*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BENARKAH "UMNO KUAT, ISLAM KUAT"


Sila lawat :

NTzalim

     Sdr.Rakan Webmaster pro-Reformasi sekalian;

     Di dalam suasana tragis dan kecewa di mana umat islam Palestine
dibunuh, diusir dan dinyahkan dari tanah airnya sendiri oleh
     rejim yahudi dan Israel, tidak kedengaranpun protes yang
bersungguh-sungguh dari kerajaan yang kononnya sebagai negara
     Islam contoh, disanjung dan dipuja oleh negara-negara Islam yang
lain, sebagai pakar rujuk negara-negara umat islam dunia
     yang lain, yang termaju dan berteknologi tinggi bersaing dengan
negara-negara Barat, berdiri sama tinggi duduk sama rendah
     kononnya lagi. Tetapi amat malang sebuah negara Islam pujaan
kononnya, diperintah oleh BN dan UMNO sebagai tulang
     belakang kerajaannya tanpa bermaruah sedikitpun terhadap
penganiayaan saudara Islam mereka di negara-negara yang
     ditindas oleh musuh-musuh Islam itu.

     Sepatutnya, Malaysia negara Islam yang berpengaruh kononnya itu
seharusnya menjadi peneraju dan penggerak kepada
     kebangkitan dan penentangan terhadap sebarang pencerobohan dan
penindasan yang berlaku ke atas umat Islam. Malaysia
     pimpinan Mahathir boleh menggerakkan OIC dan atas nama pertubuhan
Islam dunia yang lain untuk memberikan tekanan
     kepada Barat dan sekutunya terhadap tindakan Israel yang tidak
bertamadun dan bermaruah itu.

     Malang sekali ianya tidak berlaku dan jauh sekali untuk
menggerakkan negara Islam yang lain bersama ketenteraannya untuk
     membela saudara islam mereka yang dibunuh.

     Kenyataannya adalah laungan kosong yang tidak bermakna terhadap
pengakuan dan pujian yang diterima sebagai negara Islam
     contoh itu. Itulah Malaysia pimpinan Mahathir Mohamad seorang
diktator yang pengecut, hanya berani berkokok di dalam
     tempayan tertutup, sekuat hati kokokan Islamnya tetapi dilingkungan
tempayan tertutup itu.

     Amat sedih sekali dan jauh dari kefahaman dan akidah yang jelas
terhadap Islam dan ajarannya. Demikianlah akibatnya apabila
     seorang pemimpin Islam yang tidak menunaikan tanggungjawab Islamnya
dengan sewenang-wenangnya merosakkan segala
     kebenaran dan kemuliaan agamanya sendiri dengan memberikan
tafsiran-tafsiran yang menyeleweng di dalam banyak perkara,
     dari soal hukum dan perundangan, soal pakaian dan aurat, soal
Ulama, soal kenabian dan yang terakhir penafsiran yang
     dangkal terhadap JIHAD dan tuntutannya. Sampai bilakah keadaan ini
harus berterusan?

     Slogan "UMNO KUAT, ISLAM KUAT" yang terakhir ini adalah propaganda
murahan UMNO setelah hilang seluruh kewibawaannya
     sebagai payung tempat bereteduh umat melayu Islam. Soal mesej
kebenaran slogan itu telahpun dipertikakan oleh banyak
     pihak dan sekalian umat Islam yang arif dan perihatin telahpun
memberikan tafsiran dan pandangan mereka. Kesimpulannya
     adalah "KOSONG" dan tidak bernilai apa-apa jauh sekali untuk
diterima bulat-bulat apa yang dislogankan.

     Kenyataannya adalah Islam Lemah dengan kekuatan UMNO;buktinya:-

     1. UMNO kuatlah maka pimpinannya terlibat pelbagai skandal Rasuah,
Seks dan sebagainya.

     2. UMNO kuatlah maka pimpinannya bercakaran sesama sendiri.

     3. UMNO kuatlah maka tiada amanah pimpinannya terhadap wang dan
harta negara.

     4. UMNO kuatlah maka pusat perjudian, arak,pusat hiburan, pusat
Video game dan sebagainya tidak dibanteras sesungguhnya.

     5. UMNO kuatlah maka undang-undang dan peraturan penjajah yang
bercanggah dengan Islam tidak dihapuskan.

     6. UMNO kuatlah maka kes rogol dan perzinaan tidak dicegah dan
dibanteras.

     7. UMNO kuatlah maka Wang Royaliti menjadi Wang Ehsan.

     8. UMNO kuatlah maka harga barang dan keperluan asas terus naik
tanpa pembelaan.

     9. UMNO Kuatlah maka Kes SAUK dan pencolekan di Sipadan boleh
terjadi.

     10. UMNO Kuatlah maka harga petrol naik 10 sen seliter.(orang UMNO
isi minyak sekali seliter sebab itu kata murah hanya 10
     sen naik).

     11. UMNO kuatlah maka Polis berlaku zalim.

     12. UMNO kuatlah Badan Kehakiman Hancur dan diragui.

     13. UMNO kuatlah maka TIADA KEADILAN mengikut Islam berlaku...dan
banyak lagi tak terkira....

     Maka kesimpulannya, di amanakah ISLAM yang dikatakan KUAT itu????
Jelasnya kesemua yang berlaku di atas adalah
     disebabkan ISLAM dan AJARANNYA dilontar jauh-jauh dari kehidupan
UMNO dan sekutunya, lalu berlakulah segala bentuk
     kerosakan, kebobrokan, fitnah, adu domba, penindasan, ketidak
amanahan, penipuan, skandal dan sebagainya. Apakah kerana
     Islam kuat maka sedemikian halnya berlaku ke atas UMNO,
kepimpinannya, kerajaannya dan negaranya???

     Marilah umat Islam menghayati pemikiran Islam ini yang diajar dan
diasuh oleh junjungan Nabi Muhammad semenjak 1400 tahun
     lebih dahulu dan dikembalikan pemikiran ini oleh para Ulama dan
Mujaddid Islam sepanjang zaman, bahawa;

     ISLAM ITU KUAT dengan TIGA perkara;

     1. Kekuatan Akidah- Ini adalah perkara pokok yang perlu diutamakan.
Perkara akidah bukan hanya tertumpu kepada soal
     kepercayaan bertuhan semata-mata, tetapi meliputi segenap kehidupan
umat manusia yang tidak melepaskan sedikitpun
     keterikatan dengan tuntutan syariat dalam membuktikan hubungan
kepada Sang Pencipta Allah swt secara berterusan.

     2. Kekuatan Ukhuwwah (persaudaraan) - Persaudaraan umat Islam perlu
dikukuhkan. Ikatan persaudaran Islam sejati adalah
     persaudaraan yang berlandaskan akidah dan Syariat Allah swt, tidak
tertentu tempat dan bentuk geografi dan apa bangsa
     sekalipun. Selagi mereka mengucap Kalimah Taiyyibah dan tidak
secara tindakan dan perlakuannya menunjuk dan menentang
     peraturan dan hukum Allah swt

     3. Kekuatan hartabenda/ketenteraan- Tidak kurang pentingnya
kekuatan ini kerana dengan kekuatan ekonomi, harta benda lah
     maka umat islam dapat manfaatkannya untuk membangunkan agama Allah
dalam konteks negara. Dengan hartalah umat islam
     dapat berzakat dan bersedekah. Dengan hartalah umat islam dapat
manfaatkannya untuk infak di jalan Allah menuntut ilmu
     dan sebagainya. Begitu juga kekuatan ketenteraan boleh menggerunkan
musuh Islam seterusnya membela saudara Islam
     mereka yang tertindas.

     Soalnya;

     Apakah UMNO yang mendakwa ingin menguatkan Islam itu menerima pakai
mana-mana satu dari kefahaman itu?? Yang
     jelasnya mereka mengambil dan menekankan perkara ke 3 kononnya
Islam akan dihormati, disanjungi oleh yang lain sekiranya
     berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam hal-hal harta benda,
ekonomi dan yang setaraf dengannya sedangkan Akidah
     dan persaudaraan umat Islam di negara ini seolah tidak pernah
difikirkan untuk dipelihara apatahlagi diperkuatkan. Yang ada
     dan jelas, pusat-pusat merosakkan akidah dan hiburan tumbuh seperti
cendawan dengan berbagai budaya dan idola yang
     menyesatkan.

     Oleh itu kembalilah kepada kebenaran Islam wahai saudara Islamkku
UMNO yang tercinta..tinggalkanlah perjuangan yang hanya
     bermotifkan nafsu dan serakah sedang Syaitan dan Iblis dibelakang
kamu sentiasa cuba menyesatkan kamu.

     NTzalim








 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: halidi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke