*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Ada satu ayat didalam Al-Qur'an yang melarang kita daripada
>condong/berpihak kepada golongan yang zalim. Maaf saya lupa
>surah mana ayat berapa.
Dan janganlah kamu cenderong kepada orang yang berlaku
zalim, maka api neraka akan membakar kamu .. (Surah Hud 11:113)
Dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, terhadap huraian..janganlah
kamu, wahai orang-orang Islam bersahabat, atau berkerjasama,
atau bersyubhat, atau menyetujui perbuatan orang-orang yang
melakukan kezaliman dalam segala bentuknya..
Termasuk dalam erti zalim ialah memperkecilkan ajaran-ajaran
Islam dengan sengaja, seperti menganggap perkara menutup
aurat adalah remeh-temeh, suka memboroskan harta, dan berbuat
maksiat dan kemungkaran supaya orang-orang beriman berasa
sakit hati:
Dan sesaiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesuadah terang
kepadanya kebenaran, dan dia pula mengikut jalan yang lain
dari jalan orang-orang beriman, Kami akan memberinya kuasa
untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan Kami akan
memasukkannya ke dalam neraka jahannam..(An-Nisa' 4:115)
Termasuk dalam erti kezaliman juga ialah berkongsi gembira
apabila gerakan Islam dihina dan dikalahkan. Ini kerana kita
diajar berdoa agar puak kafir jangan sekali-kali mendapat
kuasa (politik) untuk mempersenda gerakan Islam:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah menjadikan kami sasaran fitnah
orang-orang kafir.." (Al-Mumtahanah 60:5)
Ertinya, apabila puak orang kafir dan zalim berjaya mengatasi
kita dari segi politik, ekonomi dan pembangunan, maka hati
kita cenderung kepada mereka lalu menyokong mereka, dan kita
mengikut hawa nafsu kerana telah ketepikan perintah Al-Qur'an.
Kita berterima kasih pula kepada puak yang zalim dan kufur.
Mereka berjaya memikat kita atas dasar kebendaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>