hendakkan hukum Allah???

Kata Dr. M lagi:
Sebab hukum hudud tidak dilaksanakan adalah kerana keadaan tidak
mengizinkan. Keadaan rakyat termasuk orang Islam di Malaysia ini tidak
mengizinkan kita melaksanakan hukum hudud.

Perintah Allah lebih rendah dari kehendak rakyat???
Orang Islam di Malaysia mana yang dimaksudkan Dr. M tidak mengizinkan?
Beliau dan sekutu beliau sendiri?
Itu sudah sedia maklum!!!

Kata Dr. M lagi:
Lainlah sekiranya kita mengatakan bahawa hukum hudud itu adalah hukum cara
lama yang tidak boleh digunakan lagi serta ia patut di buang, maka barulah
kita boleh dianggap tidak Islam dan secara tidak langsung menjadi kafir. 
Di dalam hal ini kita tidak pernah pun menolak hukum hudud. Kita Cuma
menyatakan bahawa kita tidak mampu.

Nah!!! Kalau dah tahu tak mampu, kenapa masih nak jadi pemimpin???
Serahkan sahaja kepada mereka yang mampu... Tak gitu???
Kan buat dosa sahaja... jadi pemimpin tu kan amanah Allah dan amanah
rakyat....
termasuk menegakkan undang-undang Allah...

Kata Dr. M lagi:
Apabila Pas berkata bahawa kita (kerajaan) ini bukan Islam kerana tidak
melaksanakan hukum hudud samalah seperti Pas berkata bahawa tidak ada negara
Islam di dalam dunia ini. Sedangkan kesemua 53 buah negara Islam di dalam
dunia ini tidak melaksanakan hukum hudud. 

Adakah kalau kesemua 53 negara so-called Islam, adakah itu alasan
membolehkan kita tidak melaksanakan hukum Allah??
Adakah itu alasan yang kita akan jawab dihadapan Allah nanti???
Kan selalu dok war-war kita boleh! Malaysia Boleh!
Awat tang ni Malaysia Tak Boleh???

Kata Dr. M lagi:
Malaysia. Beliau mendapati Malaysia adalah "Negara Islam Contoh" kepada
lain-lain negara Islam di dunia. 
Bukan Presiden Algeria sahaja berkata demikian bahkan ramai lagi termasuk
Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan beberapa pemimpin terulung dunia turut
mengatakan Malaysia negara Islam mithali. 
Jika pemimpin negara asing ini boleh mengatakan Malaysia negara Islam
mengapa Pas dengan lantang mengatakan negara ini bukan Islam kerana tidak
melaksanakan hukum hudud.

Kalau dok pi tanya orang yang sama-sama tak nak laksanakan hukum Allah,
memang itulah jawapannya...

Kata Dr.M lagi:
Apabila orang Islam di Bosnia di seksa dan dibunuh oleh orang-orang Serb
yang bukan Islam sesuka hati maka kita dapati tiada negara Islam lain yang
datang membantu. 

Hai! Tadi dok ambil excuse kata-kata pemimpin negara "Islam" lain, dok ambil
excuse yang negara-negara "Islam" tak laksanakan hukum hudud... bila masalah
orang Islam spt di Bosnia, negara-negara "Islam" lain jadi tunggul.
So kenapa kita nak gunakan mereka sebagai excuse, contoh atau
perbandingan???

Kata Dr. M lagi:
Mereka menuduh pula saya sebagai "Mahafiraun" dan mengadakan beratus-ratus
sembahyang hajat agar saya mati. Kalau ikut mereka saya telah mati sebanyak
empat kali.

Yang ni nak tergelak rasa... bila masa pulak Pas mengadakan sembahyang hajat
agar beliau mati? Sembahyang hajat tu adalah tapi bukan utk beliau mati...
kalau mati career beliau sebagai PM tu adalah...
Senang-senang juga keluar fitnah... almaklumlah dah jadi kebiasaan dan darah
daging beliau...

Kata Dr. M lagi:
Beribu orang sembahyang hajat pun Allah tidak makbulkan
kerana mereka berada di jalan yang salah.

Mana beliau tahu??? Nampak sangat kejahilan beliau... makbul atau tidak doa
tidak bermakna mereka dijalan yang salah...

Lastly, kata Dr. M:
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Lain di kata lain di buat. Kalau sungguh percaya Allah itu Maha Adil,
tentulah Maha Adil segala peraturan dan hukum Allah, tak gitu? Habis tu
kenapa berikhtiar utk tidak melaksanakannya??? How ironic!!!

> -----Original Message-----
> From: mad [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Tuesday, 19 September, 2000 8:42 PM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* [Fwd: [warga_kilang] Malaya,Arab Saudi, Islam,Hudud]
> 
>  << Message: Untitled Attachment >> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke