Date: Tue, 17 Oct 2000 17:37:49 +0800

Malay Section

Berita Parlimen
Pemimpin usah cakap bohong - Mustapa Ali

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Ahli Parlimen Dungun, Haji Mustapa Ali berkata
semua Ahli Parlimen wajar menjadi contoh (role model) kepada rakyat.

Dalam hal ini beliau meminta pemimpin sentiasa bercakap benar supaya
anak-anak yang dididik pada peringkat awal tidak dibiasakan dengan amalan
berbohong.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak
2000 di Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

"Bila pemimpin tidak bercakap benar, ia turut mendidik kanak-kanak bercakap
bohong," ujarnya.

Beliau mengambil contoh pembohongan pemimpin negara iaitu apabila surat
Perbendaharaan menyebut wang minyak merupakan wang ehsan kepada kerajaan
Terengganuu kerana pada waktu itu rakyat negeri itu miskin tetapi sekarang
dengan program-program pembangunan di negeri itu maka rakyat Terengganu
sekarang tidak lagi miskin maka wang ehsan itu perlu ditarik balik.

"Sebaliknya pada awal bulan ini Menteri Pembangunan Luar Bandar mengatakan
negeri Kelantan adalah negeri termiskin dan diikuti Terengganu. Di mana
kebenaran cakap pemimpin ini?" tanyanya.

Beliau juga berpendapat kalau wang royalti itu dianggap wang ehsan maka
Kelantan adalah yang paling layak menerima wang tersebut kerana ia negeri
termiskin.

Comments ? E-mail Us






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.
eGroups Sponsor

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/

Kirim email ke