assalamualaikum..........
Saya tak nampak satu kebenaran pun  yang ada bagi pihak anda untuk membandingkan peristiwa yang anda utarakan disini.......memang kita perlu menangani  setiap kezaliman.....tapi bagi anda ....anda merasakan cara anda adalah yang terbaik untuk menangani kezaliman lalu menuduh  orang lain tidak berbuat apa apa dan menuduh orang yang tidak bersependapat dengan anda adalah orang yang menyokong kezaliman....sebenarnya pada hakikatnya anda juga merupakan orang yang zalim.....tidak ada kebenaran walau pun anda sering mengutarakan hadis dan nas.....kerana anda sendiri terkeluar dari apa yang dimaksudkan oleh dalil ....

Apakah tok guru itu suruh buat perhimpunan dan cetus keganasan pada perintah Iraq, apakah tok guru itu menyuruhnya kembali menghina dan memaki pemerintah.....sebalik nya beliau menegur kerana ulama ulama tidak memngambil sebarang tindakan dalam kejadian tersebut.....dan mereka boleh mengambil berbagai bagai tindakan untuk mengatasi masaalah itu.....DAN TOK GURU ITU TAK SURUH PUN BUAT CERAMAH MENGUTUK DAN BUAT PARTI SIAPA PENYOKONG RAMAI DIALAH YANG MENANG WALAUPUN BHATIL......Wallahua'lam

Tiger wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>walau bagaimanapun tidaklah wajar untuk membuat pelbagai andaian
>dan tohmahan kepada 'mereka'...sebagai seorang Islam hendak
>kita menutup keaiban saudara Islam yang lain semoga Allah satu
>kan hati-hati kita untuk kita buat usaha Agama seperti tertib
>bagin Rasulullah saw....

Terima kerana memberi nasihat. Sebenarnya saya menggunakan
internet memberi tahu siapakah puak yang sesat dan zalim.
Tidak menjadi kesalahan kita berbuat begitu. Ini berdasarkan
ayat:

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang
dikatakan secara berterus-terang (untuk mendedahkan
kejahatan orang atau puak); kecuali orang-orang yang
dianiaya.."(Surah An-Nisa' 4:148)

Maksud ayat di atas ialah kita dibolehkan oleh Islam
berceramah, memberi penerangan, mengadu hal di mahkamah
menceritakan tentang keburukan orang atau puak yang zalim.
Begitu juga kita boleh menulis risalah dan akhbar
menjelaskan perkara sebenarnya kepada orangramai tentang
pemimpin yang sesat. Huraian ayat di atas terdapat dalam
semua kitab-kitab tafsir Al-Qur'an. Orang yang dizalimi
diberi hak oleh Islam untuk menyuarakan pandangannya.

Ini ada satu cerita tentang seorang alim zaman dahulu.
Dia dikatakan sangat cermat ketika belajar dan gemar
mengambil berkat belajar daripada guru-guru. Dia tinggal
di negeri Iraq dan bermazhab Syafie. Kebetulan ketika
itu berlaku peperangan saudara yang mana satu puak Islam
telah membunuh cucu Rasulullah. Maka rakyat Iraq merasa
sangat sedih atas peristewa itu. Tetapi banyak ulama
di Iraq tidak berani mengeluarkan fatwa siapakah pihak
yang zalim kerena takut kepada kerajaan.

Oleh kerena orang alim itu terlampau wara' dia hanya diam
sahaja tidak berani menegur kezaliman kerajaan. Pada suatu
hari dia pergi ke Madinah untuk berjumpa dengan seorang
tokguru yang sangat alim dalam mazhab Syafie. Tujuannya ialah
mengambil berkat daripada fatwa tokguru itu berkenaan
darah nyamuk yang terkena pada pakaian, adakah ia najis?
Dia berjalan beratus-ratus batu dari negeri Iraq untuk bertemu
dengan tokguru itu, akhirnya dia sampai ke Madinah. Apabila
dia bertemu tokguru itu, dia mula bertanya soalan, "apakah
hukum darah nyamuk yang terkena pakaian, adakah ia dikira
najis?" Sebelum tokguru itu menjawab, dia menyoal orang
alim Iraq itu, "dari mana saudara datang?" Menjawab orang
alim Iraq itu, "saya datang dari negeri Iraq untuk mengambil
berkat belajar dengan tuan guru." Kemudian tokguru itu
menjawab, "kamu datang jauh daripada Iraq bertanya satu
soalan kecil berkenaan darah nyamuk, kenapa kamu tidak
bertanya kepada ulama-ulama di Iraq apakah hukumnya orang
yang mengalirkan darah cucu Rasulullah?"

Ini bermaksud, ramai orang yang bersikap wara', tak boleh
mengkritik kezaliman sesama Islam, tak boleh buka aib dan
kejahatan orang yang mengaku Islam, maka banyaklah lagi
kerajaan akan terus membuat kezaliman kerana ulama upahan
tidak berani menegur. Teruskan pembaziran, kemungkaran,
dan kekufuran ...tak baik kita memarahi kerajaan. Kita
patut bersyukur kepada kerajaan.

Ingatlah satu Hadith, .." sebaik-baik jihad ialah menyampaikan
satu kalimat kebenaran kepada pemerintah yang zalim "

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke