-------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
GET A NEXTCARD VISA, in 30 seconds! Get rates
of 2.9% Intro or 9.9% Ongoing APR* and no annual fee!
Apply NOW!
http://click.egroups.com/1/9146/12/_/18799/_/968733515/
---------------------------------------------------------------------_->
Haaaaa....macam ni laa baru betul sikit....pemimpin & pemuda UMNO perlu memberikan
kerjasana sebagaimana yang dianjurkan oleh Sdr. Mahfuz tu.....jangan hanya tahu cakap
kosong dalam TV kau tu aje.....biarlah cakap kita ni berbalas....online laa
katakan.....aku nampak kat sini.....pemuda UMNO tentu tak berjawab punya soalan2 yang
bakal diajukan.....Mahashit pun kelu jadinya nanti.....
[EMAIL PROTECTED] wrote:
>
> Date: Tue, 12 Sep 2000 11:56:51 +0800
>
> Sept 11, 2000
>
> Debat: PAS kenakan 4 syarat
> 'Ein Azmi
> 4:15pm, ISN: Pemuda PAS mengemukakan empat syarat kepada Pemuda Umno untuk
> mengadakan perbincangan mengenai isu hak keistimewaan orang Melayu. Satu
> syarat itu bertentangan dengan cadangan Umno yang mahukan ia dibuat secara
> tertutup.
> "Masalah (hak istimewa) Melayu terhakis dalam pemerintahan Umno," kata Ketua
> Pemuda PAS, Mahfuz Omar kepada malaysiakini, mempertahankan alasan beliau
> ingin ia diadakan secara terbuka.
> Beliau memberitahu parti itu telah menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji
> tentang " masalah orang Melayu yang ketara dalam pemerintahan kerajaan
> Umno."
> Mahfuz berkata Pemuda Umno menyatakan hasrat itu melalui satu surat
> kepadanya Sabtu lalu sebagai menjawab surat terbuka kepada Datuk Hishamuddin
> Hussein dua minggu lalu.
> Dalam surat terbuka itu, Mahfuz berkata Pemuda Umno perlu menghentikan
> sandiwara terhadap isu ketuanan Melayu dan berhenti menyalahkan orang lain
> apabila isu itu dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan
> Ekonomi Negara II (Mapen), Datuk David Chua dan Jawatankuasa Rayuan
> Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina (Suqiu).
> "Pemuda PAS berharap satu dialog secara terbuka dapat diadakan dalam
> membincangkan isu hak keistimewaan Melayu yang mulai kabur," tegas Mahfuz
> berhubung syarat utama perbincangan.
> Tiga syarat lain yang turut dikemukakan antaranya meminta perbincangan itu
> dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz yang diangap seorang tokoh
> berkecuali dan banyak berjasa kepada pembangunan ekonomi orang Melayu.
> PAS juga mensyaratkan perbincangan itu nanti diketuai sendiri oleh
> Hishamuddin dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.
> "Saya tidak akan emosional dan akan mengemukakan fakta-fakta berhubung isu
> ini," kata Mahfuz lagi, menjawab kenyataan Hishamuddin kepada akhbar Jumaat
> lalu, yang meminta PAS ikhlas dan tidak beremosi.
> Hari ini, pemimpin Umno itu menegaskan lagi kesediaan untuk berbincang
> dengan syarat ia dikendalikan secara "wajar, jujur dan membina."
> "Tidak perlulah mempolitikkan isu ini, sebaliknya kita mencari jawaban dan
> persetujuan bersama," katanya dalam jawaban sesi-soal jawab bersama
> malaysiakini.
>
>
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
>
----------
Get your own FREE, personal Netscape Webmail account today at
http://home.netscape.com/webmail/
------------------------------------------------
ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.
Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's
--------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest
ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/