www.harakahdaily.com
Pemuda PAS bimbang Umno cari alasan batalkan debat
Oleh Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 30 Okt (Hrkh) - Pemuda PAS kini berada dalam kebimbangan dan
semakin yakin bahawa Pemuda Umno akan mencari helah untuk membatalkan
cadangan debat antara kedua-dua pihak.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
mengingatkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato' Hishamuddin Husein
supaya jangan cuba mencari jalan melengahkan debat Umno-PAS yang
dirancangkan bagi kepentingan bangsa Melayu.

Menurutnya lagi, Umno sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan isu ini
kerana mereka mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu serta mempelawa PAS
berdebat setelah isu hak keistimewaan orang Melayu dicanangkan berbagai
pihak.

"Dewan Pemuda PAS Pusat sentiasa menanti masa dan tarikh daripada Pergerakan
Pemuda Umno di tempat mana sekalipun. Jangan pula asyik mencari helah dengan
mel! engahkan perdebatan ini," tegasnya ketika berceramah di Kampung Guar
Kepayang, Sabtu lepas.

Perdebatan ini perlu diadakan ujarnya, kerana rakyat ingin tahu siapa yang
sebenarnya membela bangsa dan agama.

Pemuda PAS sambungnya, tidak segan malahan sanggup menerima perdebatan itu
bila-bila masa walaupun ke Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"PAS memang mengalu-alukan perdebatan seumpama ini kerana di sini barulah
rakyat dapat menilai siapa yang memperjuangkan bangsa dan agama. Apa yang
kita bimbangkan ialah Umno mambatalkan dengan pelbagai alasan bilamana
campur tangan pimpinan tertinggi parti mereka," terang beliau.

Kata Ustaz Idris lagi, Dewan Pamuda PAS sendiri telah mengutus surat rasmi
kepada Profesor Ungku Aziz yang akan dilantik sebagai pengerusi memandangkan
beliau seorang yang berfikiran terbuka dan berwibawa dalam akademik.

Katanya, PAS tidak mahu Umno memilih individu yang ada kepentingan denganmereka sebagai satu cara menyekat hujah PAS apabila Umno tersepit dalam
perbahasan.

"Surat rasmi telah kita hantarkan kepada Ungku Aziz sebagai orang yang bolah
dipercayai untuk dilantik sebagai pengerusi debat tersebut. Kita terlalu
sangsi dengan kemahuan Umno memilih orang lain yang nyata ada kepentingan
dengan Umno dan Barisan Nasional (BN)," jelas beliau di hadapan hadirin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Abdul Rahman Kader
dalam majlis yang sama menegaskan, Umno wajar berani berdebat dengan PAS
kerana sekiranya bertindak undur bermakna Umno membohongi rakyat kononnya
mereka pembela, penyayang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan
orang Melayu.

"Umno memang begitu bila berhujjah dalam media bukan main lagi tetapi
selalunya takut dan gementar bila berhadapan dengan kepimpinan PAS maka
sebab isu debat yang dirancangkan pertengahan 1980 an dahulu dibatalkan,"
ujarnya.

Had! ir sama dalam program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Tasek
Gelugor, Ustaz Moin Hashim dan Ketua PAS Cawangan Guar Kepayang, Ustaz Saleh
Zainuddin.


Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke