*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mak Tua betul-betul sedih dengan gelagat orang kafir ni bunuh orang Islam 
tak kira umur dan jantina, yang lemah atau yang kuat. Teringat balik 
macamana Nabi Junjungan kita S.A.W. dalam beberapa peperangan di mana jumlah 
tentera Islam jauh lebih kecil dari jumlah tentera kafir tapi boleh menang 
sebab berdasarkan aqidah. Cuma dalam perang Uhud bila tentera Islam yang 
pada mulanya menang jadi kalah sebab berebut-rebut harta rampasan perang 
sehingga lupa kepada arahan nabi supaya tetap menjaga kubu pihak Islam. 
Harta tu macam sekarang nilah pangkat, jawatan dan harta benda. Kita leka 
sangat sampaikan boleh lena lagi sedangkan umat Islam di negara lain 
disembelih hidup-hidup. Macamana kita menjaga kekuatan umat Islam di seluruh 
dunia, adakah berpuak-puak atau bersatu? Puak Filipina, puak Arab, puak 
Melayu itu macam ka?

Mak Tua - payah juga nak satukan umat Islam di dunia sekiranya hati masih 
terpaut kepada dunia dan perhiasannya. Dah kena batang hidung sendiri baru 
nak bertindak sebelum tu biaq pi lah bukan kena kat kita...


>From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* ULASAN ISU SEMASA (2)
>Date: Wed, 11 Oct 2000 23:19:17 -0400
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Pagi tadi 12/10/2000; on the way nak mai kerja, saya terdengar berita Radio
>pukul 8.00, ada berita duka dari Palestine sana. Berita terbaru, 3 orang 
>lagi
>saudara seislam kita di sana telah ditembak mati, menjadikan jumlahnya kini
>mencecah angka 102 sejak kematian yang pertama pada 28 hb September yang 
>lalu.
>Salah seorang yang ditembak mati itu kena peluru hidup betul-betul di 
>jantung
>beliau, seorang lagi kena tembak di bahagian perut.
>
>Sebut 28 Sept, sekali lagi, teringatlah kita kepada pertemuan Hamid Albar 
>dan
>Si David Levy di New York pada 26 Sept tahun lalu. Dan, teringatlah juga 
>kita
>kepada kes perbicaraan kriket yang masih belum tahu hujung pangkalnya ini, 
>dan
>teringatlah juga kita kepada Utusan Khas Dr Mahathir ke bumi Yahudi, Tunku
>Imran untuk merintis jalan bagi menjalin 'hubungan diplomatik' dengan  
>Israel
>tempoh hari.
>
>HA, HARI INI BILA DAH 102 ORANG KENA SEMBELIH DENGAN KAWAN-KAWAN YAHUDI 
>KITA
>TU; TAK TERASA BERSALAH KAH KITA??
>
>Cakap pasal perkembangan terbaru di Palestine ini, tak ramai rasanya kita 
>yang
>aware bahawa Israel bukan setakat dah bunuh hidup-hidup 102 orang saudara 
>kita
>itu, tapi depa dah makin tunjuk belang; Utusan Malaysia 11/10/2000 
>melaporkan
>bahawa Israel telah memberi amaran keras,  tidak akan teragak-agak 
>melancarkan
>serangan ke atas Syria dan Lebanon kerana mendakwa kedua-dua negara itu
>bersubahat dengan pejuang-pejuang Hizbullah yang telah menawan 3 orang 
>tentera
>Israel awal minggu ini.
>
>Mendengar ugutan Israel itu, Arab Saudi dengan lantang berkata bahawa 
>mereka
>dan lain-lain negara Arab tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas 
>jika
>sekiranya Israel menyerang Lebanon atau pun Syria.
>
>Untuk itu, sebagai menyatakan sokongan yg tidak berbelah bahagi, Arab Saudi
>telah menghantar bantuan berjumlah RM40 Juta kepada Palestine bagi membantu
>mereka menghadapi ancaman terbaru Israel ini. Yaman pula menyerus negara2 
>Arab
>menghantar bantuan kemanusian dan juga bantuan KETENTERAAN.
>
>Sultan Qabus dari Oman pula telah pun menghantar bantuan2 lain kpd 
>Palestine.
>Yang menariknya pula, kerajaan UAE menghantar bantuan kewangan hasil 
>potongan
>satu hari gaji setiap kakitangan kerajaannya.
>
>MALAYSIA PULAK MACAM MANA?
>
>DUIT ROYALTI TERENGGANU YG HANGPA SEKAT TU, KALAU HULUR PI SANA SIKIT ADA
>PAEDAHNYA JUGA!!
>
>KITA PULAK SECARA INDIVIDU MACAM MANA?
>
>ADA KA DOK HULUR SINGGIT DUA KAT TABUNG DEPA, ATAU PUN CUMA DOK SEMANGAT 
>SAJA
>TENGOK BERITA, LEPAS TU  PI MASUK BILIK TERUS LENA!!
>
>Ringkas ceritanya, la nie kalau kita baca paper atau bukak TV dan radio, 
>mesti
>cerita pembunuhan kejam di Israel ini akan menjadi berita utama.
>
>Tapi, dalam sedar tak sedar, kita pakat-pakat lupa bahawa nun, tak jauh di
>sempadan sana, dua tiga minggu lepas juga sejumlah 129 orang saudara 
>seislam
>kita telah di'sembelih' hidup-hidup oleh tentera kuffar Filipina di 
>kepulauan
>Jolo sana. Apa salah depa? Salah depa sebab depa dikatakan terlibat dalam 
>apa
>yang dikatakan sebagai kumpulan Jenayah The AbuSayyaf Group!!  [The Star
>9/10/2000]
>
>Masa depa culik rakyat kita dulu tu, ada ka depa sembelih sapa-sapa? Ada 
>ka?
>
>Tak ada!!!!!!
>
>HABIS TU, BERBANGGAKAH KITA APABILA 129 ORANG - YG KITA TAK PASTI ADAKAH
>KESEMUANYA TERLIBAT DLM PENCULIKAN ITU - DIBUNUH HIDUP-HIDUP SEDEMIKIAN 
>RUPA!!
>
>Untuk yang terlupa atau pun buat-buat lupa, nak habag mai kat hangpa bahawa
>operasi ini melibatkan 5000 orang ketumbukan tentera laut, darat dan udara
>Filipina, yg menggempur siang malam 24 jam tanpa henti ke atas perkampungan
>orang2 Islam di kepulauan Jolo sana. Tak pasti pulak dalam 129 orang itu,
>berapa lelaki, berapa pompuan, berapa dewasa, berapa kanak-kanak, dan 
>berapa
>pula bayi. Yang pastinya, saya sendiri pernah mendengar daripada mulut 
>salah
>seorang panglima perang MILF dlm satu ceramahnya bahawa tentera Filipina 
>ini
>terkenal dengan kerakusannya mengebom dan membunuh orang2 Islam yg tidak
>berdosa. Sekali tu, satu bom terjatuh di satu madrasah yg memuatkan budak2
>laki dan pompuan umur lima enam tahun tengah dok mengaji mukadam. Habis
>bergelimpangan budak2 itu menjadi mayat yang bercerai berai terkena ledakan
>bom tentera kuffar Filipina itu.
>
>Maka itu, kita sangsi dan sunggug-sungguh sangsi sama ada 129 orang itu
>kesemuanya anggota Abu Sayyaf atau pun mungkin ada dalam senarai itu
>budak-budak kecil lima enam tahun tengah dok mengaji mukadam macam dalam 
>kes
>MILF tempoh hari!!
>
>SAYA BUKAN NAK SOKONG ABU SAYYAF ATAU APA-APA; CUMA NAK HABAG KATA SAYA 
>NAIK
>SIMPATI DENGAN DEPA!!
>
>Kita pulak tak banyak membantu; sampai hari ini fikiran saya jadi 
>bercelaru,
>saya sendiri tak paham apa sebenarnya yg kerajaan kita cuba lakukan sampai
>sanggup menghantar 23 buah bot dan beberapa kapal perang beserta 2000 
>tentera
>untuk mengawal perairan pantai Sabah di kala tentera-tentera Filipina 
>sedang
>menyembelih 'puak-puak' Abu Sayyaf di sana!!
>
>SALAHKAH NANTI KALAU CUCU CICIT DEPA TU NANTI PI TUDUH KATA TANGAN KITA 
>TURUT
>TERPALIT DENGAN DARAH TOK WAN-TOK WAN DEPA ITU, KERANA KITA JUGA ADA 
>'PERANAN'
>DALAM UPACARA PENYEMBELIHAN ITU. WALAH HU AKLAM!
>
>Apa-apa pun, 102 orang islam yang mati di Palestine dan dicampur dengan 129
>orang yg mati di Jolo menjadikan jumlah kematian orang-orang Islam di 
>tangan
>kuffar untuk dua tiga minggu ini saja sudah mencecah angka 231 orang. Itu
>belum lagi termasuk kematian2 yg terbaru di Maluku, Chechnya, Kashmir dan
>kawasan-kawasan jihad yang satu waktu dengannya.
>
>Nampaknya, darah ummat Islam kian deras mengalir; mengalir dan terus 
>mengalir
>tanpa hentinya. Bilakah agaknya akan turun Al-Mahdi untuk bangun berdiri 
>bagi
>membela kematian-kematian insan yang tidak berdosa ini. Kita pun tidak tahu
>bila Al-Mahdi akan turun kerana percaya atau tidak dengan kedatangan beliau
>bukanlah soal akidah; tapi yang pastinya sampai masanya nanti insyaallah 
>Islam
>pasti akan tertegak semula di muka bumi ini. Sementara itu, marilah kita 
>semua
>  berusaha dan menyumbang segala ada dengan "apa yang terdaya"........
>
>
>Wassalamu,
>Ahmad Baharudin Kasbi
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mak_Tua Baik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke