Penduduk kesal VCD burukkan Anwar disebarkan
Oleh Roy Rasul

Kuala Lumpur, 30 Okt (Hrkh) - Seorang penduduk Flat Desa Tun Razak, Cheras
di sini, Wan Ramlah Wan Ahmad, kesal dengan tindakan pihak tertentu
menyebarkan cakera padat (VCD) bertajuk 'Kebenaran dan Keadilan Untuk Anwar'
bagi memburuk-burukkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Wan Ramlah berkata beliau menjumpai cakera padat itu dalam peti surat
rumahnya semalam.

Beliau yang berkunjung ke pejabat Harakah pagi tadi, menyatakan rasa amat
kesal dengan penyebaran dan kandungan VCD itu yang semata-mata bertujuan
menjatuhkan maruah Anwar.

"Saya terperanjat dan kesal dengan penyebaran VCD ini, lebih-lebih lagi saya
sendiri menjadi mangsa mereka," katanya.

Beliau berkata, mukadimah VCD tersebut menggambarkan seolah-olah Anwar tidak
bersalah.

Katanya, selepas mukadimah, agenda memburuk-burukkan Anwar pun bermula.

Wan Ramlah b! erkata beliau terkejut kerana kandungan VCD itu dimuatkan dengan
pengakuan Meor Abdul Razak, seorang tukang jahit yang menjadi salah seorang
saksi kepada kes skandal seks Anwar, juga turut diselitkan pengakuan Sukma
Sasmitaat Madja.

"Saya pelik, bagaimana pengakuan yang dibuat Sukma kepada pasukan polis
sebelum beliau dibebaskan daripada penahanan boleh terlepas ke tangan
penerbit VCD tersebut," jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan penyebaran VCD itu seolah-olah hendak
mengeruhkan lagi suasana walaupun Anwar sudah dijatuhi hukuman.

Beliau mendakwa suara perbualan dua orang lelaki (didakwa Anwar dan Meor)
amat diragukan kerana apa yang didakwa suara Anwar itu tidak langsung mirip
suara tokoh itu.

Wan Ramlah mendakwa kemungkinan VCD itu disebarkan semula sebagai dakyah
memancing rakyat membenci bekas TPM itu selepas pihak berkenaan mendapati
sokongan kepadanya masih mantap sekalipun beliau sudah dihumba! nkan ke dalam
penjara.


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.








eGroups Sponsor



------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke