*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarokatuh,

Sidang netters yang dirahmati Allah. Nampaknya tajuk ini agak popular dan 
bisa mengundang pelbagai reaksi dan reaksi-kepada-reaksi dan seterusnya. Ada 
yang agak emosi, ada yang agak keras, ada yang agak lembut. Yang agak lawak 
pun ada. Ada juga yang teragak-agak.

Disebabkan saya yang mula-mula mengukir tajuk ini untuk renungan, maka saya 
merasa bertanggungjawab untuk menjadi 'referre'.

Kata 'referre': 'Mari kita hentikan reaksi beremosi dan perasaan dendam'. 
Silalah berhujjah dengan fakta.

Apabila saya mula2 menulis pandangan saya itu, saya sudahpun memperingatkan 
sidang netters agar tidak emosi dalam memberi reaksi. Dua kali saya ingatkan 
"Jika idea saya ini tidak benar, maka sangkallah dengan hujjah befakta, 
bukan dengan emosi amarah".

Saya rasakan pandangan asal saya itu tidak emosi, tetapi hujjah berfakta. 
Sebagai bukti, saya kepilkan sekali lagi pandangan saya itu:

Dan buat kali ketiga, jika sidang netters (termasuklah syazana) mahu 
menyangkal pandangan ini, sangkallah dengan hujjah berfakta, bukan emosi 
amarah. Wassalam......

Mati itu Pasti. Tegakkan Solat Sebelum Terlambat


>From: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Antara UMNO dan PAS
>Date: Fri, 22 Sep 2000 10:57:46 GMT
>
>
>Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,
>
>Apa yang saya catatkan dibawah ialah pengamatan saya selama berbelas tahun
>sebagai ahli-tak-aktif UMNO dan setelah tiga tahun menjadi ahli PAS. Kalau
>ada sesiapa yang ada fakta untuk membuktikan sebaliknya apa yang saya
>katakan ini, silakanlah. Bukankah ini satu medan perbincangan? Tapi,
>berbincanglah dan berhujjahlah dengan fakta, bukan emosi kemarahan.
>
>Politik Wang:
>UMNO- sudah menjadi bukan rahsia lagi politik wang yang dahsyat berleluasa
>di dalam UMNO. Sehinggakan Presiden UMNO sendiri pernah menangis di
>Perhimpunan Agung mengesali gejala politik wang dalam UMNO. Saudara ingat
>lagi tak? Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain juga banyak menyatakan kekesalan
>mengenai politik wang dalam UMNO ini.
>
>PAS- sehingga kini belum kedengaran lagi politik wang berlaku dalam PAS.
>Tidak pernah kita dengar Presiden PAS menangis kerana politik wang dalam
>Ijtimak PAS. Media pro-UMNO juga tidak pernah melapurkan gejala ini berlaku
>dalam PAS.
>
>Surat Layang/Fitnah-
>UMNO- juga menjadi bukan rahsia lagi fitnah/surat layang juga berleluasa
>dalam UMNO. Pemimpin UMNO sendiri yang mengakui dan membongkar rahsia ini.
>Yang terbaru ialah mengenai fitnah (kerana belum ada hitam putih, maka
>fitnahlah) yang mengena Abu Hassan Umar. Abu Hassan sendiri yang mengaku
>dalam media massa pro-UMNO bahawa dia mangsa surat layang. Katanya surat
>layang yang memfitnah beliau bermula bila dia nak tanding naib presiden
>dulu. Dan tragedi surat layang itu berakhir dengan dia terpaksa meletak
>jawatan. Bukan Abu Hassan sahaja, bekas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri
>Anwar Ibrahim juga menjadi mangsa surat layang (anggapan majoriti bangsa
>Melayu le. Minoriti rakyat tidak anggap itu surat layang).
>
>PAS- lagi sekali, gejala ini tidak pernah kita dengar berlaku dalam PAS.
>Media massa pro-UMNO seperti UM atau BH tidak pernah melaporkan ada 
>pemimpin
>PAS yang letak jawatan kerana surat layang. Yang ada meletak jawatan kerana
>nak masuk UMNO seperti Ustaz Nakahei.
>
>Rasuah:
>UMNO- kadangkala kita dengar pemimpin-pemimpin tinggi UMNO yang dihadapkan
>ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Contohnya seorang ADUN di Melaka (lupa
>namanya) dan seorang lagi di Selangor (juga lupa namanya). Kes mahkamah
>mereka hangat dibicarakan dalam media pro-UMNO. Dalam perbicaraan Anwar
>Ibrahim, ada tercatat bahawa ACA sudah ada kes kukuh untuk mendakwa Ketua
>Wanita UMNO Rafidah Aziz dan bekas Ketua Pemuda UMNO (Rahim T. Chik) atas
>kes rasuah. Malahan, menurut apa yang diperkatakan di mahkamah, Peguam
>Negara juga sudah bersedia untuk mendakwa. Tapi tak jadi kerana sebab-sebab
>tertentu. Ini bukan fitnah, tetapi apa yang dibicarakan dalam mahkamah. 
>Naib
>presiden Muhammad Taib sendiri pernah dihadapkan ke mahkamah di Australia
>dan Malaysia kerana tuduhan rasuah. Walaupun dia menang kes, namun hakikat
>dia dihadapkan ke mahkamah sedikit menjatuhkan kredibiliti beliau. Orang
>kata dalam politik, kita bukan hanya kena amanah, tapi kena nampak amanah.
>Kalau di negeri Barat atau di Jepun, sudah tentu pemimpin sebegini akan
>tenggelam dari arus politik perdana.
>
>PAS- setakat ini, belum ada (dan kita doakan tidak akan ada) lagi pemimpin
>PAS yang dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Mereka sudah memerintah
>Kelantan lebih 10 tahun. Tuan Guru Nik Aziz menyatakan kepada ACA tidak
>perlu mendapat kebenaran dia jika mereka nak siasat EXCO atau ADUN PAS. Dan
>sehingga kini, tidak pernah ACA menghadapkan mana-mana ADUN atau EXCO PAS
>Kelantan kerana rasuah. Yang ada hanyalah tuduhan-tuduhan liar tanpa bukti
>dari pemimpin UMNO. Begitu juga mengenai kononnya rasuah dalam pengendalian
>Tabung Memali. Ada tuduhan dan report polis kononnya pemimpin PAS
>menyalahgunakan Tabung itu. Namun, sehingga kini belum ada kes pendakwaan
>rasuah terhadap pepimpin PAS berkenaan. Menurut Presiden PAS, pihak polis
>telahpun menyiasat report itu dan didapati tiada asas. Walaubagaimanapun,
>pihak PAS menyerahkannya kepada polis untuk meneruskan siasatan jika mereka
>mahu.
>
>Halah-tuju ISLAM
>UMNO- Halatuju Islamnya tidak jelas. Bukan saya yang kata, tetapi ahli MT
>UMNO Datuk Annuar Musa. Kalian bacalah artikelnya dalam Utusan Melayu 20 
>dan
>21hb September. Annuar Musa yang mengaku nampak kurang jelas halatuju UMNO
>dalam mencapai cita-cita Islam. Justeru, Annuar Musa mencadangkan agar
>perlembagaan UMNO diubah untuk menjelaskan halatuju Islam UMNO.
>
>PAS- Dalam perlembagaan PAS, memang jelas mereka berpandukan Al-Quran dan
>Hadis sebagai paksi perjuangan mereka.
>
>Siapa Paling Berpengaruh:
>UMNO- Dalam UMNO adakah Biro Agama yang paling berkuasa? Rasanya tidak. 
>Biro
>Agama UMNO sama tarafnya dengan Biro Pemuda atau Biro Wanita. Mereka bukan
>penggubal dasar. Yang paling berkuasa ialah Majlis Tertinggi. Dalam MT,
>kebanyakan daripada ahlinya bukan ahli agama. Hanya beberapa orang sahaja
>seperti Dr. Hamid Osman. Justeru, jika majoriti ahli-ahlinya bukan ahli
>dalam hukum hakam Islam, bolehkah mereka membawa UMNO menuju destinasi 
>Islam
>berlandaskan panduan Al-Quran dan Hadis. Jika pilot bukan ahli dalam
>selok-belok pemanduan kapal terbang, apa akan jadi ketika hendak berlepas?
>Selamatkah sampai ke destinasi Islam?
>
>PAS- Yang paling berpengaruh dalam PAS ialah Majlis Ulamaknya. Maknanya 
>yang
>paling berpengaruh dalam mengawasi perjalan PAS ialah mereka yang ahli 
>dalam
>hukum-hakam Islam. Jika sebuah kapalterbang, pilotnya terkenal handal dalam
>pemanduan kapal terbang. Jika ada ribut pun, insyaAllah kapal terbang masih
>boleh terbang dengan tenang.
>
>
>
>Pengamatan diatas adalah sebagai renungan bersama. Jika idea saya ini tidak
>benar, maka sangkallah dengan hujjah befakta, bukan dengan emosi amarah.
>
>Wassalam.
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke