Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
….sambungan…..
IX) Hukuman Ta`zir
- Hakim mempunyai kuasa penuh secara mutlak menentukan dan memilih mana-mana hukuman yang sesuai dan munasabah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah tadi.
[ Hukuman Ta`zir adalah hukuman yang dikenakan atas kesalahan yang tidak terletak dibawah hudud,qisas dan diyat.Atau mana-mana kesalahan yang tidak disebut dalam Quran dan tidak ditetapkan dalam hadith Nabi s.a.w., maka ia disebut sebagai ‘Ta`zir’.Bentuk dan kadar hukuman yang dikenakan adalah atas budi bicara hakim. ]
Dalam memilih hukuman yang sesuai dan munasabah bagi hukuman ta`zir, hakim hendaklah mengambil kira mengenai keadaan hidup serta latarbelakang penjinayah itu dan kesalahan yang dilakukannya serta kesan-kesannya kepada masyarakat.
[ Dalam hudud; kalau hang berzina, maka tak kiralah hang sapa ( hang PM ka, hang TG ka, hang tok imam ka, hang ahli korporat ka, hang kutu jalanan ka); kalau hang tak kahwin, hang mesti disebat 100X.Tapi dalam ta`zir, ia agak berbeza.Lalu ustaz cerita pengalamannya membicarakan seorang pelajar yang ditangkap dibawah seksyen 6 berkaitan dengan dadah.Semasa dia ditangkap, memang dekat dia ada bekalan dadah tapi dalam quantiti yang kecil.Jadi, bila ustaz Jailani dilantik sebagai peguambela kepada pelajar itu, lalu ustaz pun interview pelajar itu dan didapatinya bahwa pelajar itu telah pun bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan buruknya itu lagi.Kemudian bila dibawa berbincang dengan ayah kepada pelajar itu, ayah dia kata dia niat nak hantar anaknya itu ke Jordan untuk belajar Syar`iyah.Jadi selepas berjaya menguruskan kemasukan budak itu ke Univ. di Jordan, tiba-tiba sampai tarikh perbicaraan.Lalu ustaz pun jumpa dengan majistret! dan buat ‘plea bargaining’ dengan mengatakan bahwa budak ni telah pun berjaya di tarbiyyah dan akan pergi belajar Syar`iyah di Jordan.Kita harap dengan kehidupannya yang baru dalam suasana yang baik di Jordan, dia akan dapat memperbaiki kehidupannya sambil mentelaah al-Quran/ hadith/ hukum hakam Islam.Jadi bila dia balik ke negara kita nanti, Insya`ALLAH, dia akan jadi tok guru kita pulak.Dengan itu maka ustaz Jailani minta kepada mahkamah majistret memberikan perintah ‘bound over’ iaitu perintah jaminan berkelakuan baik.Yakni tak payah penjara/denda dia, tapi hanya sekadar lepaskan dia dengan amaran atau diikat jamin berkelakuan baik.Jadi, hakim pun setuju, maka inilah yang dikatakan ta`zir, iaitu keputusan hakim bergantung kepada keadaan/suasana. ]
[ Yang dikatakan hak ALLAH itu seperti kesalahan mencuri, tapi kalau tak cukup nisab, maka tidak boleh pula dikenakan hukuman hudud.Tapi disebabkan ia berkaitan dengan hak ALLAH SWT, maka hendaklah dijalankan hukuman ta`zir keatas penjinayah berkenaan. ]
[ Seperti yang kita sebut dalam kes pelajar tadi, yakni kalau kita bagi keampunan dan bebaskan dia, kita harap dia boleh belajar di Jordan.Tapi kalau lah kita tahan dia, maknanya passport dia akan ditahan, maka terbantutlah niat dia untuk belajar di Jordan.Sebab itu, dalam kes ta`zir, hakim boleh guna budi-bicaranya untuk menjaga kemaslahatan tertuduh.
Lepas itu ustaz Jailani cerita satu lagi contoh hukuman ta`zir yang dikenakan keatas seorang Pakcik dan seorang pemuda di mahkamah majistret Kulim.Pakcik itu disaman kerana bawa motosikal tanpa lesen B2, tanpa roadtax dan tanpa insuran.Sebelum tu, seorang pemuda juga ditahan kerana kesalahan-kesalahan yang sama.Dan dikenakan hukuman denda oleh majistret dalam lingkungan RM200/- hingga RM300/- dan lesen digantung selama 1 tahun.
Bila ditanya oleh majistret, "Motosikal apa Pakcik pakai?"…Pakcik tu pun sebut la motosikal buruk dia tu.Kemudian majistret tanya lagi, "Pakcik nak pi mana masa ditahan oleh polis?"…Pakcik kata, "Masa tu saya nak pi minum kopi kat kedai."…Majistret tanya lagi, "Motosikal ni Pakcik guna untuk apa?"…Pakcik tu kata, "Untuk angkat padi dan untuk pi minum kopi di kedai."…Jadi, bila dengar keterangan yang sedemikian daripada Pakcik tu, maka majistret pun membebaskan Pakcik tu dengan amaran.Inilah yang dikatakan hakim guna budi-bicaranya, sebab dia tahu walaupun Pakcik tu tak dak lesen/roadtax/insuran, tapi dengan motosikal buruk dia tu, Pakcik tu tidak akan jadi ‘superman’ di tengah jalanraya.Tapi pasai apa budak muda yang dihadapkan dengan kesalahan yang sama, dikenakan denda pulak?…Sebab budak muda ni, dia ada kemungkinan jadi ‘s! uperman’ atas jalanraya.Sebab itu, hakim halang dia daripada mengambil lesen memandu selama setahun.Ini yang dinamakan ta`zir.
Tapi kalau kita buat ta`zir sahaja; hudud tak buat, qisas tak buat, undang-undang ekonomi Islam kita tak buat, perlembagaan Islam kita tak buat; ini bermakna tak cukup syarat untuk declare kata negara kita adalah negara Islam.Macam kita sembahayang la tuan-tuan; Maghrib saja yang buat, Isya`/Subuh/Zohor/Asar, hancusss! Mana boleh lagu tu.Sebab itu, kita kena buat kesemua apa yang ALLAH SWT perintahkan kepada kita. ]
[ Dalam ta`zir, ia tak perlu kepada saksi ataupun pengakuan penjinayah.Kita boleh guna ‘qorinah’ atau ‘circumstantial evidence’.Contohnya; kita nak tuduh seorang itu menyimpan barang curi.Menyimpan barang curi bukan dibawah hudud, tapi ia dibawah ta`zir.Jadi, kalau kita nak tuduh seseorang tu menyimpan barang curi, tak perlu ada saksi dan tak perlu kepada ikrar.Cukup dengan keterangan keadaan sahaja, iaitu dengan adanya barang curi dalam rumahnya, sudah cukup untuk kita sabitkan kesalahan itu kepada dia. ]
[ Dalam undang-undang sekular dalam negara kita hari ini pun, dia ada perbezaan antara orang dewasa dan kanak-kanak.Kalau kes kanak-kanak, ia akan dibicarakan di mahkamah juvana.Dalam mahkamah juvana, majistret akan dibantu oleh 2 orang advisor.Jadi ini membuatkan ada sedikit persamaan diantara undang-undang sekular dengan undang-undang Islam di dalam kes juvana. ]
…Insya`ALLAH, kita akan sambung ke Bab 2, yang akan membincangkan kesalahan Hudud secara agak terperinci.Iaitu daripada zina, qazaf, minum arak, sariqoh, hirabah, murtad dan bughah.
Tadi pada awal kuliyyah, ustaz tak bawa mai apa-apa isu pun.Tapi kali ini, ustaz Jailani buka soalan pula bagi menutup kuliyyah pada malam itu.
Soalan 1 : Ada dikalangan kita ni yang menggunakan alasan ‘kejahilan’ dalam masyarakat, menyebabkan kita tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam.Apa pandangan ustaz tentang hal ini?
Jawapan 1 :
Lalu ustaz Jailani sebut satu contoh.Iaitu ada seorang tokoh (tak disebut namanya) dalam negara kita pernah menggunakan alasan ini dalam satu seminar.Bila ada orang tanya kepada dia, "Pasai apa kita sekarang ni tidak melaksanakan undang-undang Islam?"…Tokoh tu kata, "Sebab kita tidak ada kemahiran yang cukup.Sebab itu kita masih tidak dapat melaksanakan undang-undang Islam."…Selepas peristiwa dia ditanya sebegini di seminar tersebut, selang beberapa lama kemudian, berlakulah peristiwa pemecatan bekas timbalan PM kita.Selepas berlaku pemecatan keatas bekas timbalan PM, tokoh tadi telah memilih untuk menyokong gerakan yang dibuat oleh bekas timbalan PM kita itu.Lalu dalam satu ceramah, tokoh itu mengatakan bahwa benda macam ni berlaku dalam negara kita sebab kita tidak melaksanakan undang-undang Islam.
Aha!…dari kisah yang ustaz dok cerita tadi; bukan apa, yang ustaz nak bagitau ialah alasan yang mengatakan bahwa kita tidak ada kemahiran ini hanyalah sekadar ‘excuse’, ataupun sekarang ni kita panggil dengan budaya ‘escapism’ yang dibuat oleh golongan tertentu untuk mengatakan bahwa mereka kononnya memang pun nak buat undang-undang Islam, tapi oleh kerana tidak ada kemahiran, hasrat itu ditangguhkan dulu.
Lalu kata ustaz Jailani, "Kalau betul lah yang kata kita tak dak kemahiran; mai kita nak tanya, sapa yang bagi kat kita ‘Kanun Keseksaan’ yang kita dok amal sampai hari ini?…Bukan kah British yang bagi.Bila depa bagi dekat kita?…Lalu ustaz baca di kulit buku tersebut, iaitu, "Sebagaimana yang diperluaskan ke seluruh persekutuan tanah Melayu oleh ordinan meminda dan memperluas pemakaian Kanun Keseksaan 1948."…Ini bermakna, British bagi kat kita, nuuuuu! Tahun 1948, tuan-tuan.Kita pun belum merdeka lagi.Pada tahun 1948 dulu, kita ada tak kemahiran tentang undang-undang sebegini?…Mana ada, tuan-tuan.Sebab undang-undang ni adalah undang-undang orang putih.Time tu pulak yakni masa tok nenek kita, orang Melayu Islam begitu asing dengan undang-undang barat.Tapi pasai apa undang-undang barat boleh diperkenalkan kepada semenanjung tanah Melayu? Padahal waktu tu, orang-orang Melayu Islam l! ebih familiar dengan Quran/Hadith Nabi s.a.w. berbanding dengan undang-undang barat; sebab time tok nenek kita dulu depa baca Quran/hadith ni tiap-tiap hari.
Sebab itu muslimin/muslimat sekelian; persoalan tadi hanyalah satu escapism yakni hanya satu jalan keluar kepada orang yang enggan melaksanakan undang-undang Islam.Dengan tegas kita nak sebut bahwa alasan beberapa pemimpin dalam negara kita yang mengatakan bahwa, "Kalau buat Islam nanti habih batu tengah jalan atau kalau buat Islam nanti kudung semua orang Melayu."…Ini sebenarnya hanya sekadar alasan kenapa mereka tak mau melaksanakan Islam.Manakala alasan yang kata kita tidak ada kemahiran ini pula hanya digunakan oleh golongan yang reti agama sikit.Golongan ni, depa tak berani nak cerca agama, pasai depa reti agama.Jadi depa guna alasan yang agak boleh ‘justify’ keengganan depa untuk melaksanakan undang-undang Islam.
Lalu ustaz cerita ada satu kawan dia, pi di perkampungan PKM di selatan Thailand sedikit masa lalu.Kawan dia tu pi jumpa dengan Rashid Maidin yang pernah memimpin PKM.Bila kawan tu tanya, "Pasai apa encik Rashid tak mau balik semula ke M`sia?"…Rashid Maidin kata, "M`sia ni sebenarnya belum merdeka lagi."…Tanya kawan tu, "Pasai apa belum merdeka?"… Rashid Maidin kata, "Merdeka yang sebenarnya ialah kita mau halau penjajah daripada negara kita.Kalau penjajah bagi kemerdekaan kepada negara kita, itu bukan merdeka namanya."…Kawan tu tanya lagi, "Apa bezanya antara kemerdekaan yang kita dapat melalui kita halau depa dengan depa bagi kat kita?"… Rashid Maidin kata, "Bila penjajah bagi kemerdekaan kepada kita, maka kita tidak merdeka sepenuhnya.Contoh, cuba awak tengok undang-undang syariah dalam negara M`sia.Ada atau tidak, unsur undang-undang barat d! i dalamnya?…Cuba tengok tuan-tuan, walaupun Rashid Maidin itu daripada PKM, tetapi apa yang dia kata tu, ada kebenarannya.
Jadi kesimpulannya muslimin/muslimat sekelian; kalau kita nak buat undang-undang Islam, kita kenalah yakinkan masyarakat bahwa kita bersungguh-sungguh nak buat Islam.Sekarang ni kan dah ramai anak-anak muda kita yang balik daripada al-Azhar dan ramai dah yang ada PhD/Master dalam bidang agama.Tak cukupkah lagi dengan tenaga-tenaga ini untuk mengemukakan undang-undang Islam?…Kita pun tahu kan, ada sebuah negeri dalam negara kita yang telah mengemukakan draf undang-undang Islam dan kita dapati draf tersebut ditolak diatas dasar politik.
Soalan 2: Di dalam negara Islam; adakah orang-orang bukan Islam tertakluk dibawah undang-undang Islam ataupun tidak?
Jawapan 2 :
Dalam undang-undang Islam, para fuqaha` ada 2 pendapat tentang masalah orang bukan Islam yang duduk bernaung dibawah kerajaan Islam :
- orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam, khususnya dalam undang-undang teras seperti hudud/qisas.Tapi kalau dalam ugama mereka yakni orang bukan Islam, boleh mengemukakan undang-undang yang ada dalam ugama mereka, maka mereka akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang yang ada dalam ugama mereka.
ii) orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Islam.
Tetapi pendapat pertama adalah lebih kuat.Walaubagaimanapun, semasa draf undang-undang jinayah Islam yang dibuat oleh sebuah negeri dalam negara kita dan bila dikemukakan kepada kerajaan pusat, ia dikemukakan dalam keadaan kita tidak berniat untuk mengikat orang bukan Islam.
Kenapa kita memilih pendapat kedua walaupun pendapat pertama lebih kuat?…Sebab kita takut ia menjadi fitnah kepada ajaran Islam.Yakni takut nanti ada pihak tertentu dalam negara kita ini, yang akan menggunakan isu ini untuk mengatakan bahwa Islam itu zolim.
……bersambung……
Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!
