Date: Thu, 12 Oct 2000 16:36:32 +0800

www.harakahdaily.com
Malay Section

Nik Aziz tidak hina wanita - Dr Mariah
Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) tidak berasa
terperanjat dengan salah faham atau putar belit terhadap kenyataan Dato' Nik
Aziz Nik Mat mengenai wanita berpakaian seksi yang menjadi antara penyebab
berlakunya maksiat dan jenayah seksual.

Ketua Penerangannya, Dr Mariah Mahmud ketika mengulas isu tersebut berkata,
media prokerajaan sengaja untuk mensensasikan isu tersebut dengan tujuan
untuk memburuk-burukkan parti pembangkang, terutamanya PAS.

"Putar belit berita sebegini sudah menjadi pengetahuan umum," katanya.
Beliau mendakwa sudah banyak kenyataan yang dibuat oleh Dato' Nik Aziz
mengenai wanita , tetapi tidak satupun daripadanya yang dilihat secara
positif.

"Setelah meneliti transkrip ceramah Dato' Nik Aziz berkenaan isu yang hangat
diperk! atakan itu, adalah jelas bahawa ucapannya itu sengaja
diputarbelitkan," kata beliau.

"Teguran Dato' Nik Aziz adalah bertempat dan kena pada masanya. Ia
sepatutnya disambut baik oleh umat Islam. Selain itu pengakuan ikhlasnya
mengenai kelemahan lelaki sepatutnya diterima secara positif," kata beliau.

Dato' Nik Aziz, dalam kuliah mingguannya di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan
minggu lepas, meminta kaum wanita Islam turut memainkan peranan bagi
membantu membendung gejala salah laku seks dengan cara tidak memakai pakaian
yang boleh merangsang keinginan seksual lelaki.

Secara tidak langsung beliau meminta wanita supaya menutup aurat. "Mereka
harus faham bahawa Dato' Nik Aziz merujuk kepada pakaian sesetengah wanita
yang terdedah secara melampau,' katanya lagi.

"Dari sudut pandangan Islam," kata Mariah lagi, "kedua-dua wanita dan lelaki
perlu bertanggungjawab memelihara kehormatan diri masing-masing, dengan
wanita menutup! aurat dan lelaki menundukkan pandangan apabila berhadapan
dengan situasi yang menyebabkan mereka perlu berinteraksi antara satu sama
lain."

"Justeru, kenyataan MB Kelantan itu perlu dilihat dari sudut peranan yang
boleh dimainkan oleh wanita bagi mengurangkan jenayah seksual dan perbuatan
maksiat, bukannya sebagai satu serangan terhadap kebebasan atau kedudukan
wanita," katanya lagi.

Comments ? E-mail Us








COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke