*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Bersabit dengan kes ini, itu pasal hari tu saya forward
ke MMA untuk menyiasat akan komplen ini.  Lepas siasat
baru boleh tau benar atau tidak. Kalau dengar masing2,
tentu masing2 ada reasoning masing2. Tapi MMA reply kata
mereka hanya siasat kalau komplen dibuat di alamat 
pejabat, bukan email/fax. 

Saya yakin hospital ada dia punya tatacara merawat orang
bersalin.  Kalau menimbulkan perasaan malu yang teramat
sangat, seperti berkeadaan spread-eagle yang boleh 
dinampak oleh orang lalu lalang, munkin prosidur kena 
dirombak. Sudah banyak kes didengar mengenai 
ketidakselesaan bersalin di Hospital gomen ni. Yang 
terbaru kes di Hospital Ipoh yang masih dalam siasatan. 
Yang kena tengking dengan nurse tu toksah cakaplah.  
Bukankah kita ni menuju 70 juta penduduk. Tempat bersalin 
sepatutnya jadi tempat paling selesa untuk siibu. Minyak 
tengah naik ni... salurkanlan duit tu untuk tambah
kemudahan bersalin dan nurse2 pompuan.  Itu pasal hari
tu saya forward ke satu akhbar dan TV untuk bersama 
prihatin akan isu bersalin di hospital gomen ni.

Di hospital swasta misalnya; pakar bidan sakit puan pun
ramai lelaki (apa nak buat pompuan kurang minat).  Tapi 
yang lain yang berada di keliling si ibu itu semuanya 
wanita. Lepas tu suami pula dibolehkan ada bersama.
Ketidakselesaannya tidaklah ketara sangat. 

Khabarnya, disatu hospital swasta, kalau suami tak sempat
berada disisi, pakar sakit puan lelaki tu sendiri yang
mengazankan bayi tu, kan cantik begitu.

Sekian

>> -----Original Message-----
>> From: "Je Fire" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>> Subject: Re: H-Net* Re: Re: Hospital TENGKU AMPUAN 
>> RAHIMAH punya hal.
>>
>>>From somebody to me. Don't know who... but good 
>>>explaination. Lain kali jangan terima cerita orang
>>>bulat-bulat...
>>
>>Subject:      FW: Hospital TAR
>>
>>Assalamualaikum,
>>This email I got from a doctor in HTAR... this is her
>>explanation... please
>> 
>>read. And for your information the "victim" is not Puan 
>>Harsa Afina but a wife to this person Insan Penin. If you 
>>guys want clarification from him, please check the email 
>>address that I enclosed. Please see also the email I
>> 
>>got from Azila Kamarudin... the person who forward the 
>>story to us.. Bye...
>>
>>
>>Assalamualaikum.
>>Saya seorang doktor yang bekerja di Hospital Tengku Ampuan
>>Rahimah, Klang dan saya ingin menjelaskan keadaan sebenar 
>>di wad bersalin hospital ini.  Sesiapa sahaja yang 
>>mempunyai sedikit pengetahuan mengenai bidang perubatan
>> 
>>dengan sekali imbas akan sedar bahawa Pn. Harsa Afina Mat 
>>Sakim adalah seseorang yang `tahu sedikit tetapi berlaggak
>>macam tahu banyak'. Setiap ayat yang ditulis oleh beliau 
>>adalah tanpa asas dan tanpa pemahaman tentang
>> 
>>apa yang berlaku di hospital. Kenapakah saudari begitu 
>>angkuh dan melemparkan fitnah-fitnah tersebut tanpa 
>>mendapat kepastian dari orang yang
>> 
>>lebih tahu?
>>
>>>`Di hospital TAR, doktor muda yang membuat pemeriksaan 
>>>BE di bahagian kemasukan wad bersalin tidak membenarkan 
>>>pesakitnya menutup kain semasa baring...'
>>
>>BE tu apa? Selama 5 tahun saya belajar di Universiti, saya
>>tak pernah mendengar istilah BE. VE (vaginal examination')
>>adalah. Kalau tak tahu istilah, janganlah guna Pn Harsa 
>>sayang, janganlah nak tunjuk pandai!  Kalau pesakit asyik
>>menutup kain, macam mana doktor hendak membuat pemeriksaan VE
>>? 
>>Adadkah saudari mencadangkan bahawa doktor membuat 
>>pemeriksaan melalui kain
>> 
>>sarong dan seluar dalam? Pemeriksaan apa tu?
>>
>>>`...sambil menyeluk doktor melihat wajah (terutama yang 
>>>muda mengandungkan anak sulung) dalam keadaan tersenyum....'
>>
>>Tujuan seseorang doktor melihat wajah pesakit semasa 
>>melakukan pemeriksaan adalah untuk mengetahui samada 
>>pesakit dalam kesakitan atau pesakit dah pengsan dan tak 
>>sedar diri etc. Tahukah anda dalam exam tahun akhir untuk 
>>pelajar perubatan, pelajar akan fail (kandas) exam jika 
>>tidak melihat wajah
>> 
>>pesakit sewaktu melakukan pemeriksaan! Ini menunjukkan 
>>betapa pentingnya melihat wajah pesakit.  Salahkah doktor
>>itu senyum? Senyuman adalah suatu sedekah. Kalau wajah 
>>doktor masam, apa pula akan saudari komen? Doktor 
>>Akhbar memang orang yang murah dengan senyumannya.
>>
>>>`BE yang dilakukan juga agak lama sambil 2 jari meninjau 
>>>ke atas, ke bawah,
>>> 
>>>ke kiri, ke kanan dan seluruh bahagian alat perempuan
>>>sehinggakan ibu terpaksa menahan dari geli dan st**...'
>>
>>Tujuan melakukan VE ialah untuk mengetahui sejauh mana 
>>pembukaan pintu rahim. Juga untuk memeriksa keluasan 
>>tulang punggung (pelvic assessment). Memang itulah caranya
>>pelvic assessment dijalankan... ke atas (sacral 
>>promontory), ke bawah (spinal curvature), ke kiri dan ke 
>>kanan ( both ischial spines). Doktor-doktor tidaklah suka 
>>sangat memeriksa tulang punggung. Mungkin saudari sahaja 
>>yang terlebih suka sampai geli dan st**. Mudah sangatkah 
>>saudari st**?!!!!!??
>>
>>>`Hospital ini suka melakukan pembedahan walaupun tanpa
>>>kebenaran. Jika isteri anda terpilih sebagai subject 
>>>untuk operation maka penipuan akan dilakukan seperti 
>>>dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur air.Bila 
>>>isteri anda tidak sedar, apa-apa saja boleh di buat Anda
>>>cuma akan diberitahu perlu operation walaupun tak setuju 
>>>dan tidak menandatangani apa-apa tapi operation tetap 
>>>akan dilakukan kerana ubat bius telah diberi dan anda 
>>>tidak lagi mampu untuk bersalin normal dan operation 
>>>perlu kerana nanti `anak lemas'....
>>
>>Tidak ada seorang doktor pun yang suka melakukan 
>>pembedahan. Pembedahan Caesarian Section hanya dilakukan 
>>apabila tiada lagi pilihan iaitu bila nyawa ibu atau bayi 
>>dalam kandungan atau kedua-duanya adalah dalam terancam
>>. 
>>Adakah saudari ingat kami hanya mengeluarkan kata-kata 
>>`anak akan lemas' kerana kam ingin menipu? Memang benar 
>>anak saudari akan lemas dan kalau pembedahan tidak 
>>dilakukan, saudari akan pulang dengan menggendong mayat 
>>bayi sahaja. Saudari sepatutnya berterima kasih kerana 
>>pulang dengan anak yang sihat tapi sebaliknya saudari 
>>membuat fitnah-fitnah ini. Adakah ini ciri-ciri Islam 
>>yang saudari tekankan?
>>
>>Tentang ubat bius pula........... Ubat bius diberi kerana
>>bakal-bakal ibu tidak tahan kesakitan sewaktu bersalin. 
>>Kalau si ibu rela menanggung kesakitan tanpa bius, doktor 
>>tak perlu beri ubat bius. Tetapi oleh sebab tidak sampai 
>>hati mendengar ibu-ibu meraung kesakitan, kami pun 
>>berilah ubat bius. Kami tak memaksa semua orang itu 
>>menerima ubat bius. Kalau tak hendak, cakaplah. Tapi 
>>jangan pula mengadu kesakitan.  Pihak hospital tidak 
>>sekali-kali melakukan operation tanpa tandatangan pesakit.
>>Tandatangan suami adalah tidak perlu dari sisi 
>>undang-undang kerana si isteri adalah cukup matang dan 
>>berakal fikiran untuk mebuat keputusan sendiri dalam 
>>keadaan kecemasan.
>>
>>>`penggunaan alat besi untuk membesarkan `jalan' tidak 
>>>digunakan kerana cerewet dan malas...'
>>
>>Alat besi ( forceps dan vacuum) adalah alat untuk membantu
>>kepala anak keluar. Alat besi bukan untuk membesarkan 
>>`jalan'. Untuk pengetahuan semua,
>> 
>>kedua-dua alat ini adalah merbahaya kepada kedua ibu dan 
>>anak. Ia boleh mengakibatkan luka dan pendarahan otak bayi
>>jika digunakan pada si ibu yang tidak bekerjasama dengan 
>>doktor. Oleh sebab itu, doktor tidak gemar menggunakan 
>>alat tersebut... bukannya sebab kami malas dan cerewet!!!
>>
>>>Ibu yang telah dioperate dibogelkan dan ditukar pakaian
>>>oleh pembantu hospital lelaki. Tidak ada pembantu 
>>>perempuan ke?Atau ramai lelaki pondan atau lelaki gila 
>>>seks?'
>>
>>Tidak kira lelaki atau perempuan, semua pekerja hospital 
>>adalah bersifat professional. Kami memandang setiap 
>>pesakit sebagai manusia bukan objek seks. Mungkin suami 
>>saudari ataupun saudari sahaja yang teringatkan seks 
>>apabila terpandang orang bogel. Silalah kawal nafsu anda.
>>
>>Jika bersalin, cubalah pergi ke hospital swasta dan 
>>tentukan doktor perempuan......'
>>
>>Jika saudari berfikiran kuno iaitu hanya doktor perempuan
>>patut salinkan anak............ silalah pergi ke hospital
>>swasta. Di hospital kerajaan, sememangnya doktor tidak 
>>mencukupi. Jika doktor sakit puan dihadkan untuk doktor
>>perempuan sahaja, maka semakin kuranglah doktor untuk 
>>merawat pesakit. Nanti ada pula yang komplen kena tunggu
>>lama untuk jumpa doktor.  
>
>>Sebagai penutup `rebuttle' saya, saya ingin mengatakan 
>>bahawa fitnah dipandang berat di sisi agama. Fitnah lebih 
>>besar dosanya dari membunuh. Dr Akhbar adalah seorang 
>>doktor muda yang baik budi dan bersopan orangnya. Dia
>>hanya melakukan tugasnya dengan sebaik mungkin. Saya 
>>berharap bila anak saudari besar kelak, dia akan menjadi 
>>seorang doktor atau jururawat dan mungkin dia juga akan
>>dilemparkan fitnah-fitnah seperti fitnah-fitnah 
>>saudari. Silalah mendapatkan fakta-fakta yang betul 
>>sebelum membuat fitnah.
>> 
>>Akhir sekali, fitnah saudari boleh dibawa oleh Dr Akhbar 
>>ke mahkamah dan saudari boleh disaman kerana libel/ 
>>slander. Terpulanglah kepada budi baik dr Akhbar untuk 
>>tidak mengeluarkan saman.
>>
>>Sekian.
>>
>>----Original Message Follows----
>>From: "mohd nasser husin" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>CC: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: Re: H-Net* Re: Re: Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH punya hal.
>>Date: Wed, 20 Sep 2000 07:00:06 GMT
>
>>Assalamualaikum,
>>
>>Sama lah ceritanya dengan kisah anak rakan saya yang 
>>selalu menagis hingga lemas... di bawanya ke hospital 
>>daerah Dungun, balik tangan kosong, kata doktor 'no 
>>problem'. So wife saya pun cadangkan bawa ke hospital 
>>pakar ataupun hospital negeri kerana kanak-kanak tersebut 
>>masih bermasalah.
>>
>>You know, sampai sekarang kanak-kanak tersebut telah 
>>ditahan dalam ICU hospital KT.... dah hampir 2 minggu!
>>
>>
>>>From: jalak lenteng <[EMAIL PROTECTED]>
>>>To: apanama <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
>>>[EMAIL PROTECTED]
>>>CC: [EMAIL PROTECTED]
>>>Subject: Re: H-Net* Re: Re: Hospital TENGKU AMPUAN 
>>>RAHIMAH punya hal.
>>>Date: Mon, 18 Sep 2000 00:35:37 -0700 (PDT)
>>>
>~~~~~
>>>Assalamualaikum,
>>>terpanggil saya untuk menambah sedikit
>>>pertanyaan.Apakah sudah hilang keprofessionalan
>>>doktor2 dan Hospital2 kerajaan? Kejadian yang hampir
>>>sama juga berlaku di daerah saya tetapi berlainan kes.
>>>Doktor2 ( Jabatan Kecemasan )gagal untuk bertindak
>>>secara professional dan 'calculated risks' dalam
>>>menangani masaalah kecemasan bahkan mengatakan " hanya
>>>kes2 kemalangan sahaja yang akan dilayan di Jabatan
>>>Kecemasan walaupun waktu itu adalah hari cuti/waktu
>>>malam.Bahkan dia menyuruh pesakit datang seminggu
>>>kemudian untuk berjumpa doktor lain tanpa memeriksa
>>>pesakit.Doktor yang mencabar untuk menumbuk waris pun
>>>ada...Hairan...
>>>Tapi...what do you expect? Malaysia Boleh!
>>>Jika ada Pengarah2 Hospital didalam listing ini,
>>>diharap anda dapat membuka mata dan minda anda dalam
>>>cuba memberikan perkhidmatan awam yang terbaik pada
>>>orang awam terutama orang2 kampung yang sangat2
>>>memerlukan.Kerana kami adalah pembayar2 cukai dan we
>>>deserve more than this from you.
>>>
>>>
>>>--- apanama <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>>> > Assalamualaikum,
>>> >
>>> > NTV7 / UM, cerita dibawah ni boleh dijadikan bahan
>>> > berita hangat dan boleh memberi manafaat pada orang 
>>> > ramai.
>>> >
>>> > UM, daripada dok perbesarkan berita masaalah air di
>>> > Kelantan dan Terengganu (macamlah kat tempat lain
>>> > tak ada masaalah air), baiklah bawa berita masaalah 
>>> > Hospital ni. Berita masaalah air tu, tujuannya untuk
>>> > memperlekeh kerajaan orang Islam. Berita Hospital tu 
>>> > untuk memelihara orang Islam. Agak2 yang mana akan 
>>> > membawa pulangan pahala?
>>> >
>>> > Sekian
>>> >
>>> > > -----Original Message-----
>>> > > From: [EMAIL PROTECTED]
>>> > > To: [EMAIL PROTECTED],[EMAIL PROTECTED],[EMAIL PROTECTED]
>>> > > Sent: Mon, 18 Sep 2000 00:29:05
>>> > > Subject: Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH punya hal.
>>> > >
>>> > >Assalamualaikum and good day,
>>> > >
>>> > >Berikut ada mail berkenaan dakwaan salah laku di
>>> > >Hospital Ampuan Rahimah Klang. Tolong check sikit 
>>> > >atau sampaikan pada yang berkenaan. Kesianlah rakyat
>>> > >yang tak mampu nak ke Hospital berbayar. Dalam negara
>>> > >serba boleh ni, benda2 basic macam ni patut dah tak 
>>> > >timbul lagi. Bersalin atas troli, bersalin tanpa 
>>> > >jururawat dan Doktor, Doktor miang, dsbnya ni cerita
>>> > >memalukan untuk negara Malaysiaku.
>>> > >
>>> > >Untuk makluman:
>>> > >
>>> > >1. Tengku Ampuan Rahimah Hospital
>>> > >   tel 03 - 3323333 fax  03 - 3329089
>>> > >
>>> > >2. MALAYSIAN MEDICAL ASSOCIATION
>>> > >   4TH. FLOOR, MMA HOUSE 124, JALAN PAHANG
>>> > >   53000 KUALA LUMPUR MALAYSIA.
>>> > >   TELEPHONE NO. 03-4043 0617, 03-4041 8972,
>>> > >   03-40411375
>>> > >   FAX NO. 03-4041 8187
>>> > >   E-MAIL:[EMAIL PROTECTED]
>>> > >
>>> > >3. Family Health Development Division is
>>> > >   specialised in providing health care to the whole 
>>> > >   family of all age groups, through the Primary 
>>> > >   Health Care concept.
>>> >
>>> > >
>>> > >   Contact Information
>>> > >
>>> > >   Telephone 603-2540088 FAX 603-2525579
>>> > >   4th Floor, Block E, Damansara Office Complex,
>>> > >   Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
>>> > >   General Information: [EMAIL PROTECTED]
>>> > >   Webmaster: [EMAIL PROTECTED]
>>> > >
>>> > >----- Original Message -----
>>> > >From: AHMAD ZAMREE B. SHAARI, ENGINEERING/MME
>>> > >To: <[EMAIL PROTECTED]>; Azhar, Abduh (GEAE, Malaysia)
>>> >
>>> > >Sent: Monday, September 18, 2000 10:45 AM
>>> > >Subject: H-Net* Re: Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH
>>> > -???
>>> > >
>>> > >~~~~~~~~~~~
>>> > >> Assalamualaikum,
>>> > >>
>>> > >> Saya berani confirm item no. 2. Isteri saya
>>> > >> pernah bersalin atas troli tempat nurse/orang lalu
>>> > >> lalang. Most of the time, Hospital tu congested dan
>>> > >> tak cukup untuk tampung pesakit yang nak bersalin.
>>> > >> Service memang teruk. Saya pernah hantar student 
>>> > >> yang sakit gastrik pada pukul 1 pagi at emergency 
>>> > >> wad. Pukul 3:30 pagi baru doktor check dan admitted.
>>> > >> Itu kes emergency....
>>> > >>
>>> > >> > ----------
>>> > >> > From: Azhar, Abduh (GEAE,Malaysia)
>>> > >> > Sent: 18 September 2000 10:21
>>> > >> > To: [EMAIL PROTECTED]
>>> > >> > Subject: H-Net* FW: [alumni_bsc95] Fwd:
>>> > >> > Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH -???
>>> > >
>>> > >> > Saya mendapat maklumat ini dari member.  Untuk
>>> > >> > mendapatkan kesahihan cerita, sila hubungi
>>> > >> > sender seperti alamat dibawah...
>>> > >> >
>>> > >> > Harsa Afina Mat Sakim
>>> > >> >
>>> > >==========
>>> > >
>>> > >> > > Assalamualaikum,
>>> > >> > >
>>> > Beritahulah kepada saudara-mara, rakan dan
>>> > sahabat handai yang berada di sekitar KLANG atau yang
>>> > berniat untuk ke Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG
>>> > bagi tujuan bersalin.
>>> > 
>>> > Di Hospital TAR bahagian ibu bersalin;
>>> > 
>>> > 1. Doktor muda yang membuat pemeriksaan BE
>>> > (jalan)di bahagian kemasukan wad bersalin tidak
>>> > membenarkan pesakitnya menutup kain semasa
>>> > baring supaya lebih kelihatan berbogel dan sambil
>>> >
>>> > menyeluk akan melihat muka pesakit (terutama yang
>>> > muda mengandungkan anak sulung) dalam keadaan
>>> > tersenyum. yang dilakukan juga agak lama sambil 2
>>> > jari meninjau ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan dan
>>> > seluruh bahagian di dalam alat perempuan
>>> > sehinggakan ibu yang belum terasa sakit nak
>>> > bersalin terpaksa menahan dari geli dan st**.
>>> > Nama doktor ini adalah Doktor A****
>>> > orangya tinggi seperti berketurunan Mamak.
>>> > 
>>> > 2. Di dalam 'Labour Room' tirai yang sepatutnya di
>>> > tarik supaya pesakit tidak nampak sesama
>>> > sendiri dan doktor atau nurse yang lalu lalang kat
>>> > dalam bilik itu boleh terpandang pesakit dalam
>>> > keadaan terkangkang tidak di tarik. Isteri-isteri
>>> > anda diperlakukan seperti tidak ada maruah dan
>>> > tak ubah seperti pelacur jalanan.
>>> > 
>>> > 3. Hospital ini juga suka melakukan pembedahan walau
>>> > pun tanpa kebenaran. Jika isteri anda terpilih
>>> > sebagai 'subject' untuk operation maka penipuan
>>> > akan dilakukan seperti dengan memasukkan ubat bius
>>> > ke dalam salur air. Bila isteri anda sudah tidak
>>> > sedar, apa-apa saja boleh di buat. Anda cuma akan
>>> > diberitahu 'perlu operation' walaupun anda tidak
>>> > setuju dan tidak menandatangani apa-apa tapi
>>> > operation tetap akan dilakukan kerana ubat
>>> > bius telah dimasukkan dan dalam masa 24 jam tentu
>>> > isteri anda tidak mampu lagi untuk bersalin
>>> > secara normal dengan itu operation perlu kerana


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke