BINGKISAN SUARA RAKYAT [18]

2 November 2000 

PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT

AZAM DAN IKRAR RAKYAT PADA HARI BERSEJARAH

Seluruh rakyat Malaysia pejuang kebenaran dan keadilan yang budiman

Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi,

148.        Pada 5 November ini ketika rakyat berhimpun seramai 100,000 orang di Jalan Kebun mereka sedar bahawa:

�     sistem politik negara kini semakin menjurus kepada pemusatan kuasa seorang Perdana Menteri yang mahu kekal berkuasa sebagai seorang diktator

�     krisis ekonomi negara yang kini semakin meruncing disebabkan oleh pemungguhan harta rakyat oleh segelintir pemimpin dan suku-sakat mereka yang rakus

�     sistem sosial dan ciri-ciri keehsanan masyarakat yang semakin hancur disebabkan amalan rasuah yang bermaharajalela

�     hak rakyat yang semakin terhakis khususnya hak untuk bersuara, berkumpul secara aman dan berpersatuan dengan adanya pelbagai undang-undang yang menekan

�     hapusnya kepercayaan rakyat terhadap institusi-institusi masyarakat akibat ianya dijadikan alat dan perkakas golongan yang membolot kuasa dalam pemerintahan

149.       Di atas kesedaran ini, dalam Perhimpunan 100,000 Rakyat pada 5 November ini, rakyat akan sama-sama berazam untuk:

�     bangkit menuntut hak bersuara tanpa sekatan dan ancaman undang-undang zalim seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Hasutan, Akta Cetak dan Mesin Cetak, Akta Polis dll

�     bersatu padu menentang dasar pemerintahan yang menindas rakyat terbanyak tetapi sebaliknya memberi keuntungan kepada golongan ultra-elit di kalangan pemerintah

�     bersama memulihkan keyakinan masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap kebebasan sistem kehakiman dan perundangan negara

�     berdiri teguh menuntut kesaksamaan dan kebebasan media serta penyaluran maklumat yang adil kepada orang ramai

�     bertegas pendirian menuntut hanya pemimpin berjiwa rakyat dan yang bersedia bersikap telus sahaja akan diberi amanah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara

�     berjuang memerdekakan rakyat daripada dijajah oleh pemerintah yang zalim di kalangan anak-anak bangsa sendiri

150.       Di atas keazaman tersebut, dalam Perhimpunan 100,000 Rakyat, hari Ahad 5 November 2000, 2:30 – 5:00 petang, rakyat Malaysia seluruh negara akan sama-sama berikrar untuk:

�     mendukung bersungguh-sungguh perjuangan untuk “Kembalikan Hak Rakyat”

�     mengisytiharkan seruan “Lawan tetap Lawan” terhadap pemimpin-pemimpin yang korup dan berusaha untuk nyahkan mereka daripada terus memikul amanah rakyat

�     menempatkan pemimpin yang berjiwa rakyat dan mendukung prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan sebagai pemimpin rakyat dengan meneruskan seruan “Bebaskan Anwar”

�     meningkatkan gelombang keyakinan rakyat bahawa mereka memiliki hak yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan untuk berhimpun dan berdemontrasi secara aman

�     meneruskan perjuangan REFORMASI bagi menegakkan kebenaran dan keadilan serta menghapuskan kezaliman.

 

“KEMBALIKAN HAK RAKYAT”

 

Hj. Saari Hj. Sungib

Pengerusi,

Jawatankuasa Dasar Perhimpunan 100,000 Rakyat

 

AJK:

Dr. Hatta Ramli (PAS), Tian Chua (keADILan), Faizal Sanusi (PRM), Dr. Wong Ang Peng (DAP), Zaharuddin Abdul Rahman (PAS), Raja Petra Kamaruddin (FAC), Syed Ibrahim Syed Noh (JIM), Cynthia Gabriel (SUARAM), Abdul Malek Hussin (Reformis), Khaliah Shaikh Mohamad (Reformis) dan wakil ABIM.

 Emel Sekretariat: [EMAIL PROTECTED]

Emel Pengerusi: [EMAIL PROTECTED]

 2 November 2000

 

                                                 

 

 

 

 

 

 

Kirim email ke