www.harakahdaily.com
Pusat latihan milik bekas menteri disiasat

KOTA BHARU, 1 Nov (Hrkh) - Kerajaan negeri akan menyiasat samada penubuhan
pusat latihan yang dikenali sebagai Putra milik bekas seorang menteri di
Hutan Chengal, Kadok ditukar syarat tanah dari status pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa,
Haji Omar Mohamad berkata, unit penguatkuasaan yang baru ditubuh kerajaan
negeri akan memastikan pusat terlebih dipindah status tanah atau sebaliknya.

"Pihak yang mahu membangunkan tanah pertanian kepada sektor lain perlu
memohon untuk menukar status tanah terlebih dahulu," katanya menjawab soalan
tambahan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh (PAS - Melor) pada persidangan Dun
Kelantan, hari ini.

Putra yang dimiliki bekas menteri merupakan tanah pertanian yang digunakan
untuk tanaman padi, kemudian dibangunkan bagi tujuan komersial.

Pembinaan Putra yang dirasmikan Perdana M! enteri kira-kira dua tahun lalu,
turut menimbulkan masalah apabila permohonan untuk mendirikan bangunan tidak
dibuat kepada pihak berkuasa tempatan.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan asal Dr Nik Mazian Nik Mohamed (PAS -
Gaal) beliau memberitahu sehingga kini kerajaan negeri meluluskan pertukaran
syarat tanah seluas 187 ekar.

Menurutnya, sebahagian tanah pertanian yang ditukar syarat tersebut
dijadikan lot kediaman membabitkan sawah padi.

Bagaimanapun tambahnya, sawah terbabit yang dilulus pertukaran status tanah
memandangkan ia tidak potensi lagi digunakan untuk tanaman padi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Haji Omar berkata, tanah yang
diluluskan untuk kegiatan pertanian di Kelantan seluas 424,168 hektar.

"Sebanyak 12 agensi di bawah porfolio pertanian memajukan tanah-tanah
tersebut," katanya menjawab soalan Haji Nordin Yaakub (PAS - Kelaboran).

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANY! WHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke