*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wow...hebat.hebat.
Satu lagi bukti kukuh menunjukkan rakyat mulai melupakan BA/PAS dan kembali
ke UMNO/BN. Sebagaimana kata Syazana, memang PAS/BA hanya angan-angan Mat
Jenin nak tawan Kedah dan beberapa negeri di Malaysia 2004. Perasan betul
PAS/BA ni. Itu baru 10,000 rakyat yang datang. Tak seperti ceramah anjuran
UMNO yang dibanjiri beratus2 ribu rumput dan kerusi-kerusi kosong.
Wow...wau...wau bulan....
Wassalam.
..............................
http://www.harakahdaily.com/okt/m30okt2000_3.shtml
Hampir 10,000 berhimpun bantah ISA di Kemunting
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Hrkh)- Hampir 10,000 rakyat yang cintakan keadilan
datang berhimpun di hadapan Kem Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
Kemunting, Taiping pagi semalam.
Mereka terdiri daripada penyokong-penyokong parti politik dari PAS, DAP,
KeAdilan Nasional, PRM & PSM serta berbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO)
termasuk daripada Suaram.
Perhimpunan yang bertujuan untuk mendesak agar ISA dimansuhkan itu dibuat
bersempena dengan sambutan ulang tahun ke 40 ISA dilaksanakan di negara ini.
Bagi menentang Akta ISA yang dianggap amat zalim dan tidak
berperikemanusiaan ini turut disertai oleh beberapa pemimpin dari Barisan
Alternatif serta beberapa bekas tahanan ISA.
Antaranya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda parti
Keadilan Nasional Malaysia, Ezam Mohd Noor, Presiden Parti Rakyat Malaysia,
Syed Husin, Muhamad Sabu, Lim Guan Eng, Tian Chua, Idris Omar, Ruslan Kasim,
Gobala Krishnan dan lain-lain.
Perhimpunan itu yang diisi dengan ucapan dari beberapa pimpinan berlangsung
dalam keadaan yang aman biarpun beribu yang hadir ke perhimpunan tersebut.
Acara kemuncak deklarasi mansuhkan ISA daripada bekas-bekas tahanan ISA dan
deklarasi itu dibacakan oleh Irene Xavier dengan diikuti oleh bekas-bekas
tahanan ISA serta ribuan rakyat yang cintakan keadilan.
Sebelum majlis bersurai satu majlis forum yang diadakan di Markaz PAS
Kamunting, belon yang diikat dengan sekeping kain yang bertulis `Mansuhkan
ISA" dilepaskan ke udara oleh kesemua bekas tahanan ISA.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>