AssaLaMuaLaiKuM KeKaWaN
 
Monolog Cantik Dengan Ibu
 
Anak : Anehkah cantik yang ingin ku miliki?
Biarlah tak punya muka sebujur sireh,
pipi juga bukan pauh di layang,
dagu bukan lebah tergantung,
hidung pun tak mancung bagaikan seludang,
mata tak mengerdip bagaikan bintang timur,
bibir juga tidak seperti delima merkah,
kening juga tak seumpama semut beratur,
rambut pun tak mayang mengurai,
jari-jemari tidak seperti buluh diraut,
kulit juga tidak semulus kulit telur dikupas
dan juga betis pun tak seperti si padi yang bunting
 
Ibu : Alhamdulillah anakku, akhirnya kau tahu apa
yang kamu mahu. Kerana sanggup menepuk iman
di dada untuk bertanya kemahuan selera.
Tiada rugi jika bukan itu yang kau mahu.
Kerana kehidupan in adalah jalinan murni
kecantikan yang hakiki.
Yang indah itu adalah amalan agamamu
dijalin dalam simpulan akhlak yang sempurna mewangi.
Serikanlah wajahmu dengan siraman air sembahyang lima waktu
dalam munajat yang tak kunjung henti
Hiruplah nafas kehidupanmu dalan pancaran hidung
kurnian Allah tercantum dalam taruhan akal dan budi
Tebarkan senyumanmu segenap penjuru alam
kerana itulah sedekah penjuru alam
kerana itulah sedekah yang paling utama,
pancarkan sinar indah dari kedua matamu
betapa agungnya alam ciptaaan Ilahi
sambil menjengah besarnya kurnia ini buatmu…..
kerana melaluinya boleh kau kenal mata hati yang abadi.
Sebarkanlah pula dari kedua bibirmu dengan kalimah zikir
sambil menyampaikan yang indah dan elok
untuk dicerna fikiran zuriatmu.
Yang pasti rambut hiasan mahkota diri dan susuk tubuhmu
bukan untuk di pertontonkan di khalayak ramai
kerana melindungi auratmu itu kewajipan yang mesti untuk
kaum Hawa
Mengertilah wahai puteriku sayang,
menghuraikan cantik yang hakiki tidak semudah menghuraikan
simpulan tali
kerana ia bermula dari untaian cinta dan takwa kepada
penciptamu Yang Maha Mengerti.
  
 
*******************************************************************************************
Lukman Al-Hakim berkata :

Hai anakku! Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

********************************************************************************************
 

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
DAKWAH EGROUP
Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Kisah politik seperti UMNO vs PAS tidak dibenarkan
click here
Click here!
eGroups.com Home: http://www.egroups.com/group/dakwah
www.egroups.com - Simplifying group communications


Kirim email ke