Date: Fri, 3 Nov 2000 14:24:59 +0800

www.harakahdaily.com
Desak Ezam digugur kerakyatan:Dr Mahathir diminta cermin diri
Oleh Roy Rasul
Kuala Lumpur, 2 Nov (Hrkh) - Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad diminta
'mencermin diri' sebelum meminta Ketua Pemuda Parti KeADILan Nasional, Mohd
Ezam Mohd Noor, meninggalkan negara ini, kononnya kerana terbabit
memburuk-burukkan Malaysia di seberang laut.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhamad Sabu, berkata tindakan Dr Mahathir itu
sebenarnya terkena batang hidungnya sendiri kerana rakyat kini sudah tahu
siapa sebenarnya pengkhianat negara.
"Dr Mahathir seharusnya dilucut kerakyatannya dahulu sebelum melucut
kerakyatan Ezam," tegasnya ketika berucap di Markas PAS Pusat, Taman
Melewar, dekat sini malam tadi.
Muhamad Sabu mendakwa Dr Mahathir juga pernah memburukkan nama Perdana
Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman.
"Dr Mahathir sepatutnya sedar, kera! na dia pun menghina Tunku, sebab itu
semasa persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, saya menyokong penuh tindakan
untuk menggugurkan kerakyatan orang yang mengkhianati negara tetapi dengan
syarat PM dahulu yang diambil tindakan," katanya.
Bagaimanapun, dakwanya lagi, selagi Dr Mahathir dibiarkan membuat kenyataan
melulu terhadap Ezam serta pemimpin lain tanpa usul periksa, tokoh
pembangkang perlulah meneruskan kempen penerangan bagi menjelaskan perkara
sebenar kepada rakyat.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke