www.harakahdaily.com
Malay Section
10 Tahun PAS di Kelantan Nik Aziz Lancar Buku
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) - Sempena genap 10 tahun memerintah Kelantan,
sebuah buku yang menganalisis perubahan-perubahan dan kemajuan yang berlaku
di kelantan dalam tempoh tersebut telah diterbitkan oleh Pusat Kajian
Strategik (PKS), Kelantan.
Buku setebal 200 halaman ini diberi judul 'Sepuluh Tahun membangun Bersama
Islam: Kelantan di Bawah kempimpinan Ulama," Ia ditulis oleh panel penulis
yang terdiri daripada beberapa orang wakil rakyat kelantan seperti Drs
Zainuddin Awang Hamat, Drs Saiful Bahrin Mohamad dan Wan Nik, dengan penyair
Dinsman bertindak sebagai editor.
Buku ini telah dilancarkan di peringkat negeri kelantan pada 23 Oktober,
manakala pelancaran peringkat nasional akan diadakan di Markas Tarbiah PAS,
Taman Melewar, Kuala Lumpur, pada Isnin 6 November 2000, jam 9.00 malam.
Menteri Besar Tuan Guru Dato'!
Nik Aziz Nik Mat akan merasmikan
pelancarannya, di samping memberi ceramah mengenai pengalamannya memerintah
Kelantan selama 10 tahun sejak 22 Oktober 1990.
Turut sama menyampaikan ceramah semepna pelancaran buku ini ialah Presiden
parti Keadilan Nasional, Datin Seri Dr Wan Azizah dan ahli Parlimen Kuala
Kedah, Muhamad Sabu.
Menurut Ustaz Mohamad Husain, Pengarah PKS, "Buku ini akan membuka satu
pemikiran baru mengenai makna pembangunan, makna kemajuan dan makna
mentabbir sebuah negeri. Malah buku itu akan menunjukkan arah sebenar menuju
kepada masa depan Malaysia."
Katanya lagi, "Kalau ada orang yang masih kebingungan memikirkan mengapa
rakyat Kelantan terus memilih PAS walaupun PAS tidak mampu membanwa
pembangunan ke Kelantan, eloklah mereka datang ke Taman Melewar 6 November
ini, dengar Tok Guru berucap, dan beli buku ini."
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM!
Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.
