*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

MasyaAllah. Tadi pi check http://www.salamku.com (yang fasal Islam dan Sains 
tu le..)

Artikel terbaru mengenai asal-usul alam semesta. MasyaAllah. Subhanallah. 
Allahuakbar. Sadaqallah.

Saya copy dan pastekan di sini. kalau nak tengok gambar, pi le ke 
http://www.salamku.com

............
BEBERAPA AYAT-AYAT AL-QURAN MENGENAI ANGKASA DAN PENEMUAN KAJIAN ANGKASA



Profesor Yoshihide Kozai: Saya kata, saya amat takjub bila menemui 
fakta-fakta kaji-angkasa sahih di dalam al-Quran.

Dr. Kozai ialah Profesor Emeritus di Universiti Tokyo, Hongo, Tokyo, Jepun, 
dan pernah menjadi Pengarah Pusat Pengamatan Kajian-angkasa Kebangsaan (�the 
National Astronomical Observatory�), Mikata, Tokyo, Jepun. Kami bentangkan 
kepadanya beberapa ayat-ayat al-Quran yang menerangkan bagaimana bermulanya 
alam dan langit, dan ayat-ayat yang berkaitan dengan perhubungan di antara 
bumi dan langit. Selepas mengkaji ayat-ayat itu, Profesor Kozai bertanya 
mengenai al-Quran dan mengenai bila al-Quran diwahyukan. Kami terangkan 
kepada beliau bahawa ianya diwahyukan 1400 tahun dahulu. Kemudian kami 
bertanya mengenai fakta-fakta sains yang terkandung di dalam ayat-ayat 
tersebut. Selepas setiap jawaban, kami kemudiannya menunjukkan beliau 
ayat-ayat al-Quran yang berkaitan. Beliau menyatakan rasa takjubnya sambil 
berkata bahawa al-Quran ini menerangkan alam-semesta seperti seorang yang 
melihatnya dari tempat yang tertinggi, semuanya yang dilihat amat jelas dan 
nyata. Sesiapa yang memberitakan ayat-ayat ini pastinya melihat semuanya 
yang ujud (Maha Melihat-pent). Dengan melihat dari paras itu sememangnya 
tiada yang tidak boleh dilihat.

Kami bertanya beliau jika pada suatu ketika dahulu alam semesta berbentuk 
asap. Belaiu menyatakan semua tanda-tanda dan bukti-bukti menjurus kepada 
membuktikan bahwa pada suatu ketika dahulu alam semesta ujud dalam bentuk 
awan asap. Pendapat ini dibuktikan sebagai satu fakta yang sahih. Ahli sains 
kini dapat menyaksikan bagaimana satu bintang baru terbentuk daripada asap 
sebegitu, yang disahkan sebagai permulaan alam semesta ini, sebagaimana 
dapat kita lihat dalam gambar (rujuk gambarajah 17.1)


Gambarajah . 17.1
Lagoon Nebula (Pembentukan bintang)

Gambar ini diambil baru-baru ini dengan bantuan kapal angkasa. Ia 
menunjukkan sebuah bintang ketika ia dibentuk daripada asap. Lihat bahagian 
luarannya yang kemerahan apabila ia mula menghangat dan membentuk. Dan lihat 
di pusat awan asap dan lihat, oleh kerana bahan berasap itu daripada bahan 
yang tinggi ketumpatannya, ia tertumpu di satu kawasan dan tidak merebak 
(�irradiant�). Bintang-bintang bersinar yang kita saksikan hari ini, 
sebagaimana seluruh alam semesta ini suatu masa dahulu, adalah dalam bentuk 
asap sebegini.

Kami bentangkan kepada beliau ayat al-Quran yang bermaksud:

�Kemudian Ia menujukan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang 
langit itu masih berupa asap; lalu ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: 
�Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada sukarela atau dengan paksa!� 
Keduanya menjawab: �Kami berdua sedia menurut- patuh dengan sukarela�. 
(Surah Fussilat, 41: ayat 11).
Sebahagian ahli-ahli sains menghuraikan perkataan arab �dukhan� atau asap 
sebagai kabus (�mist�). Tetapi Profesor Kozai menerangkan perkataan kabus 
tidak menetapi makna asap ini sebab kabus bersifat sejuk, sedangkan asap 
kosmik agak panas. �Dukhan� sememangnya terdiri daripada gas-gas yang mana 
bahan-bahan pejal melekat padanya, dan inilah penerangan tepat mengenai asap 
daripada mana alam-semesta terbentuk sebelum bintang-bintang terbentuk. Kata 
Profesor Kozai oleh kerana asap tersebut panas, kita tidak boleh 
menghuraikannya sebagai kabus. �Dukhan� ialah perkataan terbaik yang pernah 
ujud. Dengan itu, Profesor Kozai meneruskan kajiannya terhadap setiap 
ayat-ayat al-Quran yang kami bentangkan kepadanya.

Akhirnya kami bertanya beliau: �Apa pendapat anda mengenai fenomena yang 
anda lihat sendiri ini, maksud kami, bahawa sains mulai menemui 
rahsia-rahsia alam semesta, sedangkan banyak rahsia-rahsia tersebut telah 
pun dinyatakan di dalam al-Quran atau Hadis? Adakah anda fikir al-Quran 
diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu�alaihiwasallam bersumberkan 
manusia?�

Profesor Yoshihide Kozai menjawab: Saya kata, saya amat takjub bila menemui 
fakta-fakta kaji-angkasa sahih di dalam al-Quran, dan bagi kami ahli 
kaji-angkasa moden telah mengkaji sekelumit daripada alam semesta. Kami 
tumpukan usaha untuk memahami hanya sebahagian kecil darinya sahaja. Ini 
ialah kerana dengan menggunakan teleskop kami hanya dapat melihat sebahagian 
kecil daripada angkasa tanpa memikirkan keseluruhan alam semesta. Justeru, 
dengan membaca al-Quran dan dengan menjawab soalan-soalan anda, saya 
berpendapat saya sudah menemui cara baru untuk mengkaji alam semesta�.

Profesor Kozai yakin bahawa mustahil untuk al-Quran datang daripada sumber 
manusia. Beliau menambah bahawa ahli-ahli sains dalam bidang ini menumpukan 
hanya kawasan yang kecil, tetapi jika kita membaca al-Quran, baharulah kita 
akan nampak gambaran lebih besar mengenai alam-semesta. Ahli-ahli sains 
perlu memandangnya sebagai satu panorama, bukannya dengan pandangan yang 
terhad dan sempit. Profesor Kozai mengakui berkaitan angkasaraya (�cosmos�) 
bahawa kini beliau berupaya menemui cara baru untuk mengkaji. Katanya, mulai 
dari sekarang, beliau akan merancang kajiannnya dengan panduan al-Quran yang 
melihat alam-semesta dengan pandangan lengkap.

Segala Puji untukMu oh Allah Yang Maha Agung! Inilah satu mukjizat yang 
kekal dan sentiasa membaharui diri. Inilah mukjizat yang menyinarkan 
kehidupan dan yang meyakinkan Muslim dan bukan-Muslim, dan yang akan 
meyakinkan semua generasi sehingga Hari Kiamat.

Allah berfirman di dalam al-Quran bermaksud:

��tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran al-Quran yang telah 
diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya,�� (Surah 
An-Nisaa�, 4: ayat 166)
�Dan katakanlah (wahai Muhammad): �Segala puji tertentu bagi Allah (yang 
melimpahkan ni�mat ni�matNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan 
kepada kamu tanda-tanda kekuasannYa supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan 
jelas nyata)�: dan Tuhanmu tidak lalai akan segala yang kamu lakukan.� 
(Surah An-Naml,27:ayat93).

........
Hah!!! Siapa yang dulu berani kata al-Quran ni ketinggalan zaman??
Inilah salah satu bukti al-Quran relevan sehingga Hari Kiamat. mari kita 
kembali kepada al-Quran dan Hadis...

Wasssalam
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke