*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maka pihak TV Malaysia sibuk mencari bahan untuk memburuk-
buruk wakil-wakil parlimen PAS ketika Belanjawan 2001 
dibentangkan. Disiarkan malam Berita TV perangai wakil-wakil
rakyat PAS dan keADILan yang lantang menegur Daim Zainuddin.

Teringat saya kepada sikap Khalifah Umar Al-Khattab ketika
dia sedang membaca satu khutbah sembahyang Jumaat, dia memesan 
kepada kaum Muslimin .." jika saya membuat apa-apa kesalahan
perbetulkanlah saya.." Maka ketika dia asyik membaca khutbah,
tiba-tiba berdiri seorang makmum sambil berkata.." jika kamu
tidak betul, saya akan perbetulkan kamu dengan mata pedang.."
Umar Al-Khattab pun menjawab: " TERIMA-KASIH kerana sanggup
memperbetulkan saya".

OK, ini sikap mulia Umar Al-Khattab sebagai pemimpin Islam.
Dia sebagai pemerintah merendah diri dan menerima apa saja
bentuk teguran daripada rakyat jelata. Kalau difikir baik-
baik, seorang pemimpin yang jujur macam Umar, apa yang hendak
diperbetulkan. Kita lihat pemimpin-pemimpin UMNO, bertaraf
macam dewa-dewa kayangan, pantang ditegur, walaupun dalam
sidang parlimen, naik berang ...tidak macam Umar Al-Khattab,
yang mengucapkan TERIMA-KASIH kepada orang yang sanggup
menegurnya. Apa yang mulia sangat dalam sidang parlimen kalau
dibandingkan dengan "sidang" mendengar khutbah Jumaat?

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke