Assalamualaikum.....Saya menghormati pandangan dari saudara...apa yang diharapkan kata kata saudara menjadi panduan bagi sekelian netters termasuk diri saya sendiri....Masalah berbeza pendapat boleh kita berbincang secara islam.Yes...! Islam is beautiful.....wassalam..

Azmi wrote:

Assalamu'alaikum, Inilah yg ditakuti....keghairahan & sikap 'kurang sihat' yang ditujukkan oleh sesetengah penyokong2 parti politik samada PAS atau umno telah menjejaskan imej parti. Saya mengaku bahawa saya adalah penyokong PAS (bukan ahli tapi coming soon)...tujuan saya menyertai PAS adalah bukan untuk berpolitik tapi untuk memberi sokongan kepada mereka yg saya berpendapat berada diatas landasan yang benar. Imej sesebuah parti memang senang terjejas oleh sikap penyokong2 dan ini menyebabkan ia senang disabotaj terutamanya semasa pilihanraya.  Tapi apa yg patut kita lihat ialah sikap pemimpinnya dan juga objektif perjuangan parti.  Saya tertarik dengan PAS adalah disebabkan dgn perjuangan PAS menjadikan negara kita dibawah pemerintahan Islam yang adil & juga keperibadian Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi & lain2 seperti Dr. Hasan Din dan Ustaz Harun Din. Mereka2 inilah yang menjadikan PAS sebuah parti yang boleh 'dipercayai'.  Kalau kita lihat UMNO..........Selain dari dr mahader...pemimpin2 mereka mempunyai keperibadian yg 'diragui' seperti Muhamad Taib, Rahim Tamby Chik, Megat Junid, Mohamad Rahmat, Rafidah Aziz, Osman Aroff dll.....inilah yg menyebabkan saya menolak umno.  Persoalannya ...bolehkah pemimpin2 ini memperjuangkan Islam??  Ada tahu jawapannya! Saya juga sedih bila saya pernah mendengar dr mahader memberitahu pemberita di TV yg Malaysia ni sudah cukup Islam! Dan dia juga yg menghina ulamak, mempersendakan janggut Nabi, meragui hudud dan lain2.  Pada saya umno memperjuangkan hak2 Melayu lebih daripada Islam...tetapi PAS disebaliknya. Saya memang tidak bersetuju dengan sesetengah netters yg mencaci, memaki dan mengeluarkan kata kesat dalam menyampaikan pendirian mereka. Tapi ingin saya tegaskan bahawa perangai mereka ini tidak melambangkan apa2 tapi keperibadian mereka sendiri sebagai individu.  Mereka ni sepatutnya lebih rasional dalam membuat teguran & tidak terlalu emosional. Sebaliknya kita yang ingin menjadikan HIZBI sebagai platform untuk berdailog dan bertukar-tukar pendapat.......mestilah terus menjaga tatasusila & etika kita semasa berbincang supaya ia melambangkan keperibadian umat Islam yg tertib & beradab!!! .............ISLAM IS BEAUTIFUL! InsyaALLAH....
----- Original Message -----
Sent: Friday, November 03, 2000 12:59 PM
Subject: Re: H-Net* Hizbinet..!Layakkah Manusia Seperti ini dis
 Waalaikumussalam.....
Saya suka dengan cara anda menegur walaupun mungkin kita tak sependapat...cara yang membina amat2 dialukan terima kasih diucapkan......Perlu ada ketegasan dalam  membetulkan adab sahabat sahabat yang terdorong oleh sikap panas baran...sepertimana yang anda maklum kumpulan satu lagi memang begitu...Namun tak semua ,sama juga kumpulan yang satu lagi tu.....jadikan lah perjuangan kita perjuagan yang disegani dan dikagumi kerana islam memang begitu....kita bertanggung jawab menegur dengan tidak ada kepentingan mana mana parti..asalkan melayu umumnya dan islam khasnya menjadi tinggi dimata persekitaran waallahua'lam..

nuriman abas wrote:

Assalamualaikum,

Nampaknya sdra ni begitu cepat membuat rumusan. Sdra
mengambil contoh beberapa keceluparan individu, dan sdra
hukum satu jamaah. Sdra perlu tahu, mereka ini dari
pelbagai background. Setengahnya bukan ahli Pas pun,
hanya semangat aje Pas. Ada yang baru sangat berjinak2,
dan ada yang masih mudah berdarah panas dan macam2.  Adakah
sdra ingat satu kerja senang nak ubah adab mereka ketahap
adab sdra yang baik itu?  Nyata sekali sdra tidak sabar
menghadapinya.  Jangan pula sdra kata mereka akan beradab
sedemikian sampai bila2. Mungkin kesedaran akan datang
secara perlahan2 bagi setengah orang.

Kalau benar sdra ikhlas, sdra perlu hadapi mereka2 ini
dengan sabar.  Sekurang2nya asas semangatnya sudah betul.
Perlaksanannya saja yang perlu diperbaiki. Berbanding
dengan kumpulan yang satu lagi tu. Asasnya sudah nyata
rapuh dan reput. Apa kata sdra masuk kemailing list dia
orang - mungkin sdra akan nampak yang mana satu lebih
berpontensi di perbaiki dan diikuti.

Ada orang kata, apa2 yang keluar di hnet ini tak sampai
kemana. Saya rasa itu satu rumusan yang tak betul dan
gopoh.

Sekian

----- Original Message -----
From: <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, November 03, 2000 11:05 AM
Subject: RE: H-Net* Hizbinet..!Layakkah Manusia Seperti ini disini!!!!!?

>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum.......
> Ramai netters dari pas menghantar pandangan kepada saya ...mereka semua
> seolah2 merestui peradaban yang ditunjukan oleh sedara mereka tu... dan
> mengatakan saya cuba mengadu domba dan tak tahan dengan kritikan....Saya
> hanya memberitahu Hizbinet dan pejuang islam bahawa seandainya non
> muslim mengikuti perkembangan kita mereka akan ketawa melihat moral kita
> ....jadi kepada sahabat2 terutamanya dari Pas sudah sudah2lah tu
> menjatuhkah imej agama Allah....!!! anda sendiri tahu hukumnya atau
> mungkin hukum tak kena pada Orang Pas...Dan maklumlah saya, perkataan
> yang tidak bermoral begitu sebenarnyalah WIRID bagi mereka dalam
> menegakkan keadilan dan bukannya kezaliman....wassalam
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
>

____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at http://home.netscape.com/webmail

Kirim email ke