*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa mula-mula tinggal berasingan setelah dua tahun lebih tinggal
dengan mertua, saya terasa sangat macam kesempitan wang. Maklumlah
dulu tinggal ramai-ramai perbelanjaan kongsi ramai-ramai, maka tak
terasa sangat. Sekarang tinggal berasingan, mana nak beli barang
basah, barang kering, segala bil dan sebagainya semua kena tanngung
berdua je. Kena pulak bayar sewa rumah. Bila tengok belen gaji mula
terasa sesak dada sebab kena control sikit budget.
Kerja kat tempat baru ni ramai staff lelaki, sehinggakan terpaksa
keluar makan pun dengan depa. Mula-mula tu control jugakle,
macam-macam alasan diberi untuk elakkan makan dengan depa, tapi satu
hari tu bila nengok dia orang keluar berdua je seorang lelaki dan
seorang perempuan maka terpaksa kita temankan. Sejak tu dah tak leh
elak lagi dari makan dengan dia orang.
Seperkara yang sya perhatikan orang lelaki ni suka belanja kawan. Bila
selalu orang belanja, kita lak naik segan, maka kita lak belanja. Bila
dah belanja kawan hati rasa puas, seronok dah dapat buat satu
kebajikan. Bila selalu-selalu belanja kawan dada terasa lapang. Tak
ada lagi rasa kesempitan. Rezeki pulak rasa macam murah je. Ada je
rezeki tambahan.
Selama ni kita dengar ceramah kebaikan bersedekah dsb. Tapi bila kita
sendiri cuba menjadikan sedekah sebagai amalan, kita akan terasa
sendiri perbezaannya pada hati kita dan kemurahan rezeki yang akan kita
perolehi hasil dari perbuatan kita.
Tapi janganlah pulak lepas ni semua hizbi-netters dok pi bersedekah
dengan niat nak kaya-raya. Lepas tu selepas sebulan dok kutuk pabiyen
sebab masih belum kaya, kayap ada le.
Jangan lokek, sedekahlah setakat kita mampu, belanjalah saudara-mara
atau kawan-kawan, tapi jangan sekali-kali berfikir untuk mendapat
sesuatu sebagai balasan. Niatkan segala perbuatan kita untuk jalan
Allah. Kalau kita bersedekah kepada saudara kita di Ambon, doakan
sekali agar Islam menang di sana dan semoga wang yang kita hulurkan
menyedarkan ummat di sana bahawa ada saudara mereka dari jauh yang
sentiasa prihatin dan ingin melihat Islam menang. Kalau kita belanja
saudara-mara atau kawan-kawan kita, jangan berfikir supaya mereka
belanja kita pulak suatu hari nanti, biar dia nampak 'O ini akhlak
seorang pejuang Islam', mudah-mudahan mereka akan ikut kita (kalau dulu
mereka UMNO atau tabligh atau Arqam.)
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.
http://im.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>