*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum kepada sahabat-sahabat yang beragama
Islam dan semoga diberi hidayah kepada kawan-kawan
DAP,
Daripada article ini, jelaslah kepada kita yang umno
ni memang dah lama menjadi samseng.Selama ini kita
ditipu hidup-hidup oleh media-media tunggangan
mereka.Tapi inilah perancangan ALLAH.Dulu umno
menggunakan barua-barua mereka untuk membogelkan
musuh-musuhnya dilokap/penjara, tetapi sekarang, ALLAH
pula sedang membogelkan orang-orang zolim ni satu
persatu. 

ALLAHUAKBARRRR !!!


--- Romeo Must Die <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Dakwah - http://dakwah.listbot.com/
> 
> 25th Ulangtahun Kebangkitan Mahasiswa
> Oleh : Hishamuddin Rais
> 
> Catatan Kembara Ke Tasek Utara 1974
>
------------------------------------------------------
> 
> Apabila saya sampai ke Tasek Utara jam baru pukul 7
> pagi. Penduduk kampung setinggan ini telah
> berkeliaran tanpa halu tujuan kerana kehidupan
> mereka telah menjadi porak peranda. 
> 
> Saya ternampak anak-anak kecil yang memakai pakaian
> sekolah yang cuba meneruskan hidup mereka
> seolah-olah tidak ada sesuatu yang telah berlaku.
> Dua hari dahulu kampung ini telah diserang oleh
> pengganas-pengganas dari Majlis Perbandaran Johor
> Bahru dengan bantuan polis.
> 
> Papan-papan dinding dan atap zing bertaburan di
> tanah. Ada rangka dan tiang rumah yang robek tapi
> masih tegak berdiri. Hanya ada sederet rumah yang
> gagal dirobohkan dan sedang dikawal rapi oleh
> penghuninya.
> 
> Tasek Utara, tiga batu dari Johor Bahru adalah
> kawasan tanah yang diterokai oleh penduduk miskin di
> kota - buruh kasar, pembantu kedai, askar pencen dan
> peniaga warung dan termasuk pekerja majlis
> perbandaran sendiri. 
> 
> Lembah ini dikelilingi oleh kawasan perumahan kelas
> menengah yang telah agak lama berdiri. 
> 
> Janji Umno sebelum pilihanraya
> 
> Penerokaan Tasek Utara ini bukan dilakukan secara
> sembrono. Saya ternampak tanda-tanda borang banci
> rasmi dari majlis perbandaran yang masih terlekat di
> kepala pintu. Pembancian dan pemberian nombor lot
> dilakukan secara rasmi sebelum pilihanraya Ogos
> 1974.
> 
> Malah sebelum piliharaya, semua penduduk kampung ini
> telah diberikan janji bahawa mereka akan mendapat
> hak di kawasan ini dengan syarat menubuhkan cawangan
> Umno dan mengundi Umno. 
> 
> Lalu untuk menjaga keselamatan kampung, penduduk
> telah membaptiskan kampung mereka dengan nama
> Kampung Barisan Nasional. Rumah yang dimiliki oleh
> ketua cawangan Umno kampung ini masih lagi
> mengibarkan bendera Umno, walaupun dia telah
> berundur hilang.
> 
> Saya sampai ke Tasek Utara secara tidak sengaja,
> tanpa dirancang. Saya masih teringat lagi petang 14
> September 1974, dua puluh lima tahun dahulu. 
> 
> Saya dan beberapa orang aktivis persatuan sedang
> bersembang kosong di dalam bilik pejabat Mat Zain
> Daud, Naib President Persatuan Mahasiswa Universiti
> Malaya (PMUM) apabila dua telegram sampai. 
> 
> Isinya pendek: "Kampung kami di Tasek Utara akan
> dirobohkan. Tolong bantu kami. Penduduk Kampung
> Tasek Utara Johor Bahru." Tidak ada nama yang
> tertera dan saya tidak tahu hujung pangkal asal-usul
> telegram ini. Saya terus membuka telegram kedua yang
> berbunyi: "Aku berada di Tasek Utara Johor Bahru.
> Syed Hamid Ali." 
> 
> Kini, saya menyedari yang telegram ini bukan satu
> "April Fool." Si pengirimnya ialah bekas Presiden
> PMUM dan kenalan baik saya. Ini meyakinkan bahawa
> saya perlu melakukan sesuatu.
> 
> Menumpang van akhbar ke JB
> 
> Sayangnya waktu pejabat telah berakhir dan tidak
> ramai anggota majlis ke-16 PMUM yang berada di
> sekitar urusetia untuk membuat keputusan bersama.
> Lalu saya mengambil keputusan untuk pergi melihat
> sendiri dengan tujuan membuat laporan kepada
> persatuan.
> 
> Pada sebelah malam, saya bersama Yunus Ali, yang
> juga anggota majlis, telah pergi ke Jalan Riong
> untuk menumpang van akhbar New Strait Times yang
> akan bertolak ke Johor Bahru sesudah tengah malam. 
> 
> Walaupun PMUM merupakan sebuah persatuan pelajar
> yang paling kaya di Asia Tenggara ketika itu, saya
> sebagai Setiausaha Agungnya hanya diberi sepuluh
> ringgit untuk tambang perjalanan. Kami membayar
> lapan ringgit sebagai harga "penumpang haram" kepada
> pemandu van dengan perjanjian yang kami akan
> menyorokkan diri di atas timbunan akhbar.
> 
> Esoknya, jam 5 pagi kami diturunkan berhampiran
> stesen keretapi Johor Bahru. Kerana terlalu awal
> sampai, kami tidak tahu arah yang wajib kami tuju.
> Setalah dua jam kemudian, barulah kami dapat
> mengambil "teksi sapu" yang membawa kami ke Tasek
> Utara.
> 
> Saya tidak akan dapat melupakan imejan pertama
> apabila saya memasuki Tasek Utara. Seorang kakak
> yang memakai baju kurung berwarna putih dan berkain
> batik coklat yang lusuh warnanya berdiri dimuka
> pintu, memanggil saya masuk ke dalam rumahnya. 
> 
> Dinding rumahnya yang masih kelihatan merah,
> menandakan papan itu baru dibeli. Anaknya dalam
> buaian kain batik sedang nyenyak tidur. Suaminya
> sedang memburuh. Kakak ini menerangkan bagaimana dia
> telah bergadai untuk mendapatkan 600 ringgit bagi
> mendirikan rumahnya itu seluas 15 kaki persegi ini.
> Dua hari dahulu dapurnya telah diruntuhkan.
> 
> Umur saya yang begitu muda menjadikan saya tidak
> sanggup untuk bertentang mata mendengar surah
> penderitaan seorang ibu. Saya juga sedar kakak ini
> sedang menaruh segunung harapan daripada kami,
> pelajar universiti untuk melakukan sesuatu. 
> 
> Saya juga sedar bahawa saya tidak mempunyai sezarah
> kudrat pun untuk mengubah apa yang sedang berlaku.
> 
> Sokongan siswa Universiti Singapura
> 
> Dalam detik-detik yang genting ini saya diselamatkan
> oleh panggilan "ketua kampung" dan Syed Hamid Ali
> yang telah sedar kesampaian kami. 
> 
> Saya diberitahu bahawa kemungkinan pengganas dari
> majlis bandaran akan datang menyerang lagi. Beberapa
> penduduk telah mula berkumpul, termasuk seorang
> lelaki India. Semuanya dengan harapan kami dari
> Universiti Malaya akan dapat memberi jawapan kepada
> masalah yang sedang mereka hadapi. 
> 
> Hampir jam 10, keadaan menjadi lebih ceria apabila
> sekumpulan mahasiswa dari Universiti Singapura
> sampai. Mereka juga ingin menunjukkan simpati
> terhadap nasib penduduk Tasek Utara. 
> 
> Saya juga menjadi lebih selesa kerana telah mendapat
> sokongan dari Kesatuan Pelajar Universiti Singapura
> (USSU). Salah seorang daripada mereka membawa kamera
> untuk merakamkan apa yang berlaku.
> 
> Tiba-tiba keadaan menjadi kelam kabut apabila
> sekumpulan "musuh" muncul - seorang pegawai polis
> yang diiringi oleh tiga orang anggota FRU. 
> 
> Pegawai polis ini datang dengan tujuan untuk
> menggertak dan menakut-nakut penduduk yang kini
> telah mula berani kerana mahasiswa telah berada
> bersama mereka. Tidak banyak yang dapat dilakukan
> oleh musuh itu. Akhirnya, setelah mereka melihat dan
> mengintai-intai kawasan
> kampung, mereka pun berundur.
> 
> Bila keadaan menjadi tenang dan selesa, kami
> mengadakan perbincangan tentang apa yang harus kami
> buat. 
> 
> 
> BAHAGIAN 2
> ----------
> 
> Pelajar dari Universiti Singapura yang datang ke
> Tasek Utara kebanyakannya rakyat Malaysia. Mereka
> telah mengetahui kes Tasek Utara lebih awal,
> berbanding mahasiswa di Kuala Lumpur. 
> 
> Ini kerana ada di antara mereka yang berasal dari
> Johor Bahru dan telah mendengar berita kawasan
> setinggan itu dirobohkan. Mereka juga telah membaca
> berita ini dari akhbar-akhbar Cina.
> 
> Jadi apabila orang-orang kampung yang berkumpul di
> sekeliling kami mula bersurah dengan tidak teratur
> tentang apa yang telah berlaku kepada mereka, saya
> merasakan ini maklumat baru dan penting. 
> 
> Saya mendengar dengan teliti. Saya juga melihat
> kemunculan beberapa orang kampung yang mungkin telah
> dilantik atau muncul tersendiri sebagai pemimpin -
> kerana umur dan pengalaman - bersurah dengan penuh
> semangat; antara mereka, Abang Amin dan Pak Majid.
> 
> Sedang kami berlabon tiba-tiba, kampung menjadi
> gegak-gempita sekali lagi. Suara jeritan bersimpang
> siur. Pengganas dari Majlis Perbandaran Johor Bahru,
> pada awalnya telah berundur, kini datang kembali
> dengan bantuan polis dan FRU.
> 
> Mereka terus menyerang dan merobohkan rumah yang
> masih 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf!  It's FREE.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke