Assalamualaikum......
Kepada hizbinet..layakkah seorang celupar seperti ini berada disini, saya harap ada pembaharuan didalam disiplin hizbinet....wujudnya manusia seperti ini hanya akan menjatuh kan moral hizbinet itu sendiri...sesudah manusia ini memalukan pemimpin Pas dan partinya.Saya tak berminat untuk melayan orang yang tidak berakhlak seperti ini.

Firman Allah:
"Berkatalah kepada manusia dengan kata kata yang baik" al-Baqarah:83

Sabda Rasulullah saw...
"waspadalah kamu dari kata2 yang kotor,kerana sesungguhnya Allah ta'ala tiada suka kepada kata 2
yang kotor dan perilaku yang cabul"

Sabda Rasulullah lagi....
"Bukanlah seorang Mukmin itu yang menjadi pencaci,pelaknat,bukan yang suka berkata kotor atau yang
lidahnya suka menyebut kata kata yang hina"

Lagi Sabdanya...
"Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bercakap kotor,berlaku cabul, suka berteriak teriak
di dalam pasar"

Lagi sabdanya....
"Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah.Kemudian sekiranya ada orang yang memalukan engkau
lantaran sesuatu keaiban yang diketahuinya ada padamu ,maka janganlah hendaknya engkau
membalasnya dengan memalukanya lantaran sesuatu keaibannya yang engkau ketahui pula ,kelak
bencananya akan ter timpa atas orang itu ,manakala pahalanya akan dicatitkan bagimu.juga jangan
SEKALI-KALI MEMAKI sesuatu".

Sabdanya lagi......
"Pencacian seorang mukmin adalah FASIK dan pembunuhannya adalah kekufuran"

sabdanya lagi......
"Seorang mukmin yang sejati,bukanlah orang yang suka melaknat"

Sabdanya lagi......"Siapa yang tak mempunyai belas kasihan,tak akan dibelas kasihani"

FIRMAN ALLAH;
"WAHAI ORANG YANG BERIMAN,JANGANLAH SUATU  KAUM MENGHINA KAUM
YANG LAIN , SEBAB MUNGKIN SEKALI MEREKA YANG DIHINA ITU LEBIH BAIK DARI
YANG MENGHINA .DAN JANGAN PULA KAUM PEREMPUAN MENGHINA KAUM
PEREMPUAN YANG LAIN,BARANG KALI MEREKA YANG DIHINA ITU LEBIH BAIK DARI
MEREKA YANG MENGHINA."(al- Hujurat-11)

Sabda junjungan...
"Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Ta'ala,ialah orang yang paling degil dan suka
bertelingkah."

Wahai Sahabat tidakkah kita mengungkap kalimah yang sama...Marilah kita bermuzakarah bukanya
bertelingkah,Saya mengenali Astora Jabat ada unsur Wahabi padanya...dan saya amat menentang
fahaman itu...tetapi bukan Islam untuk berlebih lebih didalam Agama...untuk memaki dan menuduh beliau
secara melulu...Wallahua'lam.

syed bakar wrote:

PAHALA KEPALA BAPAK KAU, BALA BOLEHLAH....

>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: tua dah kubur <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Mengapa PM Begitu Tindakannya.....?
>Date: Mon, 30 Oct 2000 23:43:31 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>assalamualaikum.......
>Terima kasih kerana melontarkan kata kata yang begitu lunak kepada
>saya,saya amat yakin dengan kata kata itu  membuat Allah memberi pahala
>kepada saya dan itulah janji Al Mujib kepada hambanya yang dizalimi oleh
>kata kata dari sahabat sahabatnya dan semoga Allah  memberi rahmat tau
>fik dan hidayah kepada seoranghambanya yang bercita cita tinggi untuk
>menegakkan khalimah allah dibumi malaysia dan dialah saudara kita 'tua
>dah kubur' insyaallah........
>
>Kita tak nafikan Iman dan Kufur,Yang beriman beruntung lah ia nanti
>disana dan barang yang kufur amat pedih azab siksanya.....sesungguhnya
>azab tuhan amat pedih tidak tertanggung sekian
>makhluknya.......Begitulah seterusnya hinggakan Rasulullah sering
>menangis bila terkenangkan umatnya diakhir zaman....dan begitu pula hal
>nya Nabi Ibrahim yang ditegur oleh Allah kerana dianugerahkan doa yang
>mustajab dan sering medoakan pada keengkaran kaumnya dan membawa pada
>binasa.Takkala Nabi Ibrahim sa. hendak menyembelih akan anak nya Ismail
>dan amat merasa sedih tak terhingga lalu tuhan menyapa 'sesungguhnya aku
>kasih akan hambaku lebih dari engkau kasih akan Ismail'sehinggakan Nabi
>Ibrahim memohon kepada tuhan agar doa ditarik akan mustajabnya....Dan
>begitu halnya dengan Nabi nabi lain yang ditegur oleh dan didenda oleh
>Allah kerana meninggalkan kaumnya dalam kebinasaan disebabkan Nabi
>merasa jemu  dengan kengganan kaumnya untuk beriman setelah puas
>didakwahnya .....dan begitu jua hal lagi dengan nabi Nuh as....yang
>masih berteriak kepada anaknya yang amat menentangnya ketika sudah lemas
>dilautan banjir dan begitu jua hal nya Mansur Alhalaj setelah di zalimi
>oleh masyarakatnya dengan mencongkel akan mata ,memotong tangan dan
>sebagainya namun didoakan akan dia Syurga kepada mereka yang menyaksikan
>dan yang membunuhnya...begitu lah hal nya lagi dengan nabi Musa
>as....menjadi tidak layak
>untuk menjadi murid kepada Nabi Allah Khaidir as...apa bila sering
>menegur sifat zalim yang ditunjukan oleh nabi khaidir as...dan dialah
>yang paling sempurna bak bulan penuh yaitu jujungan tercinta Habibullah
>ya Muhammad Rasulullah Saw. ynag menadah tangan takkala darah masih
>menitis dari kepalanya hingga ketumit supaya Allah memberi hidayat
>kepada kaum yang menyakiti nya...dan dia jua masih medoakan agar 2 Umar
>pada zamannya beriman....Saidina Umar dijamin Syurga sedang dia pernah
>zalim dan sezalimnya......Tapi seandainya Tua dah kubur yang memerintah
>islam pada masa itu mungkin tua dah kubur telah menhukum Saidina
>Umar.....lenyap dari muka bumi....Ada lagi.... Allah pula memberi
>peluang dan membuka pintu taubat seluas luas nya kepada hambanya stelah
>dipohon oleh junjungan sehingga roh di gholghoroh.....Dan itulah sifat
>keRasulan ,sifat kenabian Sifat kesufian atau sifat kewalian dan sifat
>orang mukmin sebenarnya....SIAPAKAH KITA.......HEBATKAH KITA dari
>sekelian mereka ..,Tinggi mana Iman KIta dari iman sekelian
>mereka..........dan itulah sifat orang islam yang beriman dengan Al
>Quran dan sunnah.Dua petunjuk yang kita harus ingat.....satu petujuk
>dakwah yang datang dari iman  yang datang dari lintasan malaikat yang
>diperintahkan oleh Ar Rahman ditiup akannya kehati  pendakwah islam dan
>mendakwahlah mukmin tadi...maka nampak akan perbezaan dakwahnya penuh
>harap, kasih dan akhlak yang tinggi seumpama diajarkan oleh Nabi....dan
>Petunjuk ke dua dakwah yang datang dari nafsu orang islam yang syirik di
>tiup akan lintasan oleh syaitan yang direjam ,yang diperintahkan oleh
>Iblis Laknatullah dan nampaklah peribadi pendawah tadi dalam mengajak
>kepada islam dengan akhlak yang amat rendah sebagai mana akhlak syaitan
>dan iblis .Maka kelihatan pendawah ini amat fanitik seolah berdendam dan
>merasa puas kalau orang yang dibencinya masuk NEraka
>Masyaallah...selamatkan lah.....Ingat masuknya Jannah anak adam itu
>bukan dengan amal dan ilmu akan tetapi dengan rahmat
>Allah.....Bersyukurlah kalau kita terpilih didalam Rahmatnya dan
>kasihlah saudara lain jua agar mendapat akan rahmat dan tidak ada
>jaminan kita untuk syurga dan tidak ada jua jaminan untuk mereka
>neraka...Kerana Allahlah yang memegang hati makhluknya...Syurga dan
>Neraka adalah miliknya jua.....jangan sekali kali merasa diri lebih
>kerana itu sifat kaum yang mushrik lagi tercela...tandanya sering
>mencela orang lain  dan bukan muhasabah diri.....WallahuA'lam......
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.

Kirim email ke