*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

alQubah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>PEMBOHONG.....
>Kita tidak sekali-kali menyokong kezaliman.Samada kezaliman
>dalam umno atau kezaliman dalam pas atau dalam mana-mana
>puak atau mana-mana diri.: 

Boleh bagi contoh2 kezaliman yang telah Pas buat?

>Di Malaysia ini ada 2 jamaah orang islam yang terbesar,yang
>pertama umno dan yang kedua pas. Bolehlah pilih mana yg 
>sesuai.

Apakah saudara membolehkan orang sokong umno yang 
perlembagaannya terang2 tidak meletakkan Islam sebagai
matlamat perjuangan.

>Kita tidak boleh menghukum orang dengan jamaah. 

Bagaimana kalau ada yang masuk jamaah kominis.

>Kita tak boleh menghukum umno dengan pas dan kita
>tak boleh hukum pas dengan umno.

Walaupun terang2 perlembagaan parti tu tidak hormat 
Al-Quran dan Hadith?

>Pas kata naik islamkan negara dulu,okey.....boleh kita 
>terima pendapat tersebut.Tapi buatlah cepat orang ramai 
>tertunggu ni.Dua negeri yang kita dapat tu kita buat apa 
>mana syiar islamnya. Atau nak tunggu umno rampas balik.
>Lepas tu kita kata depa jahat. 

Nampak macam anda ni baru datang ke Malaysia. Macam tak
tahu apa hubungan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri -
tentang apa yang sedang kerajaan buat keatas 2 negeri
di pantai timur itu.

>Kita laksanakanlah islam disitu dulu.Perbetulkan ahli-ahli 
>kita yg 50% daripadanya wahabi dan syiah (hampa bukan tak 
>tau). 

Macam mana sdra dapat figure 50% tu. Berapa lama kajian
yang sdra buat? 

>Itu belum masuk kefahaman mengarut yang lain lagi macam,
>hakikat insan,nikah batin,tok bomoh jin,

Saudara ada bukti berapa ramai orang Pas buat kerja ni?

>makyong,puja wayang kulit,pesta pantai(ulit mayang),puak 
>tak sembahyang,dan lain-lain.

Yang saya tau, benda2 ini yang cuba dibersihkan oleh Pas,
tapi dipertahankan oleh umno kerana sebab warisan turun 
temurun.

Sdra siap bagi hujah kenapa mesti patuh kepada pemimpin.
Apakah kepatuhan itu tanpa syarat?  Sedarkah sdra, orang2
yang berhujjah macam sdra inilah yang menyedapkan hati
orang2 zalim untuk terus melakukan kezaliman. Tidak adakah
dalil2 untuk mengajak orang menentang kezaliman dan 
menegakkan keadilan Islam? Apakah ulama2 yang bersama Pas 
telah silap? Apakah sdra lebih handal dari kesemua ulama2 
Pas?

Sekian.

-------

Firman Allah dlm surahAnnisa' ayat 59
"Wahai orang yg beriman,taatlah kamu kepada Allah dan  Rasul serta
Pemimpin dikalangan kamu" .

Dan pendapat Imam Nawawi,
Tidak gugur hak ketaatan dan tidak boleh dipecat  'ulul amri' walaupun ia
fasiq.
-lihat Imam Nawawi- KitabSyarah Sahih Muslim,penggal 12,halaman 229.

"....dan sepakatlah ahli sunnah bahawa tidaklah terpecat mana-mana
penguasa dgn sebab kefasikannya" -kecuali muktazilah menentang pendapat
ini.

Hadis dari Khuzaifah al Yamani hal 238
"sekiranya dibelasah belakangmu dan dirampas hartamu ,maka belum jatuh
haq ketaatanmu  kepada mereka".

Imam Nawawi menghuraikan syarah Sahih Muslim hal. 235 antaranya.
"Sayugialah  bersabar atas kezaliman mereka dan sesungguhnya tidak gugur
ketaatan kepada mereka dengan sebab kezaliman mereka".....


Wallhu Ta"ala A"lam......
Wassalamualaikum.....


Tiger wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> fakhrul berkata:
> >Sabda Rasulullah lagi....
> >"Bukanlah seorang Mukmin itu yang menjadi pencaci,pelaknat,
> >bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut
> >kata kata yang hina"
>
> Ya, kata Rasulullah itu benar. Tetapi yang lebih teruk lagi
> kamu menjadi alat UMNO untuk mereka meneruskan program-program
> mungkar mereka dan menzalimi orang-orang Islam. Saya teringat
> kepada paklebai-paklebai UMNO di kampung saya. Mereka membawa
> kitab tasauf mengajar orang-orang UMNO kampung supaya jangan
> mencaci, melaknat, berkata kotor dan menghina sesiapa. Tapi
> apabila ketua kampung UMNO (JKKK) semasa UMNO memerintah
> Kelantan dahulu, paklebai-paklebai UMNO tak ambil kisah tentang
> berdosa JKKK UMNO tak bagi baja kepada orang-orang PAS. Apabila
> anak-anak orang PAS yang miskin nak minta JKKK tandatangan
> borang pinjaman buku teks sekolah, paklebai-paklebai UMNO tak
> suruh JKKK supaya takut kepada Tuhan. Kononnya orang-orang PAS
> tak layak menerima bantuan baja subsidi, biasiswa, buku teks
> kerana menentang kerajaan Barisan Nasional.
>
> Mereka lupa tak kira PAS atau UMNO, semua rakyat kena bayar
> cukai pendapatan, cukai barang itu dan barang ini. Maka semua
> cukai-cukai itu sampai kepada kerajaan Pusat, bukan harta mak
> bapak UMNO. Memang JKKK UMNO tak suka berkata kotor, tidak
> melaknat ..tetapi perangai mereka dilaknati Allah sebab
> mereka zalim. Tambahan pula paklebai-peklebai UMNO orang-orang
> baik yang dibayar elaun oleh pemimpin-pemimpin yang zalim.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/free_video/



____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://home.netscape.com/webmail

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: nuriman abas <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke