www.parti-pas.org/terengganu/

 
Date: Thu, 5 Oct 2000 12:05:42 +0800

Tuduhan Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Terengganu menyalahgunakan wang
royalti RM 432 juta tidak berasas
Siri 1
Sebuah akhbar harian pada 1 Oktober melaporkan Pengarah BPR menyatakan
kesediaan untuk menyiasat penggunaan wang sebanyak RM 432 juta yang diterima
oleh Kerajaan Terengganu pada Februari lalu jika menerima laporan berlakunya
penyelewengan.
Jawapan di bawah oleh Exco Hisbah dan Tugas-Tugas Khas, YB Tun Dato' Hj
Salleh Abas mungkin boleh menjawab dakwaan di atas.
Soalan : Benarkah tuduhan Kerajaan Pusat bahawa kerajaan Negeri Terengganu
menyalahgunakan wang royalti yang diterima dalam bulan Februari 2000
sebanyak RM432 juta kerana tidak ada maklumat atau keterangan mengenai
program dan penggunaan wang tersebut?
Jawapan : Tuduhan ini amat tidak benar sama sekali. Ia semata-mata dibuat
untuk menghuru-harakan kerajaan baru negeri Terengganu dan membutakan
rakyat. Tu! duhan itu bermaksud menganjur-ngajur kerajaan baru tidak pandai
mentadbir dan selekeh.
Walaupun orang-orang yang menerajui negeri bertukar; yang dahulu sudah pergi
dan yang baru mengambil tempat mereka. Jentera dan pentadbiran undang-undang
masih wujud dan tidak berubah. Mengikut undang-undang dan perlembagaan;
tiap-tiap buah negeri mempunyai satu dana wang yang dinamakan Kumpulan Wang
Negeri yang disatukan (KWN).
Ke dalam KWN inilah semua wang yang diterima kepada negeri samaa da hasil
dan sebagainya dan wang royalti petroleum juga dimasukkan ke dalam KWN
bersama-sama wang yang lain.
Mengikut undang-undang dan perlembagaan tidak boleh satu sen dikeluarkan
daripada KWN itu melainak perbelanjaan itu dibenarkan oleh undang-undang.
Undang-undang itu ialah yang dinamakan enakmen bekalan yang telah diluluskan
oleh Dewan Undangan Negeri pada tiap-tiap akhir tahun untuk membenarkan
perbelanjaan wang pada tahun berikutnya.
Jenis perbela! njaan adalah dinyatakan dalam belanjawan yang diluluskan oleh
Dewan bersama-sama dengan enakmen ini. Belanjawan mengandungi anggaran hasil
dan anggaran perbelanjaan. Di dalam belanjawan juga dinyatakan projek
pembangunan yang mesti dibayar oleh kerajaan negeri.
Anggaran perbelanjaan tahun ini ada terkandung dalam belanjawan yang
diluluskan pada tahun sudah dan perbelanjaan sebenar boleh didapati daripada
Pejabat Pegawai Kewangan Negeri atau Akaintan Negeri, Pejabat Audit Negeri
dan lain-lain pejabat berkenaan. Rekod-rekod perbelanjaan itu disimpan oleh
pejabat tersebut.
Sekiranya kerajaan negeri menyalahgunakan kuasa, ini akan ditegur dan
disebut oleh Jabatan Audit Negeri.
Jadi, tuduhan yang dibuat oleh kerajaan pusat itu tidak berasas langsung.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!

Kirim email ke