*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maka pihak media-massa Malaysia (TV dan akhbar) membantah
tindakan kejam rejim Yahudi. Kata mereka, perbuatan Yahudi
di Israil adalah bercanggah dengan undang-undang Bangsa-
Bangsa Bersatu dan Antarabangsa. Ini sikap double standard
media yang pro-UMNO. Apabila kerajaan pusat menyekat hak-hak
rakyat Kelantan dan Terengganu, maka perbuatan UMNO tidak
bercanggah dengan hak-asasi manusia?

Apabila wabak taun melanda Kelantan, pihak media sibuk
mengutuk kerajaan PAS. Lebih dua minggu mereka sibuk berkempen
supaya rakyat Malaysia bencikan PAS. Sepatutnya media patut
berkempen untuk memperingatkan rakyat cara-cara mengelakkan
dari terkena taun. Ini tidak..asyik mengutuk kerajaan PAS
Kelantan.

Dan ketika ini, wabak penyakit mulut/tangan/kaki semakin
serious di Johor, mereka menggunakan TV dan akhbar memberi
tahu rakyat tentang cara-cara mengelakkan dari terkena
penyakit itu. Berita terakhir yang kita dengar, rakyat
Johor menjadi panik kerana dilanda satu "bala" daripada
Allah. Kalau takut terkena taun, sila minum air yang
sudak dimasak dan menjaga kebersihan makanan dan diri.
Ini penyakit mulut/tangan/kaki teramat sukar untuk dikesan
dan kawal. Ia tidak berasal daripada air ..malah datang
dari tempat-tempat kering, udara, kerusi, bas, kereta,
gelas, cawan, alat-alat mainan kanak-kanak, ..dsbnya.

Maka TV dan akhbar memberitahu..rakyat tak perlu panik..
kerana penyakit ini adalah terkawal. Sebenar rakyat berhak
menjadi panik, sudah 2 orang kanak-kanak mati tanpa boleh
diubati(?). Adakah ia lebih merbahawa daripada JE?

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke