*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum...

Rasanya sdr Muhammad Hashim nie membuat kenyataan tanpa menggunakan 
pemikiran yang bernas... yang pertamanya, adakah kenaikan harga barangan 
boleh naik 1% sahaja...alahai bang, kalau nak bodek, biarlah dengan fakta 
yang betul...mana ada harga barangan naik 20 sen sahaja....

Rasanya kalau bercakap dengan kanak-kanak tadika, bolehlah dia nak 
percaya...


>From: Muhammad Hashim <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: [Sutera] Tertipu dengan kenaikan harga minyak
>Date: Mon, 16 Oct 2000 19:57:43 -0700 (PDT)
>
>Assalamualaikum,
>Saudara Basri Siar,
>
>Kenapa saudara begitu selfish...???  Saudara tahukah
>kenapa kerajaan naikkan harga minyak tu..???  So I
>guess that I have to tell U....
>
>Kerajaan naikkan harga minyak tu coz selama ni
>kerajaan dok bayar subsidi minyak kat rakyaat M'sia
>nie...  kalau dulu saya rasa kerajaan mampu lagi coz
>harga minyak still murah ( walau pun begitu kerajaan
>still have to pay the oil company about RM300M in
>1996...  RM800m in 1997 ... RM1.5b in 1998...  RM2.5
>in 1999 dan so far in year 2000 kerajaan dah kena
>bayar almost RM3.0b to the oil company.   (sila
>betulkan saya jika figure yg saya quote ni lari sikit)
>
>So disini kita kena lihat bahawa kerajaan dah
>belanjakan banyak wang untuk SUBSIDY MINYAK untuk kita
>semua (supposed to be rakyaat M'sia jer tapi org Thai
>& Singapore pun turut ambil kesempatan). Dengan
>pertambahan pendapatan kerajaan yg hampir constant
>(based on Belanjawan 2000 - tahun lepas), perbelajaan
>bertambah so akan kuranglah perbelanjaan untuk sektor
>lain yg sepatutnya kerajaan belanjakan.  Jadi untuk
>mengelakkan semua nie kerajaan putuskan untuk naikkan
>harga minyak.
>
>Apa yg Saudara Basri katakan tu ada betulnya jugak
>dari segi perbelanjaan..  at least sekarang nie bila
>saya isi full tank at least naik RM5.
>
>Bagi saya adalah lebih elok kalau mingik ni tak naik
>tapi saya rasa saya tak kisah kalau saya keluar
>additional RM20 sebulan... tapi dapat addtional
>things...  (kenapa saya kata macam nie) coz bila
>kerajaan bayar kurang kat these oil companies... govt
>akan belanjkan kan duit tu untuk sektor lain... yg for
>sure for the benefit of the people.
>
>Untuk perniagaan pula... saya rasa kebanyakaan
>pengankutan mengunakan lori... for sure pakai diesel
>kan..  so let say diesel ni naik 5 sen.. or 10%
>(round-up figure)..  harga barang tak akan naik sampai
>10%.. coz kos penngankuta hanya about (on average) 10%
>of the total production cost.  so dengan peningkatan
>10% harga minyak... total production cost hanya akan
>naik 1% bukannya 10%...  so at most harga barang akan
>naik by 1% ajer...  So kalau harga barang to RM20...
>kalau peniaga tu nak naikkan harga ... harga yg
>sepatutnya ialah RM20.20 sahaja... not more than
>that... yg certain harga naik sekarang nie...
>especially sayur2 coz of cuaca... coz sekarang nie
>cuaca dok hujan ajer coz kurang lah sikit
>pengeluaran...  in economics terms kalau demand
>melebihi supply... harga for sure akan naik...
>
>So lastly I would like to quote Abraham Lincon "Don't
>ask what your country can do for you, but ask what U
>can do to your country"
>
>Dan bukan senang nak jadi kerajaan yg baik coz
>selalunya kerajaan bie terpaksa buat unpopular
>decision for the good of the people dan sesungguhnya
>ubat yg mujarab itu pahit.... THINK ABOUT THAT.
>
>Wassalam
>Muhammad Hashim
>
>
>
>
>
>--- Basri Siar <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> >
> >
> >
> > Saya terpanggil untuk melafazkan rasa dukacita dan
> > tertipu dengan tindakan
> >
> > pihak kerajaan menaikkan harga minyak tempoh hari.
> > Ini disebabkan kempen
> > kenaikan harga minyak yang digemburkan bahawa
> > kenaikan sekadar 10 sen
> > seliter dikatakan tidak membebankan rakyat. Memang
> > sekali imbas cuma
> > sepuluh
> > sen seliter agak kecil nilainya tetapi hakikatnya
> > jumlah yang perlu
> > ditambah
> > untuk memungkinkan kenderaan kita bergerak setiap
> > hari melibatkan bayaran
> > lebih tinggi.
> >
> > Pada puratanya apabila ke stesen minyak, kita
> > bukannya memasukkan satu
> > liter
> > minyak ke tangki sebaliknya antara 10-20 liter
> > minyak untuk menampung
> > perjalanan dalam urusan harian. Ini bererti kita
> > perlu menambah kos
> > mengisi
> > minyak antara RM1-RM2 sebagai kos tambahan
> > berbanding keadaan sebelum
> > harga
> > minyak dinaikkan. Bayangkan jika seorang
> > berkenderaan perlu membayar
> > tambahan kos sedemikian dan jika keseluruhan rakyat
> > berkenderaan di negara
> >
> > ini melakukan pembayaran sedemikian setiap hari, ini
> > bermakna pihak
> > kerajaan
> > dan syarikat minyak berjaya mengumpul sejumlah wang
> > yang besar dari hasil
> > kenaikkan harga minyak tersebut.
> >
> > Maka, mana mungkin pihak peniaga lain tidak
> > memikirkan cara lain
> > melepaskan
> > kos kenaikkan harga minyak tadi dengan menaikkan
> > harga barangan mereka dan
> >
> > sekaligus membebankan pengguna. Cuba bayangkan jika
> > kenderaan yang
> > beroperasi di negara ini setiap hari disekitar 5
> > juta kenderaan. Maka
> > setiap
> > pemiliknya pula terpaksa menambah kos mengisi minyak
> > sebanyak RM1 ke RM2
> > sehari.
> >
> > Ini bermakna pendapatan tambahan yang diperolehi
> > pengeluar minyak dan
> > pihak
> > kerajaan adalah sekitar RM5 juta ke RM10 juta
> > sehari. Dan jika didarab
> > sebulan bersamaan RM150 juta ke RM300 juta sebulan
> > dan bagi tempoh setahun
> >
> > pula peningkatan nilai tambahan kepada pendapatan
> > mereka sebanyak RM1.8
> > billion ke RM3.6 billion setahun. Bayangkan dengan
> > penambahan kos minyak
> > ini, pastinya beban pengeluaran dan penghantaran
> > barangan juga meningkat
> > dan
> > memungkinkan pihak pengeluar dan peniaga menaikkan
> > kos barangan jualan
> > mereka.
> >
> > Implikasi keduanya ialah rakyat bukan sahaja
> > berhadapan dengan masalah
> > kenaikan harga minyak tetapi juga kesan rantaiannya
> > iaitu perlu
> > memperuntukan perbelanjaan tambahan untuk membeli
> > barangan lain bagi
> > memenuhi keperluan harian seperti keperluan sebelum
> > kenaikkan harga
> > minyak.
> > Dalam keadaan ini, saya perhatikan bahawa rakyat
> > bukan sahaja tertipu dan
> > terbeban dengan bayaran kenaikan harga minyak tetapi
> > juga kenaikan harga
> > barangan yang membawa kepada tekanan hidup yang
> > lebih membebankan
> > berikutan
> > kenaikan harga barangan tersebut.
> >
> > Untuk itu, kenaikan harga minyak bukan sahaja
> > memerlukan seseorang itu
> > memperuntukankan perbelanjaan tambahan daripada
> > pendapatan sediaada pada
> > puratanya RM60 sebulan bagi menampung kenaikan harga
> > minyak tetapi juga
> > kos
> > tambahan perbelanjaan harian. Jika perbelanjaan
> > hariannya bagi memenuhi
> > keperluan keluarga sekitar RM30 sehari, kini dengan
> > kenaikan harga
> > barangan
> > sekitar 20% ke 40% akibat kenaikan harga minyak,
> > maka beliau terpaksa
> > memperuntukan tambahan sebanyak RM6 ke RM12 sehari
> > menjadikan kos
> > perbelanjaan harian selepas kenaikkan harga minyak
> > kepada RM36 hingga RM42
> >
> > sehari.
> >
> > Jika dikira dalam sebulan maka digabungan kos
> > kenaikan harga minyak yang
> > perlu ditanggung yakni RM60 ditambah kenaikan harga
> > barangan sekitar RM180
> >
> > sebulan (dengan andaian kenaikan harga barangan
> > sekitar 20%) maka jumlah
> > keseluruhan yang perlu ditambah untuk memenuhi
> > perbelanjaan perjalanan dan
> >
> > keperluan harian seseorang adalah sekitar RM240
> > sebulan. Ini bermakna
> > dengan
> > kenaikan gaji sebanyak 10% bagi kakitangan rendah
> > kerajaan tidak juga
> > membawa sebarang makna atau erti dari segi daya
> > membeli mereka.
> >
> > Jika dikatakan bahawa seorang kakitangan rendah
> > mempunyai pendapatan RM800
> >
> > sebulan dan dengan kenaikan gaji 10% sebulan, jumlah
> > pendapatannya adalah
> > sekitar RM880 walhal kos tambahan bagi memenuhi
> > tuntutan perjalanan dan
> > keperluan hariannya akibat kenaikan harga minyak dan
> > barangan memnyebabkan
> >
> > peruntukan tambahan diperlukan sekitar RM240 sebulan
> > daripada perbelanjaan
> >
> > yang perlu disediakannya sebelum harga minyak
> > dinaikkan. Bagi pegawai
> > kerajaan dari kategori A yang berpendapatan sekitar
> > RM2000 dan RM3000
> > sebulan juga, kenaikan gaji 10% juga tidak membawa
> > sebarang perubahan dari
> >
> > segi kuasabeli mereka.
> >
> > Kenaikan gaji sebanyak 10% atau bersamaan RM200 ke
> > RM300 sebulan
> > sesungguhnya sekadar membiayai kos tambahan
> > perjalanan dan membeli
> > barangan
> > yang perlu ditanggung akibat kenaikan harga minyak
> > muktakir ini. Malahan,
> > bagi beberapa individu, kenaikan gaji 10% tidak
> > dapat menampung kenaikkan
> > kos perjalanan dan perbelian barangan keperluan
> > harian. Akibatnya kita
> > menjadi lebih miskin daripada keadaan sebelum
> > kenaikan harga minyak
> > diistiharkan. Rasanya inilah keadaannya yang perlu
> > dihadapi oleh rakyat
> > keseluruhannnya akibat ketidak perihatinan peminpin
> > negara amnya.
> >
> > Akhir-akhirnya rakyat juga yang tertindas dan
> > tertipu bukan sekali kerana
> > kenaikan harga minyak tetapi juga kenaikan harga
> > barangan. Mungkin pihak
> > pemerintah tidak menyedari keadaan ini kerana
> > rata-rata mereka
> > berpendapatan
> > besar ditambah pula kenaikan 10% yang berlaku pada
> > mata gaji mereka
> > menawarkan pulangan lebih besar daripada kos
> > kenaikan minyak dan barangan
> > keperluan mereka. Mereka juga tidak perlu risau
> > dengan kenaikan harga
> > minyak
> > kerana segala perbelanjaan perjalanan termasuk
> > minyak kereta ditanggung
> > oleh
> > elaun-aluan kenderaan yang disediakan kepada mereka.
> > Bagaimana pula nasib
> > rakyat terutama yang miskin dan berpendapatan kais
> > pagi makan pagi.
> > Umumnya
> > mereka lah yang terus menderitai akan kesan kenaikan
> > harga minyak dan
> > barangan sehingga bukan sahaja mengancam kuasa
> > belian
>=== message truncated ===
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Messenger - Talk while you surf!  It's FREE.
>http://im.yahoo.com/
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke