*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- In [EMAIL PROTECTED], "Ku Qadir Al-Fatani" wrote:
 
 
Assalamu'alaikum.

Berikut saya melampirkan email saudara Radi Usil yang dipetik 
daripada newsgroup lain, untuk bacaan warga Patani.

Sudah banyak bukti pengkhianatan rejim Mahathir ke atas bumi dan 
rakyat Patani. Sekarang kita bukan sahaja berhadapan dengan penjajah 
kuffar Siam tetapi juga berhadapan dengan ancaman pengkhianat dari 
Malaysia yang terkenal ini. 

Wahai warga dan rakyat Patani,

Sedarlah, bersatulah dan bangkitlah untuk membantah dan menentang 
perompakan rejim Mahathir ke atas bumi dan rakyat Patani. 

Allahu Akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! 


Ku Qadir Al-Fatani
Kuala Lumpur




__________________________________________________________
From: Radi Usil  <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Mon Oct 23, 2000 8:52am
Subject: Tembelang jahat Petronas pecah di Songkhla


Beribu-ribu penduduk wilayah Songkhla, selatan Thailand, Sabtu 21 
Oktober lalu mengadakan tunjuk perasaan untuk menyatakan bantahan 
mereka terhadap pembinaan lasuran gas Petronas melalui wilayah yang 
bersempadan dengan negeri-negeri di utara Malaysia itu. Pelaksanaan 
projek yang akan menelan biaya USD 1 billion itu dianggap sebagai 
keputusan yang tergesa-gesa tanpa mengambil kira kepentingan alam 
sekitar, kehidupan para nelayan dan petani.Pada hari itu pihak 
kerajaan mengadakan 'Pracha Ficharn' atau perbincangan massa di 
lapangan terbuka berhubung dengan pembinaan saluran gas tersebut. 
Perbincangan itu sekadar basa-basi atau sandiwara belaka, sebab 
projek yang menguntungkan Malaysia itu sudah disetujui dan 
ditandatangani oleh kedua belah pihak.

Penduduk yang tidak puas hati mendatangi tempat perhimpunan itu 
dengan maksud untuk menghentikan perbincangan yang merugikan penduduk 
dan alam sekitar. Maka terjadilah pertempuran yang menyebabkan lebih 
tiga puluh orang dari kedua belah pihak mengalami kecederaan. 
Sebahagian besar yang melakukan protes adalah umat Islam, yang 
umumnya tinggal di kawasan pesisir bahagian selatan Thailand itu.

Dengan kejadian itu maka terbongkarlah rahasia kejahatan Mahathir dan 
kerajaan Barisan Nasional, yang berusaha mengeluarkan gas di lepas 
pantai Kelantan dengan membina saluran paip melalui Songkhla berpuluh-
puluh kilometer untuk dibawa masuk ke negeri Kedah.

Kerajaan BN berbuat demikian untuk mengelak daripada kewajipan 
membayar royalti kepada negeri Kelantan, sekiranya saluran gas itu 
disambung ke Kelantan. Gara-gara untuk mengelak pembayaran royalti 
kepada bangsanya sendiri, Mahathir tidak mengambil kira keselamatan 
saluran gas tersebut seandainya terjadi peperangan atau krisis 
politik di antara Malaysia dengan Thailand.

Itulah perut busuk Mahathir. Jadi kita tidak hairan sekiranya mereka 
sanggup memotong royalti minyak untuk negeri Terengganu, kerana puak-
puak penjahat dalam kerajaan BN sedikit pun tidak berniat untuk 
membela nasib bangsanya sendiri. Mereka lebih rela menyambung saluran 
gas berpuluh-puluh kilometer melalui Songkhla, semata-mata untuk 
mengelak membayar royalti kepada Kelantan.

Inilah tindakan bodoh. Dalam keadaan ekonomi negara kita sedang tenat 
seperti sekarang ini, bagaimana sekiranya rakyat di Songkhla tetap 
membantah dan rancangan pembinaan saluran gas tidak dapat diteruskan. 
Bukankah itu suatu pembaziran?

Saya tidak tahu apakah projek itu diluluskan dengan mudah oleh 
kerajaan Chuan Leekpai semata-mata sebagai pertukaran dengan 
penangkapan dan pengusiran para pejuang Patani di Malaysia oleh 
kerajaan Mahathir beberapa waktu lalu. Bagi Mahathir dan BN nampak 
jelas di sini bahawa tujuan menghalalkan semua cara. Untuk 
melaksanakan projek saluran gas itu, mereka sanggup membunuh, 
menangkap dan mengusir sesama Islam yang berasal dari Patani. Untuk 
menutupi kejahatan itu, Mahathir berpura-pura mahu berbaik-baik 
dengan umat Islam di Patani dengan cara mengundang mereka ke Kuala 
Lumpur sempena Maulidur Rasul baru-baru ini. Hamid Othman pula 
disuruh ke Narathiwat untuk meninjau rancangan bantuan untuk membela 
kompleks belia di negeri jiran itu. Malaysia sanggup untuk menderma 
22 juta ringgit kepada Majlis Agama Islam Narathiwat bagi 
melaksanakan projek tersebut. Itu semua tidak lebih daripada untuk 
menipu dengan maksud untuk merampas kekayaan bumi Patani.

Sekarang ini kejahatan itu sudah terbongkar.

Wahai saudaraku di Malaysia dan di Patani,
marilah sama-sama kita berusaha supaya projek saluran gas melalui 
Songkhla ke Kedah tersebut gagal dilaksanakan. Mengingat sumber gas 
itu berada dekat dengan Kelantan, kenapakah saluran gas tersebut 
tidak dibuat untuk mendarat di Kelantan?

Hentikan perompakan hak rakyat dengan mengatasnamakan negara ini.

Selamat berjuang!! Allahu Akbar!!!
 

--- End forwarded message ---



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ku Qadir Al-Fatani" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke