Faham pun...

tua dah kubur wrote:

A'kum ...

sila check persoalan awal dalam perbiincangan ini .... takut kamu ni jenis
nyampuk orang tua-tua je!!!.

dan kalu tahu dah banyak kerja yang perlu di buat kamu dok sebok apa nya
tumpang semangkuk , pergi lah buat ape yang di sarankan oleh saudara fakhrul
tu ,... jangan dok sebuk melayan kaki merapu macam saya ni atau si tiger tu
. kamu dah jelas halatuju ... pergi laksana je lah ....  inikan medan
membuang masa , kalau diberi pandangan intelektual dikatakan nak tunjuk
pandai , kalau bertegas dengan nas pun dikatakan manipulasi .... jenis tak
makan , kebal barangkali ...

lagi kan anak2 dipujuk masa kecik , kemudian dipukul dan akhir nya apa yang
diajar oleh ugama kite ?  ade ke anak yang dah menjelang umor remaja atau
yang dah berumah tangga disuruh pujuk-pujuk lagi ..... target grup di sini
ialah kite , jenis kite yang tak jelas prioriti dalam kehidupan berugama
zaman ini ... disini lah kite ketengahkan perkara yang sama-sama kite
bahaskan , soal bahasa tu kite kan dah tua ....  takkan manja lagi , ai nak
berperang macam mana ni ! bunyi letupan senapang terkecing semua lagu ni
lah!!. kalau orang kata kesat .... sabar lah sikit .... menerima maki hamun
kan di antara sunnah jugak (kalu salah ni perbetulkan - saya tarik balik)
relaks .... saya pun tengah berlajar bersabar ... redho jauh lagi.
dalam mengutarakan pandangan mesti ade yang komen , jadi perhatilah dan
ambil pengajaran  mana yang benar . Menerima kebenaran tu memang payah ....
lebih-lebih lagi bila kedua-dua pihak ade benar dan ade salahnya.... disini
timbul masalah keutamaan ....cth saya sendiri cukup tak setuju dengan
saranan saudara fakhrul untuk berbaik sangka terhadap pemimpin yang
terang-terang menghina ugama saya dalam masa yang sama dia sendiri
berprasangka terhadap sebuah pertubuhan Islam yang agak besar , dan dia
katagorikan sebagai bathil terus , ... jadi bagi saya disini kite bahaskan
..... kalau kite rase buang masa aje, pergi laman lain ... atau buat kerja
lain zikir, sembahyang sunat atau pergi dengar majlis pengajaran ugama lebih
baik kan.

jadi biar jelas ape sedang berlaku , dan kite komen mane yang kurang, dan
masalah akhlak tu semua ade penyakit .... penyakit hati , pakat-pakat
berzikir banyak-banyak - tak dak ubat lain. Ubat menambah sakit hati ade
banyak .... tapi antara akidah/pegangan dengan akhlak tu mana yang lebih
kritikal .... pernah ade orang kencingkan dalam masjid Nabi SAW ....!!!
pernah ke ade orang selekehkan sunnah Nabi SAW atau hukum TUHAN .... semak
sirah !!!.

WALLAHua'lam.

>From: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>, Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: [Fwd: H-Net* Mengapa PM Begitu Tindakannya.....?]
>Date: Tue, 31 Oct 2000 13:42:00 +0800
>
>Assalamualikum.................
>
>Saya menyokong 100% pendapat fakhrull.Sepanjang pemerhatian saya ,dia
>adalah seorang yang paling popular dlm hizbi.net ini.Sehinggakan
>jawapan-jawapannya menimbulkan kontroversi dan melatahkan sang tiger
>.Jawapannya sering  disalah tafsirkan.Jawapannya cukup menampakkan saya
>perjuangan islam yg sebenar.Dalam pemerhatian saya lagi ,dia cuba
>mengetengahkan satu persoalanan  yang tiada siapa ambil peduli disini
>.Iaitu,kenapa kita perlu menghabiskan masa dengan hanya  menyalahkan
>musuh,sedangkan masa itu diperlukan untuk membangunkan islam,terlalu
>banyak yg kita belum buat lagi,jangan hanya pandai bercakap,nanti orang
>kata cakap tek serupa bikin.
>Terlalu bayak kerja agama yg kita tinggalkan,kita nak suruh siapa
>buat?Kalau kita kata umno tak layak buat sebab kita tak suka dia,kita
>buatlah seelok-eloknya.Jangan kerana belum dapat laksanakan hukum hudud
>,kita tinggalkan semuanya.Dan pihak mereka pula ,hukum hudud belum buat
>tapi yang lain mereka dah jauh meninggalka kita.Kita perlu ingat kawan,
>hudud itu bahagian jenayah,islam itu bukan hudud saja,muamalahnya,
>munakahahnya,........dan lain lain.Katakan hudud tu payah sangat nak
>ditegakkan ,takkan yang lain kita nak tinggalkan.
>Tujuan fakhrull yang saya nampak ialah, dia cuba menegur sikap kengkawan
>yang hanya pandai bercakap ,tapi sumbangan apa pun tak dak pada
>agama.Hari-hari habiskan masa mengutuk musuh ,tapi musuh tak nampak pun
>dan tak dengarpun,depa bukannya tunggu hizbi net ni noh...Buatlah kerja
>kita, kan kita kata nak pejuang agama.Ulamak-ulamak besaq dulu kalau
>kita baca sejarah mereka ,bila ditanya sesutu masalah agama amat
>berhati-hati mengeluarkan pendapat.Bila ditanya.....dia jawab
>wallahua'lam,seratoih kali tanya seratoih wallahua'lam.kita pula
>belain.Saya perhati contohnya sitiger ,orang belum tanya dah jawab
>seratoih kali.Lepas tu ceghita dia intelek.Lepas tu orang yg nasihat dia
>tadi,dia tuduh umno,setengahnya menuduh munafik,setengahnya menuduh
>kapiak.Lepaih tu berhujah menggunakan akal fikiran melebihi fakta dari
>quran dan hadith.Dan menegak benang basah sehingga lari tajuk.Fakhrull
>tu baguih nak ingatkan kita ,tapi kita menunjukkan sikap fanatik
>kita,bukalah minda sikit had dia habak tu betui.Saya ni bukan
>penasihat,tapi tak adapun orang alim dalam hizbi ni nak nasihat .Saya
>pun beranikan diri turun habaq.Jangan marah kengkawan.Jangan marah
>tiger...
>
>Terimalah kebenaran walaupun pahit.Terimalah teguran  yg benar walaupun
>dari musuh kita.
>
>Minta maaf banyak-banyak noh ......Wassalamualaikum
>warahmatullah.........
><< nsmailD4.TMP >>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/free_video/
 

Kirim email ke