*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa 'alaikukussalaam,

Cerita tentang ulama-ulama silam ini banyak. Biasanya mereka
itu kuat beramal dan beribadat. Apabila Nabi kata, "ulama itu
pewaris Nabi," itu bererti ulama sebenarnya berakhlak macam
anbiya', berani dan tegas disamping mereka kuat beribadat.
Di zaman ketika puak kafir Monggol menguasai negara negara Islam
Iraq, banyak kerusakan yang dibuat oleh puak kafir itu. Tiba-
tiba puak Monggol yang kafir dan ganas akhir memeluk Islam.
Ini kerana terdapat seorang ulama yang berani dan bersungguh-
sungguh menyampaikan dakwah Islam kepada ketua pemimpin
mereka. Ulama itu tidak fikir lagi tentang resiko dia dibunuh
atau dizalimi oleh puak kafir, asalkan dia telah menyampaikan
mesej Islam kepada puak kafir.

Ada satu peristewa yang menarik yang pernah dilakukan oleh
Tokguru Nik Aziz. Satu masyakat Siam yang berugama Buddha
pernah menjemput Nik Aziz untuk meresmikan perpustakaan
yang terletak dalam kawasan kuil Buddha. Pada masa yang sama,
mereka turut juga menjemput seorang alim ugama Buddha dari
Bangkok. Untuk meresmikan majlis itu, Nik Aziz dijemput
memberi ucapan. Dia mulakan dengan menyebut tentang beberapa
ajaran Buddha kemudian disebut pula tentang ajaran Islam
kepada masyarakat Siam. Dalam majlis itu juga, ada seorang
Cina Islam menyibarkan satu risalah berkenaan apakah Hukum
Hudud. Yang penting di sini ialah mengambil kesempatan 
menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam, adalah menjadi
tugas kita semua, tidak semestinya orang bukan Islam akan
memeluk Islam.

Nik Aziz sentiasa mencari peluang untuk bermuzakkarah dengan
orang-orang bukan Islam. Dia juga berminat untuk mengambil tahu
tentang ajaran-ajaran ugama lain dan menyampaikan mesej dakwah
Islam. Di Malaysia ini ramai ulama, tetapi jarang-jarang ada
macam Nik Aziz. Ulama sebenarnya bersungguh-sungguh mencari
peluang untuk berdebat dan bermuzakkarah dengan orang-orang
bukan Islam. 

Ada satu cerita tentang seorang ulama zaman dahulu melihat
askar-askar memukul orangramai. Diapun memarahi askar-askar
itu dan juga pemerintah. Dia ditanggap kemudian dibicarakan
didepan seorang ketua pegawai. Yang peliknya, ulama itu 
ditanggap atas tuduhan menimbulkan hurahara dan menghasut
rakyat menentang pemerintah. Maka ulama menafikan semua itu
dan berkata sebenar bahawa askar-askar (polis-polis) yang
melakukan kekasaran terhadap orangramai. Oleh kerana perbicaraan 
itu berat sebelah, maka ulama itu dikenakan hukuman. Sebelum 
ulama itu dibawa keluar ke penjara, dia sempat melihat satu 
kitab yang terletak dibawah kerusi ketua pegawai itu. Ulama 
itu bertanya, "maafkan saya, saya ingin bertanya sesuatu ...
apakah kitab yang terletak di bawah kerusi tuan?"

Ketua pegawai itu menyedari kitab yang sedang dia baca terjatuh
ke bawah kerusi. Ia mengambil kitab itu dan membukanya,
rupa-rupa ia adalah senaskah Al-Qur'an. Pegawai itu rasa bersalah
kerana tidak sengaja menghina kitab Al-Qur'an lalu dia mencium
kitab itu. Ulama itu bertanya, "kenapa tuan mencium kitab itu?"
Maka terasalah pertanyaan ulama itu semacam satu sindiran
kepadanya. Lalu dengan penuh perasaan insaf, dia membebaskan
ulama itu.

Zaman kita ini, ketika ketua hakim yang menjatuhkan hukuman ke
atas tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim, dia membaca sepotong
ayat Al-Qur'an supaya hakim berlaku adil dan takut kepada Allah,
menjawab hakim itu dengan sombong : "ini mahkamah sivil, bukan 
mahkamah syariah". Begitulah orang zaman sekarang menghina Islam. 

================================  

Adnan Ismail wrote:
> 
> Asalamualaikum.
> 
> Pada keseluruhannya mesej yang di sampaikan amatlah baik, mengambarkan
> pertelingkahan di antara
> orang Islam & Kristian. Apa yang saya tahu anda adalah jenis yang suka
> bertelagah dengan puak
> Kristian (dari posting-posting anda yang terdahulu)
> 
> Saya amat tertarik dengan perenggan terakhir posting saudara mengenai
> ulama penyelamat
> umat. Saya tak fikir semua ulama jadi penyelamat. Nabi Muhamad sendiri
> kalau tak silap saya
> ada berkata melalui hadithNya, yang ramai masuk neraka adalah ulama.
> Khususnya ulama
> masa kini (saya rasa) yang banyak bercakap, tetapi sebenarnya tong
> kosong, yang teramat
> kuat bunyinya bila dipalu. Sila komen sikit.
> 
> Wasalam.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke