*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terdapat dalam ayat Matius 24:36:

"Tetapi tentang hari dan *saat itu* tiada seorangpun yang tahu,
malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya
Bapa sendiri" (Matius 24:36)

Ayat di atas membayangkan bahawa Jesus sebagai Tuhan terlupa
bahawa dia adalah Tuhan. Jesus mengakui sendiri dia BUKAN
Tuhan yang Maha Mengetahui. Sebelum dia datang ke bumi sebagai
manusia, memang dia tahu tentang *saat itu*, tiba-tiba apabila
dia datang ke bumi menjadi manusia, dia sudah kehilangan
pengetahuannya. Mungkin sekarang Jesus sudah kembali ke pangkuan
Tuhan Bapa dan dia ingat kembali tentang *saat itu* yang bakal
terjadi.

Jesus memberitahu kepada orang yang bertanya bahawa *saat itu*
sebegitu rahsia sehingga malaikat-malaikatpun tidak tahu. Yang
menjadi persoalan juga, kenapa Jesus tidak menyebut bahawa
Tuhan yang satu lagi dalam oknum Triniti, iaitu Ruh Kudus samada
dia tahu atau tidak tentang *saat itu*? Mungkin Ruh Kudus tahu?
Jadi, dalam Matius 24:36, Jesus telah memberi kenyataan yang
tidak lengkap. Jesus terlupa menyebut bahawa Ruh Kudus sebagai
Tuhan tahu tentang kejadian *saat itu*.

Akan tetapi...Jesus berbohong bila dia menyebut.."hanya Bapa
sendiri"..yang tahu. Bererti hanya Tuhan Bapa sahaja yang tahu
tentang kejadian *saat itu*, oleh itu dengan sendirinya Ruh
Kudus pun TIDAK TAHU. Maka dalam kumpulan Tuhan yang Tiga,
hanya Tuhan bapa sahaja yang tahu, sedangkan Tuhan Anak dan
Tuhan Ruh Kudus tidak tahu.

Kenapa Jesus lupa menyebut tentang Ruh Kudus dalam Matius 24:36??
Adakah Jesus terlupa adanya satu lagi Tuhan yang bergelar Ruh
Kudus. Mungkin Tuhan Ruh Kudus akan merasa binggung kenapa Jesus
terlupa menyebut namanya dalam senarai "orang-orang" yang tahu
dan tidak tahu bilakah terjadinya *saat itu"?? Maka kita rasa
Ruh Kudus tidak bersetuju dengan Jesus (Tuhan Anak).

Untuk pengetahuan tuan-tuan, Tuhan Ruh Kudus sebenarnya hebat.
Dia sebegitu hebat sehingga dia tahu rahsia-rahsia keTuhanan
Bapa begitu mendalam. Baca ayat dalam Bible.."kerana kepada kita
Allah telah menyatakannya oleh Ruh (Kudus), sebab Ruh (Kudus)
menyelidiki SEGALA SESUATU, bahkan hal-hal yang tersembunyi
dalam diri Allah..(1 Korintus 2:10)

Pada logiknya, Ruh Kudus sepatutnya mengetahui tentang *saat itu*,
kerana memang Ruh Kudus sungguh mendalami rahsia-rahsia keTuhanan
Allah seperti yang dibayangkan oleh (1 Korintus 2:10). Ini bermakan
Jesus bercakap bohong dalam Matius 24:36 dengan mengatakan hanya
Tuhan Bapa sahaja yang tahu. Kalau malaikat-malaikat di sorga
tidak tahu, mungkin Tuhan Ruh Kudus tahu? Kenapa Jesus lupa menyebut
tentangnya???

Sekali lagi, jika Jesus tidak tahu tentang kejadian *saat itu*,
kenapa dia tetap mahu menjadi jahil dan tidak mahu tahu tentangnya??
Adakah layak bagi Tuhan seperti Jesus itu Tuhan yang JAHIL??
Adakah Tuhan bersifat jahil?? Kalau Jesus tidak tahu, kenapa dia
tidak bertanya Tuhan Bapa??

Kalau Tuhan Bapa tidak mahu menolong Tuhan Anak memberitahu 
tentang kejadian *saat itu*, bukankah dia masih berpeluang bertanya
Tuhan Ruh Kudus?? Ini kerana tugas Ruh Kudus adalah untuk 
membantu Tuhan Anak. Bacalah dalam Bible..."Jesus, yang penuh
dengan Ruh Kudus, kembali dari Sungai Jordan, lalu dibawa oleh
Ruh Kudus ke padang gurun" (Lukas 4:1). Sekurang-kurangnya Ruh
Kudus boleh memohon kepada Tuhan Bapa untuk memberitahu kepada
Jesus bilakah akan terjadinya *saat itu* yang Jesus sendiri
tidak tahu??

Kesimpulannya ayat Matius 24:36 membuktikan bahawa Jesus bukan
Tuhan. Ini kerana adalah mustahil Tuhan itu sendiri adalah jahil !!!
Sekali lagi, ayat Matius 24:26 adalah salah satu contoh sebagai
bukti bahawa Gospel adalah satu rekaan manusia.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke