*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Cerita ini saya dengar semalam , mungkin dari beribu cerita lain yang
sentiasa berlaku . Ketua rombongan dari Beranang telah membawa ahlinya
ke Kelantan . Oleh kerana orang umno maka , lawatannya ke bandar , beli
belah dan beberapa kawasan menarik dan dalam rancangan lawatan termasuk
melawat MB . Ahli umno sebenarnya menyangkakan ia adalah main-main , dan
ketua rombongan juga adalah ahli Pas secara diam-diam dan bertekad
bagaimana mahu menukar ahli-ahlinya , serta tidak mahu disingkir dari
kumpulannya . Tiba masanya maka dibawa benar-benar ke rumah MB . Apabila
ditanya apakah TG Nik Aziz ada dirumah , diberitahu jika ada keretanya
adalah beliau .
Ditakdirkan Allah TG Nik Aziz ada , baru balik dari menembak tupai
dengan pakaian orang kampung , padahal MB. Oleh kerana baru balik dari
kebun maka TG Nik Aziz minta diri untuk membersihkan badan dan
mempelawa untuk sembahyang bersama-sama kerana kebetulan hampir masuk
waktu maghrib . Ahli umno serbasalah tak kan nak lari , sebab dah
maghrib . Maka bersembahyang berimamkan TG Nik Aziz dan diikuti layanan
MB bertanya khabar dan bersembang sedikit sebanyak , TG Nik Aziz tidak
tahu bahawa mereka ahli umno.
Selepas balik masing-masing terdiam dan seolah-olah terpukau bagaiamana
seorang MB begitu mudah ditemui tanpa apponitment berbanding MB umno ,
hanya berkain pelikat dan sangat sederhana , menjadi imam dan terlihat
wajah yang bersinar itu . Apabila balik melalui Terengganu masing-masing
lantas memuji-muji Terengganu . Beberapa hari kemudian mesyuarat pun
dijalankan .Mesyuarat umno kosong tiada siapa yang datang .
- Oleh kerana cerita ini saya dengar jika ada kesilapan dan beberapa
yang tidak benar saya minta maaf . Jika ada yang membaca yang lebih tahu
sila betulkan . Tetapi cerita ini cukup menggembirakan saya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mohd Nawawi Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>