Tu dia, menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional tak dapat mentadbir dengan baik. Next 
election eloklah ditukarkan kesemuanya. 

Saya tak berapa tahu tentang negeri Kelantan sangat, agaknya pusat video kat KB 
atau bandar bandar lain bercambah @ banyak ke ?. Adakah kerajaan PAS di Kelantan 
dan Terengganu berkuasa untuk menghalang pusat pusat video haram dan tak haram 
(istilah 
undang undang) ?

On Tuesday, October 03, 2000 Justice wrote:

>
>Muka Hadapan Utusan Malaysia
>
>Haramkan pusat video -- TPM: Kerajaan mahu semua pihak berkuasa tempatan bertindak
>
>IPOH 3 Okt. - Kerajaan mahu semua pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan 
>kerajaan 
mengharamkan terus kegiatan pusat permainan video kerana menjadi punca gejala masalah 
sosial golongan remaja di negara ini. 
>Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan terbaik 
bagi mengatasi kegiatan pusat permainan video haram ialah dengan mengharamkan pusat 
permainan video. 
>Beliau menegaskan, jika pihak berkuasa tempatan mahu mengharamkan pusat permainan 
video, mereka boleh berbuat demikian kerana ia bukan satu perkara yang susah untuk 
dilakukan. 
>Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan menyerahkannya kepada polis dan pihak berkuasa 
tempatan untuk menentukan bagaimana tindakan akan diambil. 
>''Pada saya benda ini (kegiatan pusat permainan video) dah nampak teruk sangat. 
Eloklah kalau pihak kerajaan tempatan dan badan-badan serta jabatan kerajaan yang 
lain mengambil tindakan supaya ia diharamkan, senang sikit... dah jadi masalah dah. 
>''Sebenarnya (kegiatan pusat permainan video) ini sudah jadi macam candu kepada 
anak-anak muda. Hari-hari mereka pergi (ke pusat permainan video), hari-hari mesti 
pergi main. Kalau tak main mereka tidur pun tak senang hati. 
>''Boleh jadi permainan ini pun dah berupa satu judi pulak..., satu judi kepada 
mereka dan ia tidak membawa kebaikan,'' tegasnya. 
>Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kunci kepada 
pemilik rumah kos rendah kumpulan kedua Taman Bercam Raya di sini hari ini. 
>Beliau mengulas laporan muka satu Utusan hari ini mengenai kegiatan pusat permainan 
video haram yang terus berleluasa dan menimbulkan tanda tanya terhadap tahap 
penguatkuasaannya 
di sebalik arahan kabinet yang mahu semua agensi bertindak tegas membanteras gejala 
tersebut. 
>Abdullah berkata, beliau telah membaca laporan akhbar Utusan itu dan mengarahkan 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai supaya memanggil sidang akhbar khas hari 
ini untuk memberi penerangan yang sejelas-jelasnya dan apa juga fakta yang ada kepada 
media massa berhubung tindakan polis. 
>''Ini supaya perkara itu dapat disiarkan di akhbar dan televisyen untuk masyarakat 
mengetahui apakah yang telah dilaksanakan oleh polis pada waktu ini,'' ujarnya. 
>Menurutnya, memang banyak serbuan yang telah dilakukan polis termasuk rampasan 
mesin permainan video. 
>''Macam-macam tindakan telah diambil tetapi nampaknya tindakan itu masih lagi tidak 
dapat menghapuskan tempat-tempat dan kedai-kedai haram yang ada permainan video 
ini,'' tegasnya lagi. 
>Sehubungan itu, beliau mahu pihak yang terbabit termasuk polis dan pihak berkuasa 
tempatan meningkatkan operasi bagi membanteras kegiatan pusat permainan video haram. 
>Abdullah memberi amaran kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap 
mana-mana pegawai kerajaan termasuk polis yang terlibat dalam kegiatan membantu 
atau berkongsi berniaga dengan operator pusat permainan video haram. 
>''Kita akan mengambil tindakan terhadap mereka ini jika ada bukti,'' tambahnya. 
>Beliau berkata, beliau juga ada membaca kenyataan akhbar yang menyebut Ketua Pengarah 
Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Ahmad Zaki Hussin sebagai berkata, BPR menerima 
banyak maklumat secara umum yang mendakwa sesetengah kakitangan pihak berkuasa 
tempatan 
dan polis melindungi pengusaha pusat permainan video haram. 
>Katanya, surat-surat yang dihantar oleh orang ramai kepada BPR yang membuat pelbagai 
tuduhan terlalu umum dan tidak spesifik serta menyusahkan BPR untuk membuat 
penyiasatan 
dan mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab dalam hal tersebut. 
>Jadi, tambahnya, kalau rakyat ada maklumat-maklumat yang tepat tentang perkara 
tersebut, mereka wajib menyampaikannya kepada pihak-pihak yang berkenaan. 
>Berhubung pusat permainan video yang menyalahgunakan lesen yang dikeluarkan oleh 
pihak berkuasa tempatan dengan mengadakan mesin permainan video judi dan lucah, 
Abdullah berkata, pihak berkuasa tempatan boleh menarik balik lesen yang dikeluarkan 
jika ia disalahgunakan. 
>Oleh: AHMAD NAZRI HASHIM dan MOHD. TAUFEK RAZAK
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!
>
>



-----------------------------------------------------------------------
FREE global voice/fax/e-mail in your mailbox at http://www.hotvoice.com

Kirim email ke