www.detik.daily.tripod.com
Misteri perjalanan
mahkamah Malaysia
Analisis Sistem Kehakiman Malaysia
Oleh PETER GOLDSMITH


Kali pertama saya bertemu Zainur Zakaria kira-kira lima tahun dulu.
Waktu itu, dia datang ke London sebagai wakil Majlis Peguam Malaysia
membincangkan pendidikan peguam muda Malaysia. Dia seorang lelaki berbudi
bahasa, dan bertutur lemah lembut. Di wajahnya tidak ada tanda-tanda
menunjukkan dia seorang pemberontak atau penentang.
Namun, Mahkamah Rayuan Malaysia mengesahkan hukuman penjara tiga
bulan ke atasnya kerana menghina mahkamah. Ia dengan sendirinya mendedahkan
terdapat krisis dalam sistem keadilan Malaysia. Masyarakat antarabangsa
memandang berat kes ini. Pelbagai pihak menyuarakan pandangan sejak beberapa
tahun kebelakangan dan baru-baru ini, empat buah badan perundangan
antarabangsa mengemukakan satu laporan "Keadilan Dalam Bahaya: Malaysia
2000".
Hukuman ini timbul dari perbicaraan high-profile bekas TPM Anwar
Ibrahim. Zainur salah seorang peguam bela Anwar. Zainur memohon kepada
mahkamah supaya mengisytiharkan dua ! pendakwaraya kes itu sebagai tidak
layak. Permohonan dibuat atas arahan Anwar dengan sokongan afidavitnya yang
mengadu tingkah laku kedua-duanya menunjukkan terdapat unsur kepentingan
peribadi dan tindakannya pula boleh dipersoalkan.
Permohonan itu juga disokong oleh perakuan bersumpah seorang peguam
lain, Manjeet Singh Dhilion, yang bertindak pembela dalam perbicaraan
melibatkan Nallakaruppan, seorang kawan Anwar. Nalla dibicarakan atas
tuduhan memiliki senjata api dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan
hukuman mati.
Pihak pendakwaraya, menurut Manjeet, menawarkan hukuman yang lebih
ringan sekiranya Nalla sanggup memberi bukti yang boleh mensabitkan Anwar.
Pandangan Manjeet, yang disahkan dalam perakuan bersumpahnya dan tidak
pernah disanggah mana-mana afidavit lain, menyatakan pendakwaraya
mencadangkan Nallaka mengada-adakan bukti itu.
Jelas sekali, dakwaan seperti ini amat serius dan memerlukan
siasatan yang cermat se! belum ia boleh dikemukakan. Akan tetapi, apabila ia
diajukan kepada Hakim Augustine Paul, beliau mengetepikannya begitu sahaja
dan menganggapnya tidak berasas dan tidak disokong oleh sebarang dokumen.
Beliau juga mengugut akan mengenakan hukuman kepada Zainur kerana
menghina mahkamah kecuali jika dia memohon maaf tanpa syarat kepada
mahkamah, Peguam Negara dan pendakwaraya terlibat. Zainur diberi masa 30
minit untuk membuat keputusan.
Zainur enggan meminta maaf kerana tidak mahu merosakkan kepentingan
pelanggannya dan sanggup menghadapi tuduhan menghina mahkamah. Paul menolak
permohonan penangguhan, enggan membenarkan Zainur memanggil sebarang saksi
dan menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atasnya. Hanya disebabkan
adanya Mahkamah Rayuan maka Zainur terselamat dari dimasukkan ke dalam
penjara pada masa itu juga.
"Mengejutkan mahkamah"
Bagi mana-mana peguam atau hakim Inggeris, kejadian ini amat luar
biasa. Sejak 60 tahun la! lu, tidak ada satu hukuman pun berjaya dikenakan ke
atas mereka yang dituduh "mengejutkan mahkamah" sebagai asas tuduhan
menghina mahkamah seperti yang dikenakan kepada Zainur itu di England.
Menghalang peguam mengemukakan permohonan atau hujah, walaupun ia
tidak dipersetujui, atas arahan pelanggan di mana terdapat bukti yang
menyokong, adalah bercanggah dengan amalan asas perbicaraan yang adil. Malah
dalam kes Zainur ini, tidak jelas bagaimana permohonan yang dibuatnya itu
boleh disifatkan sebagai "mengejutkan mahkamah."
Permohonan itu tidak menyerang mahkamah tetapi kelakuan dua orang
pendakwaraya. Hakim Paul berkata, permohonan itu "mempunyai kecenderungan
memesongkan mahkamah daripada melaksanakan undang-undang dan menentukan isu
khusus dengan merujuk kepada bukti."
Adalah tidak jelas mengapa perkara ini berlaku. Sekiranya permohonan
itu jelas tidak sempurna dan tidak disokong dengan sebarang bukti, maka
dalam kes ini ia memang ! layak ditolak. Tapi jika ia benar-benar berasas,
maka mahkamah perlulah memperbetulkan keadaan dan menolak saksi yang
didapati cemar.
Yang dipersoalkan bukanlah soal keraguan membuat keputusan. Semua
orang maklum dalam mana-mana kes high-profile pengaruh emosi begitu kuat.
Apa yang dipersoal, simptom kurangnya sokongan terhadap kebebasan
menyuarakan pandangan bagi mewujudkan perbicaraan yang adil.
Malangnya, apa yang berlaku bukan sekadar ini; beberapa orang peguam
lain yang bertindak bagi pihak Anwar turut diganggu. Ketua peguam Anwar,
Karpal Singh yang terkenal itu, akan menghadapi perbicaraan atas tuduhan
mengeluarkan kata-kata fitnah ketika membela Anwar.
Seorang peguam lain yang juga pegawai Majlis Peguam, dihukum enam
bulan penjara atas tuduhan mengeluarkan kata-kata menghina ketika melakukan
kerja pembelaan. Seorang hakim malah mengeluarkan perintah menghalang Majlis
Peguam mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan ma! salaah
pentadbiran keadilan di Malaysia.
Risiko penjara
Dalam kes Zainur ini, nampaknya Mahkamah Rayuan bertindak di luar
kewajaran dengan mengeluarkan amaran kepada semua peguam mengenai risiko
penjara jika mereka bertindak di luar batas di mahkamah. Tingkah laku yang
betul memang penting, tetapi pemakaian istilah menghina tidak boleh
digunakan sewenang-wenangnya atau untuk menghalang hujah atau pemakaian
kaedah yang sah di sisi undang-undang di mahkamah. Sejarah sistem kehakiman
Malaysia menyedihkan; pemecatan hakim yang paling kanan dan tuduhan
menghasut yang dikenakan ke atas Param Cumaraswamy yang pada ketika itu
Timbalan Pengerusi Majlis Peguam, dan kini wakil khas PBB, sebagai
contohnya, dicatat dengan baik di tempat lain. Perubahan besar amat
diperlukan - masanya telah tiba bagi Kerajaan Malaysia untuk bertindak
meningkatkan keyakinan umum, sama ada di dalam negara atau di peringkat
antarabangsa terhadap pentadbiran keadil! annya. Sementara itu, Zainur masih
bebas dengan jaminan, menunggu keputusan akhir rayuannya untuk mengetahui
sama ada dia perlu menghabiskan masa tiga bulan dalam penjara kerana
mewakili pelanggannya ataupun tidak.

Lord Goldsmith, QC Pengerusi bersama Institut Hak Asasi Manusia,
Majlis Peguam Antarabangsa.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke