Sahabat2 semua !!! untok apalah si Annuar tu menulis begitu rupa. Sudah lah dia tahu yang UMNO tu dah tak betul dan mungkin agak impossible untok di perbetulkan lagi , apa lah yang di tunggu lagi oleh beliau , pergilah jumpa Tok Guru Nik Aziz dan declare masuk Pas. Insyaallah lepas ini baru teguran nya yang membina itu akan di pandang serius oleh puak2 yang ada authority dalam UMNO........ Mari kita doakan agar beliau akan mendapat petunjok dari allah... amin
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya rasa si Anuar Musa tu bermimpi sahaja jika beliau berfikir UMNO akan melakukan reformasi dalaman. Walaupun apa yg ditulis adalah benar dan masuk akal (dan kita tahu sekarang ni memang susah nak cari orang UMNO bercakap benar dan masuk akal), saya tidak percaya tulisannya akan diberi perhatian langsung.
UMNO sekarang di dalam dilema. Mereka tidak pernah mengalami kemerosotan sokongan Melayu yang begitu dasyat. Semua kerusi majoriti Melayu samada jatuh ke pembangkang atau dimenangi dengan majoriti yang sedikit sahaja. UMNO sekarang terpaksa mengemis sokongan dari golongan bukan Melayu terutamanya bangsa Cina. Adalah amat ironis sekali apabila kita melihat sebuah parti yang berjanji untuk mempertahankan hak dan budaya Melayu, sekarang terpaksa 'kow-tow' ke kepada bangsa bukan Melayu semata-mata untuk hidup di dalam arena politik Malaysia.
Anuar Musa menulis bahawa UMNO tidak berjaya mencari ubat untuk melawan 'virus pembangkang' itu. Senang sahaja:- BEBAS DAN AMPUNKAN ANWAR. Tapi kita tahu ini satu kemustahilan. Kerana si tua gila di Putrajaya itu sudah membakar semua jambatan dengan si penghuni Sungai Buloh. Dia tidak sanggup menjilat balik ludahnya sendiri. Lagipun kalau dibebaskan dan diampunkan, adakah Anwar akan mahu kembali ke UMNO? Pendek kata, rancangan mereka menjatuhkan Dato Seri Anwar memang telah memakan diri mereka sendiri.
Bagi pihak pembangkang, kemunduran sokongan Melayu di dalam UMNO tidak patut disia-siakan. Bagi parti PAS, ia tidak sepatutnya menganak-tirikan parti KeAdilan walaupun PAS meraih paling banyak kerusi pada pilihanraya yg lalu. PAS harus ingat jika bukan kerana krisis Anwar, tidak mungkin Trengganu dapat dirampas, tidak mungkin Parlimen Kedah mempunyai majoriti PAS, tidak mungkin PAS berjaya memenangi kerusi di Perlis, Selangor dan Pahang yang memangnya kubu kuat UMNO/BN.
Apabila Ku Li keluar dari UMNO, Pas menang di Kelantan. Apabila Anwar dihina oleh UMNO, Pas menang di Trengganu dan di negeri-negeri majoriti Melayu. Adakah PAS terpaksa mengharapkan krisis di dalam UMNO sahaja untuk mencapai kejayaan? Rezeki yang diberi Allah ini haruslah digunakan dengan betul. Dan salah satu cara ialah dengan tidak memandang rendah kepada parti KeAdilan, PRM dan DAP. Sebagai seorang bekas penyokong kuat UMNO, saya percaya PAS akan mengalami kesulitan di negeri-negeri selatan seperti N. Sembilan, Melaka dan Johor. Di situlah parti-parti komponen BA yang lain boleh menolong Pas merampas kerusi UMNO/BN.
Bagi KeAdilan pula, parti itu seharusnya menambahkan bilangan penyokong terutama di kalangan muda-mudi yang sudah berpelajaran tinggi dan bosan dengan BN yang menganggap mereka seperti budak kecil. Jika dibiarkan, mereka mungkin akan dipengaruhi juga oleh UMNO yang nescaya mempunyai lebih banyak imbuhan wang dan boleh menggoda mereka yang ingin mencari kesenangan. KeAdilan juga boleh mengajar PAS bagaimana UMNO menipu di dalam pilihanraya kerana parti itu dianggotai oleh bekas ahli UMNO/BN.
Kita semua harus mempelajari apa yang ditulis oleh Anuar Musa itu kerana ia adalah satu-satunya luahan hati orang UMNO yang ikhlas dan benar. Selalunya apa yang mereka tulis hanyalah semata-mata untuk menjilat si orang tua di Putrajaya itu.
LAWAN TETAP LAWAN,
Legerdemain
------------------------------------------------------------
Chat with us at http://www.IRCFriends.org , Email at http://mail.IRCFriends.org
Enjoy and prosper !!! Get your free @IRCFriends.org email address NOW !!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Legerdemain *_*" <[EMAIL PROTECTED]>
