*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.r.t
Berita tengahari tadi (1.30 - Sabtu) TV3 Suku ada menyiarkan perjumpaan
Mahathir dengan pelajar di manchester bertempat di UMIST. Dilaporkan lebih
kurang 280 pelajar yang datang ke majlis tersebut. Yang saya dok peratikan
ramai chinese yang hadir.dari sudut jantina pula kaum wanita adalah
majority.
Dalam satu lagi perjumpaan bersama Hamid Albar di ditempat yang sama pada
tahun lepas (Beberapa hari selepas isu Mahathir tak akan letak jawatan
kecuali dibunuh di London), fenomena yang sama juga dapat dilihat. Ketika
itu saya masih berada di sana dan hadir di perhimpunan tersebut.
Disatu pihak lagi, semasa Pemimpin BA mengadakan majlis perjumpaan/forum
dengan pelajar keadaan menjadi sebaliknya. Ada juga non-bumi yang datang,
tetapi majoriti adalah Bumi. Contoh yang boleh dilihat adalah ketika forum
di Machester (Haji Mustafa Ali, Ust Ahmad Awang dll) dan Juga di Sheffield
(almost all pemimpin Tertinggi PAS) - kedua-duanya pada tahun lepas.
Pada saya, fenomena ini sedikit sebanyak dapat membenarkan lagi dakwaan
bahawa UMNO atau Mahathir secara spesifiknya telah hilang populariti
dikalangan Melayu yang mana ianya telah berpindah kepada BA. Namun yang
masih memberikan sedikit kesukaran kepada BA adalah sokongan non bumi
especially Chinese kepada Mahathir masih lagi agak kukuh. Mungkin
berkurangan daripada sebelumnya tapi bilangan tersebut belum mampu lagi
memberikan keselesaan kepada BA.
Tapi bab perempuan paling ramai hadir ni saya tak tahu nak kata
apa.Mungkin ada netters yang boleh berikan pendapat.
satu lagi, semasa ditunjukkan di dalam berita tadi, beliau ada bercakap
mengenai UMNO di perjumpaan Pelajar dengan PM Malysia tersebut. Mengenai
Puteri Umno yang akan ditubuhkan sebagai satu saluran khusus untuk
wanita-wanita muda/belia menyalurkan sumbangan kepada UMNO. Ini menurut
beliau sebagai solution kepada masaalah kaum wanita muda yang payah nak
bergiat dalam Wanita Umno yang dah mempunyai ramai well established
figure.Makna nya wanita tua umno ni jenis payah nak bagi laluan kepada yang
muda-muda kot, sebab tu lah Puteri UMno ni nak ditubuhkan.Habis tu yang
paling tinggi dan paling tua kat atas tu bila lagi nak bagi laluan kat orang
yang lebih muda.
Kita tengok habis penggal ni.
Arino AS
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Arino A. S" <[EMAIL PROTECTED]>