*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum WrthWbth.
Kepada Allah Juga dipohonkan keampunan, Solawat dan slam keatas Baginda Besar
Nabi Muhammad s.a.w yang telah membawa agama samawi yang lengkap dengan Nur
iman Islam dan Ehsan.
Soalan saudari nampaknya senang, tapi hakikat sebenar ia pernah mengecohkan
seluruh dunia Islam dengan lahirnya Ulama'2 yang bercangahan mengenainya.
Persoalan ini akan timbul bila kita membaca surah Ar Rahman ayat 26-27 yany
diterjemahkan seperti berikut.
" Segenap yang ada di atas muka bumi akan lenyap dan yang akan kekal hanyalah
WAJAH Tuhan mu. Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan".
Dalam mengartikan WAJAH (muka) terdapat beberapa pendapat:-
a. Aliran Musyabbihah : Jangan dita'wilkan. Tuhan bermuka serupa muka
manusia.
b. Ahlu Sunnah Aliran Salaf: Serah kepada Tuhan ertinya. Maha suci Tuhan
dari keserupaan dengan makhluk.
c. Ahli Sunnah Aliran Khalaf: Ta'wilkan perkataan WAJAH itu, Ta'wilnya
ialah Zat Tuhan Yang Maha Esa.
d. Salaf Ibnu Taimiyah : Jangan dita'wilkan. Tuhan bermuka tapi mukanya
tidak serupa dengan muka muka makhluk.
Banyak perkara yang telah dibahaskan dengan perkara-perkara sedemikian
berkaitan dengan diri tuhan, termasuklah Tuhan duduk atas Arasy, Arasy atas
langit yang tujuh, Tuhan duduk di atas, ada muka, ada mata dua dan bermata
banyak, bertangan dua, beranak jari banyak, berkaki dan tumit, berada
dilangit dan turun tiap2 malam dari langit, datang dan pergi, marah dan
ketawa, berjalan dalam naungan awan, bersama manusia di mana sahaja berada,
Muka Tuhan serupa dengan muka nabi allah Adam, Hajarul Aswad tangan kanan
Allah di muka bumi, Tuhan mempunyai nyawa dan lain-lain.
Perbahasan tadi telah berkisar di atas 4 kumpulan besar. Jumhur Ulama'
Usuluddin yang bernisbahkan kepada Abu Mansur Al-maturidi dan Abu Hassan
asya'ari telah menerima pada perkara a dab b, manakala menolak perkara a dan
c.
Maka bolehlah sekiranya ada sahabat netters mahu menyalurkan maklumat
mengenainya. Saya akan mencelah jika ada sesuatu yang perlu saya celah.
Kitab rujukan kepada mereka yang mendokong aliran Aqidah Ibnu Taimiah
bolehlah rujuk kitab:- Aqidah Al Wa Sithiah, Munazharah Fil Aqidah Al
Wasithiah dan aqidah al Hamawiah Al Qubro, cetakan Muhammad Ali, Kairo 1966
Masehi.
Kepada mazhab kita Abu Mansur Al maturidi dan Abu Hassan Asyaari, terlalu
banyak kitabnya, memadai dengan kitab orang Jawi, samaada Syeikh Daud Al
Fathoni, Syeikh Ahmad Fatoni dll terlalu banyak.
Persilakan...
Wallah Hu Ta'ala A'lam.
zaidah mohd wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> apakah jawapan yang dapat diberikan apabila orang bertanya macamana muka
> Allah , kerana menurut beliau didalam Al Quran ada perkataan muka
> Allah.Kalau kita tidak dapat gambaran muka Allah (sememangnya kita tidak
> boleh mengambarkannya), apakah jawapan yang paling baik diberikan kepada
> hamba Allah yang bertanya berkenaan.
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
> Share information about yourself, create your own public profile at
> http://profiles.msn.com.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>