*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terdapat beberapa keganjilan kata-kata Jesus dalam Gospel (Bible).
Salah satunya dia sendiri mengaku dia BUKAN Tuhan. Perhatikan
ayat (Johanes 10:30-34) dalam Bible...Jesus berkata:
"Aku dan BapaKu adalah satu." Sekali lagi orang-orang Yahudi
mengambil batu untuk merejam Jesus. Kata Jesus kepada mereka:
"Banyak pekerjaan baik yang datang dari Bapaku yang Aku
perlihatkan kepadamu; pekerjaan manakah yang menyebabkan kamu
mahu merejam Aku?" Jawab orang-orang Yahudi: "Bukan kerana
sesuatu perkerjaan baik maka kami mahu merejam kamu, melainkan
kamu telah kufur dan sekalipun kamu hanya manusia biasa
meyamakan diriMu sama dengan Allah? Kata Jesus kepada mereka:
"Tidakkah tertulis dalam kitab suci kamu (yang berbunyi),
"Aku (Tuhan) berfirman: *Kamu semua adalah tuhan-tuhan*..."
(Johanes 10:30-34)
Perhatikan ungkapan yang berbunyi ""Aku (Tuhan) berfirman:
*Kamu semua adalah tuhan-tuhan*..." adalah petikan daripada
kitab Mazmur ayat 82:6, bukannya pengakuan Jesus yang berfirman.
Ia adalah petikan daripada kitab Mazmur.
Asal makna ungkapan "*Kamu semua adalah tuhan-tuhan*" memberi
erti pangkat yang Tuhan berikan kepada hakim-hakim yang pernah
memerintah kaum Bani Isreal, kerena pangkat dan tugas mereka
yang mulia, maka mereka mendapat gelaran "tuhan-tuhan", bukan
bererti mereka adalah tuhan-tuhan yang HAKIKI. Penjelasan
Jesus ini memberi tamparan yang hebat kepada pihak Kristian
yang mengatakan Jesus mengaku dirinya adalah Tuhan. Kata-kata
Jesus memberi alasan kepada orang-orang Yahudi yang mereka tidak
berhak merejamnya kerana ucapannya tidak membawa erti dia sudah
kufur. Dia berkata dia adalah *tuhan* sebagai pangkat yang diberi,
bukannya Tuhan yang sebenarnya...merujuk kepada ayat Mazmur 82:6.
Nah...Jesus sendiri mengaku dia BUKAN Tuhan pada hakikatnya.
Berkenaan konteks manusia disebut sebagai *tuhan* sebagai pangkat
yang diberi, ada hujahnya dalam ayat lain, iaitu (Keluaran 7:1)
yang berbunyi: "Berfirman Tuhan kepada Nabi Musa:_Lihat, Aku
mengangkat (pangkat) engkau sebagai *tuhan* kepada Fir'aun_ .."
Jadi, perkataan *tuhan* diertikan sebagai pangkat yang dianugerah
kepada Nabi Musa, bukannya Musa telah menjadi tuhan selain Allah.
Satu lagi perkara yang menarik dalam ayat (Johanes 10:30-34), Jesus
memberi alasan kenapa orang-orang Yahudi tidak berhak merejamnya
kerena terdapat satu undang-undang dalam kitab suci orang Yahudi
bahawa orang yang kufur atau murtad boleh dihukum bunuh mengikut
ayat dalam Bible Perjanjian Lama (bahagian Taurat Nabi Musa) iaitu
dalam (Imamat 24:16): "Barangsiapa yang menghujat(kufur/mempersenda)
nama Tuhan, pastikan ia dihukum mati dan direjam dengan batu oleh
seluruh jemaah. Baik orang asing maupun orang Israel asli bila ia
mempersenda nama Tuhan, haruslah dihukum mati."
Marilah kita renungkan. Jika Jesus adalah Tuhan dan manusia
sekaligus, adalah TIDAK MUNASABAH dia mahu melanggar undang-undang
Tuhan itu sendiri. Jesus tahu apabila dia mengisytiharkan dirinya
sebagai Tuhan, tentu sekali orang-orang Yahudi BERHAK merejamnya
kerena dia adalah seorang manusia. Kita hairan, dia melakukan
sesuatu untuk mencabar undang-undang hukum bunuh bagi manusia
yang mempersendakan nama Tuhan (Imamat 24:16). Kalau difikir
baik-baik, adalah tidak munasabah Jesus mengaku dirinya adalah
Tuhan supaya dia boleh mencabar undang-undang Tuhan itu sendiri ???
Sebab itulah ajaran-ajaran Kristian sungguh membinggungkan !!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>