*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Saya adalah antara golongan yang agak kecewa kerana sehingga sekarang 
hujah-hujah yang disampaikan oleh Astora Jabat yang dikatakan bertentangan 
dengan ajaran Islam tidak dibidas oleh alim ulamak PAS dengan menggunakan 
sumber ilmu bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis serta huraian daripada 
ulamak muktabar. Mungkin ada tetapi tidak memenuhi ruang lingkup perbidasan 
seperti yang digunakan oleh Astora jabat yang menghuraikan satu persatu ayat 
yang dikeluarkan oleh org yang disokongnya/tak disokongnya dan refute ayat2 
tersebut dengan hujah2 yang saya lihat disertakan dengan rujukan2 tertentu.  
Apabila membaca  harakah, tiada pula artikel yang dapat membidas sumber2 
rujukannya atau kenyataannya.Mungkin ada , sebab saya tidaklah mengikuti 
sangat dengan ceramah2 PAS sebab terlalu banyak ceramah.Kalau ada, dengan 
bersumberkan rujukan yang lengkap, alangkah baiknya.


>From: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* MENGENALI ASTORA JABAT : Part 2
>Date: Tue, 31 Oct 2000 04:09:37 0100
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>MENGENALI ASTORA JABAT : Part 2
>
>1. Metodologi
>
>Astora mempunyai metodologi rekaan sendiri ketika berwacana tentang
>Islam, iaitu metodologi 'cacamerba dan Lubsu al-Haq bi al-Batil'
>(mencampuradukkan antara hak dan batil). Beliau mengambil mana-mana
>ayat al-Quran yang disukai untuk menyokong hawanya sehingga
>kadang-kadang terpaksa menyelewengkan terjemahan ayat al-Quran ke
>dalam Bahasa Melayu, dan membuang mana-mana ayat yang tidak
>menepati seleranya dengan menyembunyikannya daripada kandungan
>wacana walaupun ayat terbabit sepatutnya digunakan dalam wacana itu.
>
>2. Seorang Opportunist
>
>Penulis Bebas wrote:
>
>"Minta maaf saya tak dapat nak tulis panjang pasal Astora Jabat walau pun
>keturunan kami
>berasal dari tempat yang sama; cuma cukup saya katakan Astora Jabat cumalah
>seorang
>opportunist yang cuba mengambil kesempatan di atas suatu perjuangan yang 
>sudah
>kita ketahui
>tiada lagi mendapat dokongan daripada alim ulamak dan majoriti orang Islam 
>di
>Malaysia."
>
>
>3. Menggunakan Kemahirannya Berbahasa Arab untuk Mengelirukan 
>Pembaca/Pendengar
>
>Penulis Bebas wrote:
>
>"Saya sempat bersemuka dengan si Astora Jabat ini pada Kongres Professional 
>Muda
>Melayu
>bulan Februari lalu di PWTC. Sebenarnya saya merasa hairan kenapakah Astora
>Jabat yang
>dipilih untuk membentang kertas utama pada bahagian Agama dan Sosial untuk
>dibincangkan
>oleh peserta kongres, sedangkan ramai lagi tokoh agama yang lebih senior 
>dan
>lebih
>berkelayakan untuk dijemput memberi ucaptama dalam perhimpunan sedemikian 
>rupa.
>Saya
>mengesyaki itulah pilihan pihak UMNO kerana tokoh ulama lain 'tidak boleh
>diharapkan' untuk
>membela mereka.
>
>Mungkin juga ketentuan takdir, walaupun saya telah memilih kumpulan 
>perbincangan
>aspek
>ekonomi kerana ia paling berkaitan dengan bidang kajian saya serta badan 
>yang
>saya wakili
>(ISIS Malaysia), saya telah dimasukkan juga ke bahagian ini. Maka, mahu tak
>mahu, saya
>terpaksa bersemuka dengan seorang 'tokoh ulama UMNO' yang kononnya berjuang
>untuk
>menyucikan agama ini.
>
>Sebagaimana diperkenalkan oleh Pengerusi, nama asal beliau (Siam) ialah Sei
>Toramain
>(ejaannya mungkin tak betul, tapi begitulah bunyinya), berasal dari daerah
>Jabat, di daerah
>Pattani, selatan Thailand. Itulah kaitannya dengan nama pena beliau "Astora
>Jabat". Mengikut
>Pengerusi, nama panggilan masyarakat tempatan beliau ialah "Hussein". 
>Beliau
>mendapat
>pendidikan awal sekolah agama di Pattani, kemudian melanjutkan pelajaran ke
>Jordan. Beliau
>pernah tinggal di beberapa tempat di tanah Arab, termasuk Mesir, Jordan dan
>Palestin dan
>pernah juga melawat Israel. Semasa di sana beliau pernah bertugas sebagai 
>Tutor
>bahasa Arab,
>dan kemudiannya sebagai Kolumnis Utusan Malaysia. Beliau boleh bertutur 
>dalam
>beberapa
>bahasa, antaranya Bahasa Melayu, Siam, Inggeris, Arab dan Perancis.
>
>Memerhatikan cara beliau membentangkan kertas ucaptama beliau, saya 
>mendapati
>beliau
>memang mahir dalam Bahasa Arab dan kaedah mantik bahasa. Cara beliau 
>mengulas
>terbukti
>beliau cuba mempamirkan kebolehan beliau ini dengan membidas beberapa 
>pandangan
>ulama
>(kebanyakannya telah diulas dalam ruangan beliau di Utusan Meloya), dengan
>menggunakan
>mantik bahasa yang berbelit-belit serta mengelirukan orang kebanyakan. Saya
>meneliti setiap
>baris pengucapan beliau dan mendapati tidak banyak isi sebenarnya (itupun
>kebanyakannya isu
>basi), serta memang banyak 'loophole' dalam cara penghujahan.
>
>Walau bagaimanapun, saya merasa agak gusar juga kerana mungkin
>kelemahan-kelemahan
>susunan hujjah beliau ini mungkin tidak disedari oleh orang kebanyakan dan 
>ini
>boleh
>mengelirukan mereka. Perhatikan saja cara beliau mengulas saban minggu di 
>Utusan
>Malaysia,
>walaupun bagi kita ia adalah idea yang menyongsang daripada maksud sebenar,
>semakin ramai
>nampaknya masyarakat yang tertipu dengan beliau. Saya mengagak inilah 
>agenda
>utama
>mengapa beliau telah diberi ruang yang luas untuk menyuarakan pendapatnya 
>dalam
>media
>massa, supaya 'golongan atas pagar' dan orang kebanyakan keliru, yang 
>hasilnya,
>UMNO akan
>dapat mengekalkan 'status quo'nya. Sesuatu perlu dilakukan untuk membendung
>agenda jahat
>ini, atau masyarakat makin bertambah keliru.
>
>Berbalik kepada pembentangan beliau, di samping menyampaikan pandangan 
>beliau
>tentang
>kepentingan keseimbangan dunia dan akhirat, beliau akan menyelitkan 
>beberapa
>'technicalities'
>bahasa Arab melalui beberapa istilah (beliau memang mahir bab ini) yang 
>boleh
>menyebabkan
>kekaguman di minda pendengar. Maka dengan cara ini, hujjah-hujjah beliau
>(walaupun
>sebenarnya banyak kelohongannya) mudah diterima oleh ramai pendengar.
>Kemudiannya
>walaupun penekanan banyak diberikan kepada pembangunan duniawi, sehingga
>seolah-olah
>ukhrawi itu dikebelakangkan, saya melihat sidang pendengar kelihatan 
>khusyuk
>seolah-olah
>setuju atau pun sudah layu kerana diulit dengan beberapa kerumitan 'terms' 
>yang
>menyulitkan
>mereka.
>
>Apa yang saya nampak, agenda yang cuba diketengahkan sebenarnya ialah, 
>suatu
>pernyataan
>sokongan terhadap kaedah pembangunan duniawi yang sedang dilaksanan oleh PM 
>dan
>sekutunya. Itulah yang saya dapat simpulkan daripada kupasan pembentangan
>beliau. Sesiapa
>yang ingin melihat secara lebih lanjut, bolehlah melawat ke halaman
>http://www.kpmm.com.my,
>yang mengandungi kertas kerja beliau.
>
>Selesai pembentangan, saya melihat para peserta masih cuba 'recover' 
>daripada
>leteran panjang
>beliau. Begitulah selalunya yang terjadi jika seseorang pintar cuba 
>menegakkan
>sesuatu yang
>sebenarnya tidak betul, tetapi dengan kemahiran mereka, membuat 
>ulasan-ulsan
>yang kompleks
>yang menyebabkan pendengar leka malahan pasrah terhadap hujjah mereka.
>
>Menyedari hal ini, saya bangun menempelak isu utama beliau dengan penegasan
>kembali bahawa
>halatuju utama kita adalah sebenarnya ke akhirat, bukannya dunia dengan
>berdalilkan ayat ke-4,
>surah ad-Duha. Bagi saya keperluan pembangunan dunia perlulah dilihat dari
>konteks
>tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi, yang hasilnya akan 
>dipersoalkan di
>akhirat kelak.
>Saya juga melahirkan kebimbangan tentang merebaknya penyakit 'hubbud-dunya'
>(cintakan
>dunia) yang menyerang para korporat dan cendekiawan, yang menumpukan 
>seluruh
>tenaga
>mereka hanya untuk dunia dan telah lari dari maksud asal kehidupan kita di 
>dunia
>ini. Tanpa
>halatuju yang jelas ke akhirat, kita sebenarnya bukan membangunkan dunia, 
>tetapi
>akan
>merosakkannya.
>
>AlhamduliLlah! Penegasan sedemikian nampaknya dapat disambut baik oleh para
>peserta dan
>mulalah perbincangan menjadi hangat dan lahirlah beberapa kritikan membina. 
>Jauh
>dalam sudut
>hati saya, saya berdoa semoga para peserta tidak terpedaya dan semoga 
>agenda
>utama beliau
>untuk mengelirukan masyarakat itu dapat disekat.
>
>Selesai daripada kongres, saya bertemu semula dengan beliau semasa 
>mengambil
>komuter untuk
>balik ke Kajang. Saya berjaya mengelak dan cuma memerhatikan beliau dari
>kejauhan.
>Kelihatannya beliau bersama seorang perempuan TIDAK BERTUDUNG dan seorang 
>anak
>kecil, saya agak itu adalah keluarga beliau (husnus-dzan ya Sheikh!). 
>Beliau
>juga turun di stesen
>Kajang dan mengambil teksi untuk ke destinasi yang tidak saya ketahui 
>bersama
>'keluarga' beliau
>tadi.
>
>Analisis deduktif yang saya buat, kalaulah 'isteri' beliau (atau mungkin
>keluarga terdekat) pun
>dibiarkan togel sedemikian, maka tentulah penekanan kepada penghayatan 
>Islam
>beliau tidak
>mantap. Berdasarkan pula tulisan-tulisan beliau yang sering mengelirukan 
>bahkan
>berbahaya itu,
>saya berpendapat kita harus berhati-hati dengan orang sebegini. Asas ilmu 
>yang
>ada serta
>kepintaran akal beliau mungkin digunakan untuk maksud yang tidak baik. Oleh 
>yang
>demikian,
>tulisan dan hujjah beliau sepatutnya tidak dibiarkan bebas tanpa ditapis 
>dan
>perlu dijawab untuk
>mengelakkan sebarang kekeliruan kepada masyarakat umum. "
>
>-bersambung-
>
>
>
>__________________________________________________________
>This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azri s.b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke